TORONTO, 25 September 2014 /PRNewswire/ -- Dengan kemajuan dalam kesihatan awam global, orang ramai seluruh dunia sedang menikmati jangka hayat yang lebih panjang berbanding sebelum ini[i]. Sebagai maklum balas kepada populasi yang semakin menua ini, sistem penjagaan kesihatan dan kerajaan sedang bergiat aktif untuk menguruskan kos penjagaan kesihatan dijangka yang berkaitan dengan proses penuaan dan keadaan kronik orang yang berusia. Impak kesihatan haiwan peliharaan ke atas orang yang berusia diterokai dalam laporan baharu yang diterbitkan oleh Persekutuan Antarabangsa tentang Penuaan,melalui penajaan pendidikan oleh Bayer HealthCare. Laporan itu, "Haiwan Peliharaan dan Kesihatan Berusia," menyediakan sorotan kajian menyeluruh tentang cara haiwan peliharaan menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental individu serta kesejahteraan masyarakat.
"Bidang kajian ini mempunyai implikasi penting merentasi generasi dan juga untuk masa hadapan masyarakat kita yang lebih luas," kata Dr. Jane Barratt, Persekutuan Antarabangsa tentang Penuaan. "Banyak kajian yang telah membincangkan secara luas bagaimana haiwan peliharaan, seperti anjing dan kucing, telah menyumbang kepada kesihatan dengan mengurangkan keresahan, kesunyian, dan kemurungan, tetapi sehingga ke hari ini tidak ada satu pun yang pernah diterbitkan dalam satu sumber tunggal. Laporan baharu ini memajukan pemahaman kita tentang nilai haiwan peliharaan dalam kerangka kerja kesihatan manusia dan masyarakat yang lebih luas."
Kesan terapeutik haiwan peliharaan merupakan bidang kajian yang semakin menarik minat dalam kalangan profesional kesihatan dan sains sosial. "Haiwan Peliharaan dan Kesihatan Orang Berusia," merupakan ulasan untuk sorotan kajian tentang haiwan peliharaan dan orang berusia sejak 1980 ke 2013, dengan dua matlamat: untuk meringkaskan manfaat kesihatan, sosial, dan ekonomi haiwan peliharaan, aktiviti berbantu haiwan dan campur tangan dalam penjagaan orang berusia seperti yang ditetapkan melalui penyelidikan berasaskan bukti; dan untuk menggunakan data yang unik ini untuk memaklumkan penyelidikan masa hadapan dalam bidang pemulihan, penuaan aktif, dan polisi serta program penjagaan orang berusia pada peringkat tempatan dan kebangsaan.
"Interaksi antara haiwan dan manusia sangat berkuasa. Haiwan boleh mendidik, menggalakkan, dan mempertingkatkan kualiti kehidupan untuk orang seluruh dunia," kata Michael Devoy, Ketua Pegawai Perubatan, Bayer HealthCare. "Berdasarkan rangkuman laporan ini, kami teruja kerana penyelidikan ini berkebolehan untuk sampai kepada pengamal penjagaan kesihatan manusia, doktor haiwan,doktor, jururawat, pakar sakit tua, dan pekerja sosial."
Acara Akhbar Sidang Web Haiwan Peliharaan & Kesihatan Orang Berusia
Hari ini, Persekutuan Antarabangsa tentang Penuaan dan Bayer HealthCare dengan rasminya telah mengeluarkan "Haiwan Peliharaan dan Kesihatan Orang Berusia," dengan sidang web global diadakan tentang topik itu. Dengan "Doktor Haiwan Amerika", Dr. Marty Becker, sebagai pemudah cara, dan dengan ahli panel Dr. Jane Barratt, Setiausaha Agung, Persekutuan Antarabangsa tentang Penuaan; Dr. James Gillett, Pengerusi Kesihatan, Penuaan dan Masyarakat, Universiti McMaster; dan Michael Devoy, Ketua Pegawai Perubatan, Bayer HealthCare, sidang web itu menyediakan maklumat dan naratif terperinci, membentuk topik untuk para wartawan, pembuat polisi, dan profesional kesihatan. "Topik ini tiba pada masa yang tepat dan ia akan menjadi satu lagi cara di mana doktor haiwan dan profesional penjagaan kesihatan boleh berkolaborasi untuk menyelesaikan cabaran untuk manusia dan haiwan," kata Dr. Marty Becker. "Sambil pembuat polisi cuba menangani cabaran yang berkait dengan populasi paling tua yang pernah wujud di dunia ini, penting untuk kita pertimbangkan kesan haiwan peliharaan ke atas kesihatan fizikal, mental, dan kemasyarakatan."
Acara akhbar "Haiwan Peliharaan dan Orang Berusia" juga mempunyai acara suap langsung Twitter @Bayer4Animals dan @IntFedAgeing, menggunakan kata kunci: #Pets4Health #Aging.
Tentang Persekutuan Antarabangsa tentang Penuaan
Persekutuan Antarabangsa tentang Penuaan (IFA) adalah organisasi bukan kerajaan antarabangsa dengan tapak keahlian yang terdiri daripada sektor korporat, ilmuwan, kerajaan dan individu. IFA meyakini "penjanaan perubahan positif untuk orang berusia seluruh dunia dengan merangsang, mengumpul, menganalisis, dan menyebarkan maklumat tentang hak, polisi, dan amalan yang meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai sambil mereka menua."
Tentang Bayer HealthCare
Bayer Group adalah perusahaan global dengan kecekapan teras dalam bidang penjagaan kesihatan, pertanian, dan bahan berteknologi tinggi. Bayer HealthCare, subkumpulan Bayer AG dengan jualan tahunan sebanyak EUR 18.9 bilion (2013), adalah salah satu syarikat peneraju yang inovatif dunia dalam industri penjagaan kesihatan dan produk perubatan dan berpusat di Leverkusen, Jerman. Syarikat itu menggabungkan aktiviti global divisyen Kesihatan Haiwan, Penjagaan Pengguna, dan Farmaseutikal. Matlamat Bayer HealthCare adalah untuk menemui, membangunkan, menghasilkan, dan memasarkan produk yang akan memperbaiki kesihatan manusia dan haiwan seluruh dunia. Bayer HealthCare mempunyai tenaga kerja global seramai 56,000 kakitangan (setakat 31 Disember 2013) dan diwakili di lebih 100 negara. Maklumat lanjut boleh didapati di www.healthcare.bayer.com.
______________________________
[i] Dana Populasi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA),Penuaan dalam Kurun Kedua Puluh Satu: Satu Kejayaan dan Satu Cabaran
Untuk maklumat lanjut:
Dr. Jane Barratt, Setiausaha Agung
Persekutuan Antarabangsa tentang Penuaan
Tel: 416-342-1655
E-mel: jbarratt@ifa-fiv.org