omniture

NRF 2024: Pas Ekspo Percuma ke Retail's Big Show Asia Pacific Kini Tersedia

Comexposium Asia Pacific
2024-03-01 14:00 25

SINGAPURA, 1 Mac 2024 /PRNewswire/ -- NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific kini menerima pendaftaran dalam talian untuk Pas Ekspo Peruncit. Mulai 11-13 Jun di Marina Bay Sands Singapore, NRF APAC 2024, dianjurkan oleh National Retail Federation dan Comexposium Asia Pacific, bakal menjadi acara runcit terbesar Asia yang melaluinya peruncit boleh mengakses idea baharu, pemikiran inovatif dan perkongsian berharga agar kekal mendahului keluk.

Bertemakan "Percepatkan Kejayaan Anda" ("Fast Track Your Success"), NRF APAC 2024 mempamerkan penyelesaian runcit terkini dan persidangan bertiket individu-individu terkemuka bersama para penceramah daripada jenama-jenama global seperti Coca-Cola, Fast Retailing (Uniqlo), Wesfarmers, Lotte, Hermes, Amazon, Mastercard dan banyak lagi.

Menerusi Pas Ekspo Peruncit percuma, terokai teknologi runcit yang inovatif dan nikmati pengalaman imersif di ekspo perdagangan ini, termasuk:

  • 300 peserta pameran
  • Majlis Pembukaan NRF APAC 2024
  • Makmal Inovasi NRF APAC: Pameran hebat bagi teknologi runcit paling berwawasan termasuk AI, robotik dan Web3
  • Zon Syarikat Pemula: Menonjolkan syarikat-syarikat terbaru dengan inovasi pengubah keadaan dan pemikiran radikal
  • Idea Bernas Pempamer: Menampilkan 24 perbincangan panel antara penyedia penyelesaian paling bijak dalam industri ini dan pelanggan mereka bagi menyelesaikan masalah utama peruncit.

Dengan kos tambahan, peruncit boleh menikmati akses belakang-tabir yang istimewa ke kedai canggih Singapura dan melawat syarikat-syarikat dengan penyelesaian runcit yang inovatif melalui Jelajah Kedai Runcit dan Jelajah Ekspo kami.

"Sebagai pasaran runcit yang terbesar di dunia, APAC juga merupakan rantau yang paling kurang mendapat perkhidmatan dalam industri ini biarpun dengan teknologi dan perkhidmatan yang terkini," kata Ryf Quail, Pengarah Urusan, NRF APAC 2024. "Dengan memperluaskan NRF New York ke APAC, peruncit serantau bersedia untuk mengasah kelebihan daya saing mereka menerusi inovasi yang terkini."

"Dengan begitu ramai penceramah yang disegani dan pelbagai jenis program pendidikan, peruncit di rantau APAC boleh mengubah keadaan di negara-negara mereka dengan meninjau kemungkinan baharu dan mendapatkan pandangan daripada acara runcit yang sangat penting ini," kata Alwyn Chong, Pengarah Urusan, LUXASIA Group, Ahli Lembaga Penasihat NRF APAC 2024.

Reruai tingkat ekspo hampir habis dijual. Negara-negara yang mengambil bahagian termasuk Asia, Eropah dan AS. Dapatkan pas akses anda melalui portal pendaftaran dalam talian.

Sebagai syarikat penerbangan rasmi, Singapore Airlines menawarkan diskaun sehingga 11% ke atas tiket penerbangan ke Singapura. Para peserta luar negara juga boleh menikmati Istimewa Perjalanan (Travel Special) sehingga 20% rebat daripada lebih 20 hotel yang mengambil bahagian apabila menempah dengan Burnaby Solutions.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Lampiran 1 (Helaian Fakta) atau kunjungi www.nrfbigshowapac.nrf.com

 

Source: Comexposium Asia Pacific
Related Stocks:
Singapore:CXPM
Keywords: Banking/Financial Service