omniture

Vantage Markets Rangkul Anugerah "Broker CFD Terbaik" Global yang Diidamkan bagi 2024

Vantage
2024-03-01 14:41 27

PORT VILA, Vanuatu, 1 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Vantage Markets ("Vantage") berbesar hati menerima anugerah "Broker CFD Terbaik, Global" yang berprestij di Global Brand Awards 2024. Anugerah ini merupakan pengesahan terhadap usaha Vantage dan komitmen kepada kecemerlangan dan inovasi dalam industri dagangan Kontrak untuk Perbezaan (CFD).

Vantage Markets Clinches Coveted Global “Best CFD Broker” Award for 2024
Vantage Markets Clinches Coveted Global “Best CFD Broker” Award for 2024

Global Brands Magazine (GBM) ialah bahan penerbitan utama yang terkenal dengan artikel berita dan cebisan pendapatnya tentang jenama-jenama yang terkenal di serata dunia. Beribu pejabat di UK, ia menganjurkan siri anugerah yang mengiktiraf syarikat-syarikat cemerlang dalam pelbagai industri.

Global Brand Awards 2024, kini memasuki tahun ke-12, bertujuan untuk meraikan kecemerlangan merentas industri-industri seperti tukaran mata wang asing (forex) dan teknologi kewangan (fintech). Sebelum ini, Vantage dianugerahkan sebagai "Program Gabungan Terbaik – Global" dan "Program Gabungan Forex Terbaik – Global" pada tahun 2023, mengiktiraf kemajuan yang dicipta oleh syarikat ini dalam mengembangkan program perkongsiannya.

Marc Despallières, Ketua Pegawai Strategi dan Perdagangan, Vantage, merakamkan rasa terima kasih beliau yang tidak terhingga kepada GBM atas pengiktirafan mereka yang berterusan. "Anugerah ini bukan sekadar bukti dedikasi syarikat kami. Ia meraikan usaha tanpa jemu pasukan kami yang hebat dan saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan Vantage kami atas kerja keras, semangat dan dedikasi mereka. Tanpa mereka, pencapaian ini tidak mungkin dapat dicapai."

Vantage kekal berada di barisan hadapan inovasi, baru-baru ini melancarkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pengalaman perdagangan pelanggan. Ia termasuk pengubahsuaian laman web untuk menyediakan antara muka yang lebih intuitif dan diperkemas kepada pengguna dan pelancaran video jenamanya "Reborn a Trader" bagi mengatasi cabaran terbesar yang dihadapi oleh pedagang CFD hari ini.

Tatkala pasaran kewangan global berkembang, Despallieres berkata Vantage tetap komited untuk kekal berada di hadapan trend industri dan memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang. "Ucapan terima kasih kami yang tulus iklhas ditujukan kepada pelanggan kami yang dihargai. Kepercayaan dan sokongan anda menjadi asas dalam kejayaan kami dan kami benar-benar bersyukur atas peluang untuk menawarkan perkhidmatan kepada anda," kata beliau.

Latar Belakang Vantage
Vantage  (atau Vantage Markets) ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih pemenang anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage 

http://www.vantagemarkets.com/

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Awards Financial Technology