omniture

WISCO, China Unicom dan ZTE diiktiraf sebagai "Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Ekonomi Terhubung" di GLOMO Awards 2024

ZTE Corporation
2024-03-01 14:45 85
  • ZTE, bersama-sama China Unicom menyampaikan rangkaian persendirian 5G terbesar dunia dalam industri keluli global untuk WISCO, mencapai liputan 5G 99% yang mengagumkan
  • Projek ini berjaya menggunakan 25 aplikasi keluli dalam enam senario utama dengan rangkaian persendirian 5G diaplikasikan dalam bidang pengeluaran penting WISCO 

BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2024 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, melalui perkongsian bersama Wuhan Iron and Steel Co.,Ltd. (WISCO) dan China Unicom, mengumumkan bahawa projek bersama mereka "Kilang Keluli Pintar Terhubung Penuh 5G" memperoleh anugerah "Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Ekonomi Terhubung" di Global Mobile (GLOMO) Awards semasa MWC Barcelona 2024. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada usaha mereka yang mengagumkan dalam mengubah cara orang ramai bekerja di kilang dan mendigitalkan tempat kerja.


Sejak tahun 2020, usaha kolaboratif anda WISCO dan rakan kongsinya membawa kepada pewujudan projek "Kilang Keluli Pintar Terhubung Penuh 5G". Projek ini kini telah berkembang menjadi rangkaian persendirian 5G terbesar dalam industri keluli global, mencapai liputan 5G 99% yang mengagumkan dalam premis kilang. Memanfaatkan infrastruktur rangkaian persendirian 5G yang tangkas ini, projek ini menggunakan 25 aplikasi keluli dalam enam senario utama. Aplikasi ini mencakupi logistik pintar, kawalan pengeluaran, pengurusan peralatan digital, kawalan tenaga dan persekitaran, kawalan kualiti dan pengurusan keselamatan. Bagi memperkemas operasi, kilang ini menubuhkan pusat kawalan peringkat syarikat berserta pusat operasi khusus untuk pembuatan besi, pembuatan keluli, CSP dan penggelekan panas. Pendekatan yang bersepadu ini membuka jalan untuk proses pembuatan keluli klik-semua-dalam-satu yang lancar.

Rangkaian persendirian 5G telahpun diaplikasikan dalam bidang pengeluaran penting WISCO. Lebih daripada 100 kren bergerak overhed menyiapkan pembinaan semula tanpa pemandu. Sejak pelaksanaan pengangkutan besi cair pintar, kecekapan pengangkutan terus bertambah baik. Khususnya, penurunan suhu besi cair adalah kurang daripada 100 darjah semasa pengangkutan, mencipta rekod baharu untuk kecekapan ekstrem dan menghasilkan pengurangan tahunan sebanyak lebih 750,000 tan emisi karbon.

Li Xiaotong, Naib Presiden di ZTE, menyatakan, "Kami berbesar hati menerima anugerah ini bagi pihak pasukan projek bersama. Projek ini berperanan sebagai salah satu pencapaian praktikal signifikan kami dalam penaiktarafan digital industri metalurgi keluli dan industri pembuatan proses. Pengiktirafan daripada GSMA terhadap projek ini akan turut menjadi daya penggerak untuk kemajuan berterusan kami. Penyelesaian rangkaian persendirian 5G hujung-ke-hujung ZTE yang diaplikasikan dalam taman industri WISCO di tengah-tengah suhu tinggi dan gangguan elektromagnetik mempunyai keupayaan rangkaian yang sama seperti eternet industri dengan kelebihan tambahan iaitu penggunaan yang lebih fleksibel dan akses yang lebih mudah. Melangkah ke hadapan, ZTE komited untuk bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi industri untuk menggalakkan transformasi digital dan penaiktarafan pintar dalam industri keluli."

GLOMO Awards tahunan mewakili anugerah paling berprestij dalam industri ini. Dengan panel hakim yang terdiri daripada lebih 240 penganalisis global, ahli profesional media dan pakar industri pada tahun ini, GLOMO Awards 2024 meraikan individu dan syarikat yang memacu inovasi dan menunjukkan kecemerlangan dalam industri mudah alih yang semakin berkembang pesat.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi reruai ZTE (3F30, Dewan 3, Fira Gran Via) di MWC Barcelona 2024, atau terokai: https://www.zte.com.cn/global/about/exhibition/mwc24.html 

LATAR BELAKANG ZTE:
ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, sementara portfolionya merangkumi semua siri tanpa wayar, talian dawai, peranti dan perkhidmatan telekomunikasi profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih satu perempat daripada populasi global, ZTE mengkhusus untuk mencipta ekosistem digital dan pintar, serta membolehkan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana sahaja. ZTE disenaraikan pada kedua-dua Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI:
Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
YouTube www.youtube.com/@ZTECorporation

PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards Licensing/marketing agreements Trade show news