omniture

Huawei Lancarkan Penyelesaian Kereta Api Digital 2.0 di InnoTrans 2014

Menerajui Jalan untuk Masa Depan dengan Kereta Api yang Terhubung Lebih Baik
Huawei
2014-09-25 20:32 111

BERLIN, 25 September 2014 /PRNewswire/ -- Huawei memperkenalkan Penyelesaian Kereta Api Digital 2.0 baharu di pameran perdagangan teknologi pengangkutan InnoTrans 2014 di Berlin. Komponen teras penyelesaian tersebut melibatkan penyelesaian Radio Cab eLTE Dwi-Mod yang dibangunkan secara bersama dengan Funkwerk AG, dan sistem GSM-R berorientasi masa depan oleh Huawei. Ia menggabungkan fungsi penyelesaian kereta api digital 1.0 HUawei dan teknologi ICT yang inovatif seperti rangkaian yang tangkas, pengkomputeran awan, dan Bawa Peranti Anda Sendiri (BYOD). Di InnoTrans 2014, Huawei turut mempamerkan penyelesaian ICT lain yang berinovatif untuk kereta api dengan bertemakan "Kereta Api yang Terhubung Lebih Baik". Sebarang maklumat tambahan, sila lawati gerai pameran kami di Dewan 4.1 tiang 207 atau laman web kami:

http://enterprise.huawei.com/topic/InnoTrans2014/index.html

"Sebagai penyedia penyelesaian ICT pengangkutan kereta api berinovatif sejak 1996, Huawei telah menyediakan penyelesaian kepada lebih 84,500 kilometer landasan kereta api di seluruh dunia. Kami bekerjasama dengan lebih lima puluh rakan kongsi dengan kepakaran industri tertentu bagi membina kereta api terhubung lebih baik yang dapat meningkatkan hubungan dalam perkhidmatan kereta api, dalam kalangan orang ramai, dan antara kereta api dengan para penumpangnya," kata En. Danny Wang, Presiden Sektor Pengangkutan, Huawei Enterprise Business Group.

Penyelesaian Kereta Api Digital Huawei 2.0 telah dihasilkan untuk membantu para pengendali kereta api memenuhi kehendak terhadap pengangkutan darat yang meningkat disebabkan oleh faktor-faktor seperti pembandaran dan globalisasi. Penyelesaian Kereta Api Digital 2.0 membolehkan para pengendali kereta api membina operasi 4G serta semua IP dan juga rangkaian komunikasi, menubuhkan perkhidmatan berorientasikan Pusat Operasi & Arahan Lakuran (OCC) berasaskan awan dan stesen-stesen yang tangkas, serta mengimplementasikan teknologi jalur lebar wayarles kereta api kepada tanah berasaskan LTE. Hasilnya, kapasiti pengendali kereta api dan daya saing akan dipertingkat, serta kereta api akan menjadi lebih cekap, selamat dan mudah. 

Sebagai sebahagian daripada acara tersebut, Huawei dan Funkwerk menyediakan lima demonstrasi untuk Radio Cad eLTE yang dihasilkan secara bersama buat pertama kalinya. Infrastruktur komunikasi kereta api dan penyelesaian peranti adalah satu-satunya penyelesaian yang terdapat dalam pasaran ICT pengangkutan kereta api untuk menyokong GSM-R dan LTE. Selain daripada menawarkan perkhidmatan GSM-R tradisi, Radio Cab boleh menyampaikan suara, video dan perkhidmatan data yang canggih untuk pemantauan video secara langsung melalui teknologi LTE. Dengan memudahkan operasi melalui kedua-dua teknologi, penyelesaian tersebut menyokong perubahan komunikasi wayarles kereta api daripada GSM-R kepada LTE untuk meningkatkan pengalaman penumpang.

Huawei turut memperkenalkan Rangkaian Teras Kabinet Tunggal (SC) eCNS300 serta Stesen Pangkalan SDR BTS3900, dua daripada produk-produk kebanggaan sistem GSM-R. Rangkaian Teras SC eCNS300 Huawei menggunakan seni bina pengkomputeran telekomunikasi lanjutan bersepadu (ATCA) dan menggabungkan tiga unit rangkaian. Melalui penyelesaian ini, pengendali kereta api dapat menjimatkan ruang bilik mesin, mengurangkan perbelanjaan operasi, dan memudahkan peralihan teknologi daripada GSM-R kepada LTE. Stesen Pangkalan SDR BTS3900 memenuhi standard Projek Perkongsian Generasi Ketiga (3GPP) dan Institut Standard Telekomunikasi Eropah (ETSI) yang terkini. Ia turut mematuhi keperluan GSM-R yang ketat dan menyokong peralihan masa hadapan daripada GSM-R kepada teknologi LTE.

Huawei telah berada di barisan hadapan dalam melaksanakan teknologi LTE untuk industri kereta api. Syarikat tersebut menyediakan Zhengzhou Metro dengan Penyelesaian Kereta Api Digital untuk menggunakan rangkaian LTE kereta api komersial pertama pada November 2013. Pada Februari 2014, Huawei telah bekerjasama dengan pemimpin industri kereta api global Bombardier untuk menandatangani kontrak komersial kereta api serantau Sistem Pengurusan Trafik Kereta Api Eropah (ERTMS) pertama Afrika dengan Zambia Railways Limited (ZRL). Melalui kerjasama terbuka serta gabungan inovasi bersama para pelanggan dan rakan-rakan kongsi industri, Huawei akan terus menerajui perjalanan ke arah masa depan kereta api yang lebih baik.

Latar Belakang Huawei

Huawei adalah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi terkemuka di peringkat global dengan tujuan untuk memperkaya kehidupan melalui komunikasi.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari Huawei secara dalam talian www.huawei.com

Orang Hubungan Media:

Selina Xing
Tel: +86 755 8924 7615
E-mel: xingziyue@huawei.com

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: