omniture

PENDAFTARAN UNTUK 1000 MIGLIA WARM UP USA EDISI 2024 KINI DIBUKA

Mille Miglia
2024-03-01 22:52 29

BRESCIA, Itali, 1 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Pendaftaran untuk edisi 2024 1000 Miglia Warm Up USA telahpun dibuka hari ini, acara ini telah dianjurkan oleh Red Arrow selama lima tahun kebelakangan ini di Amerika Syarikat, antara Middleburg dan Washington DC.

1000 MIGLIA WARM UP USA ENTRIES TO THE 2024 EDITION OPEN
1000 MIGLIA WARM UP USA ENTRIES TO THE 2024 EDITION OPEN

Dijadualkan pada 22-27 Oktober, acara ini akan mengesahkan format kemenangan dari tahun-tahun sebelumnya: selepas satu hari latihan tentang teknik perlumbaan kebiasaan Itali, yang diadakan di Summit Point Motorsports Park, Coppa USA akan bermula, perlumbaan tiga bahagian dengan pasukan akan menempuh 800 kilometer dan menghadapi acara sukan yang mencabar.

Titik permulaan untuk kereta pada hari perlumbaan akan berada di pusat bandar Middleburg dan pada hari tersebut, perlumbaan ini akan melalui kawasan sekitar bandar yang terkenal dengan perlumbaan kuda dan pertandingan polo, sehingga ke Blue Ridge Mountains. Hidangan tengah hari pada perlumbaan bahagian pertama akan diadakan di ladang Barboursville, yang terkenal di seluruh dunia dengan pokok anggur yang berasal dari Itali, Restoran Palladio, salah satu restoran Itali yang paling asli di Amerika, dan 1804 Inn and Cottage, tempat makan dan tempat perlancongan yang terkenal sepanjang Lebuh raya Perlembagaan selama lebih daripada dua abad. Bahagian kedua akan kembali ke Litar Summit Point untuk latihan litar, manakala pada hari terakhir perlumbaan, selepas makan tengah hari di Congressional Country Club di Bethesda, penutupan akan berlangsung di tanah Itali di Kedutaan Itali di Washington DC.

Pasukan akan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Veteran dengan sekurang-kurangnya salah seorang daripada dua pemandu yang mendaftar telah mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya dua perlumbaan 1000 Miglia atau Ferrari Tribute 1000 Miglia, dan Novis dengan kedua-dua pemandu pasukan mengambil bahagian dalam paling banyak satu perlumbaan 1000 Miglia (atau Ferrari Tribute). Sejumlah maksimum 40 kereta yang dibahagikan kepada dua kelas akan diterima untuk perlumbaan: "1000 Miglia Era", termasuk model-model yang mengambil bahagian dalam 1000 Miglia bersejarah yang memiliki Sijil Registro 1000 Miglia, dan "Post 1000 Miglia Era" yang dikhaskan untuk kereta-kereta Sport dan Grand Touring yang dibina dari tahun 1958 hingga kini. Spesimen yang dihasilkan sebelum tahun 1957 yang dianggap mempunyai nilai sejarah dan/atau sukan yang tinggi, walaupun tidak pernah menyertai 1000 Miglia bersejarah, akan diletakkan dalam Senarai Tetamu dan akan menjadi sebahagian daripada kelas 1000 Miglia Era.

Yuran masuk awal boleh dibeli sehingga 3 Mei.

Tarikh akhir penyertaan adalah pada 20 September.

Semua maklumat boleh didapati di laman web 1000miglia.it.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2351405/Mille_Miglia.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2351404/Warm_Up_USA_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Mille Miglia
Keywords: Auto Entertainment Sporting Events Sports New products/services Future Events Public Interest