omniture

MWC2024: Huawei Lancar Penyelesaian Bandar Pintar Generasi Seterusnya Percepatkan Kecerdasan Bandar

Huawei
2024-03-02 06:55 29

BARCELONA, Sepanyol, 2 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Semasa MWC 2024, Huawei melancarkan penyelesaian bandar pintar generasi seterusnya di acara meja bulat bertemakan "Membina Kembar Pintar Bandar Percepatkan Kecerdasan Bandar". Pakar-pakar industri kerajaan dari Asia Pasifik, Amerika Latin, Afirka dan China berhimpun untuk membincangkan topik bandar pintar yang hangat, bertujuan untuk mempermudah pendigitalan kerajaan dan mempercepatkan kecerdasan bandar.

Pembinaan bandar pintar sedang berkembang pesat dan kerumitan pengurusan bandar yang semakin meningkat memerlukan seni bina dan teknologi baharu untuk menggalakkan penaiktarafan pendigitalan bandar yang berterusan. Kembar Pintar Bandar mewakili seni bina teknikal bandar digital generasi seterusnya yang berorientasikan masa depan. Berdasarkan kepada teknologi seperti penderiaan IoT, sambungan berkelajuan tinggi, pengkomputeran awan, data raya dan model asas AI, seni bina ini membantu membina sistem pintar bersepadu yang menampilkan sinergi awan-rangkaian-pinggir-peranti, mengintegrasikan data semua-domain untuk tadbir urus bandar, menjamin operasi yang berterusan, mengupayakan pengoperasian lancar dan pengoptimuman-kendiri untuk bandar ini dan akhirnya menjadikan bandar lebih pintar.

Zhou Hongquan, Ketua Pegawai Operasi Unit Perniagaan Pendigitalan Perkhidmatan Awam Kerajaan Huawei berkata, "Seni bina kembar pintar bandar yang inovatif merupakan pencapaian terkini Huawei dalam teknologi dan aplikasi bandar pintar teras. Ia membantu pengurus bandar mengoptimumkan kecekapan operasi bandar, meningkatkan kualiti hidup penduduk dan memberi sokongan berkuasa demi pembangunan mampan bandar-bandar pintar."

Berdasarkan kepada seni bina kembar pintar bandar, Huawei bekerjasama dengan rakan kongsi global untuk membina infrastruktur digital baharu bagi mencapai tadbir urus bandar yang cekap dan mempercepatkan kecerdasan bandar. Secara praktiknya, Huawei berjaya meningkatkan kecekapan kolaborasi jabatan pengurusan bandar sebanyak 40% dan kecekapan pengendalian insiden pendapat umum sebanyak 30%.

Semasa persidangan, Huawei mempamerkan penyelesaian termaju seperti IOC bandar pintar, perkhidmatan kerajaan dan model asas bandar, berusaha untuk meningkatkan tadbir urus bandar. IOC mengintegrasikan fungsi persepsi bandar, pengurusan operasi, perintah kolaboratif serta analisis pembuatan keputusan dan merupakan "pusat" kepada pengurusan operasi bandar. Penyelesaian perkhidmatan kerajaan memanfaatkan pembantu AI untuk menyampaikan pengalaman pengendalian perkhidmatan kerajaan yang menyenangkan dan pintar. Model asas bandar diaplikasikan kepada operasi, pengurusan, perintah dan perkhidmatan bandar bagi meningkatkan kualiti sekali gus meningkatkan kecekapan dan membina asas untuk kecerdasan bandar.

Pada masa akan datang, Unit Perniagaan Pendigitalan Perkhidmatan Awam Kerajaan akan terus berganding bahu dengan rakan kongsi global dan menggunakan ICT termaju serta seni bina kembar pintar bandar terbuka dan tertumpu bagi menyumbang kepada pembinaan bandar pintar, seterusnya membolehkan bandar menggunakan deria, berfikir dan berkembang.

 

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news Artificial Intelligence