YIWU, China, 25 September 2014 /PRNewswire/ -- Kemajuan selama 20 tahun telah membawa kepada kematangan Pameran Yiwu. Sejak 20 tahun lalu, saiz pameran, klasifikasi industri, struktur pameran dan juga acara kemuncak telah mengalami perubahan besar dan mendalam. Salah satu daripada perubahan paling penting adalah tahap pengantarabangsaan yang lebih tinggi. Pameran Yiwu menarik perhatian global melalui ciri-ciri uniknya.
Peserta dari luar negara meningkat setiap tahun
Peningkatan jumlah wajah asing memperlihatkan tahap pengantarabangsaannya. Sebelum ini, wajah asing yang sesekali muncul telah menarik perhatian; kini, pelbagai pembeli luar negara berkumpul bersama-sama, meningkatkan perolehan dagangan di Pameran Yiwu. Para pembeli profesional bagi Pameran Yiwu ke-19 mencecah paras tertinggi baharu, menarik sejumlah 196,957 orang pelanggan dari 203 negara dan rantau, satu peningkatan sebanyak 1.76%, sementara jumlah pembeli luar negara adalah 22,201, peningkatan sebanyak 6.3%. Lima negara dan rantau teratas bagi ahli perniagaan asing adalah: Korea Selatan, India, Taiwan, Malaysia dan Amerika Syarikat.
Nisbah pedagang Eropah juga turut meningkat. Lebih ramai ahli perniagaan dari Eropah dan Amerika menghadiri Pameran Yiwu, menaikkan Pameran Yiwu daripada pasaran bawahan kepada pasaran mewah.
Bagi peruncit besar seperti Metro dan Tesco, Pameran Yiwu telah menjadi satu platform penting untuk pembelian merentas sempadan. Peruncit-peruncit multinasional besar di Pameran Yiwu ini menggambarkan Pameran Yiwu telah mengambil langkah bijak ke arah pameran antarabangsa dan profesional.
Perayaan perolehan dunia
Pameran Yiwu ke-19 telah mengalu-alukan perdagangan antarabangsa, dan mempunyai lebih 2,500 syarikat serta 4,200 gerai pameran, dengan lapan kategori utama: perkakasan, peralatan elektronik & elektrik, aksesori barang kemas, keperluan harian, kraftangan, budaya, produk-produk sukan & rekreasi luar dan juga stoking & seluar dalam. Pameran tersebut telah mencapai perolehan sebanyak RMB16.615 bilion, meningkat sebanyak 1.68% - antaranya, perolehan dagangan asing sebanyak USD1.696 bilion menyumbang sebanyak 62.1% perolehan, satu peningkatan sebanyak 7.16%.
Pameran Yiwu juga mempunyai industri-industri perkhidmatan yang cemerlang seperti makanan, hotel, pengangkutan, hiburan, dan pengiklanan yang memenuhi keperluan pelanggan pada tahap yang berbeza. Penting juga untuk dinyatakan Kementerian Luar Negeri telah membuka satu "saluran hijau" untuk Pameran Yiwu, iaitu, satu jemputan Pameran Yiwu, yang membolehkan para pelabur asing memohon visa secara terus daripada Kedutaan China atau Konsulat Jeneral China.