omniture

Milliken & Company diiktiraf sebagai Salah Satu daripada Syarikat Paling Beretika Dunia (World's Most Ethical Companies®) 2024

Milliken & Company
2024-03-05 02:33 26

SPARTANBURG, S.C., 5 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Pengeluar serba boleh global, Milliken & Company, dengan bangga disenaraikan dalam senarai Syarikat Paling Beretika Dunia 2024 yang disediakan oleh Ethisphere, peneraju dalam menentukan dan memajukan standard amalan perniagaan yang etika. Pengiktirafan tahunan ini menampilkan organisasi yang mempunyai komitmen teladan terhadap integriti perniagaan melalui program etika, pematuhan dan tadbir urus yang kukuh. Milliken adalah salah satu daripada hanya enam penerima anugerah yang disenaraikan setiap tahun sejak anugerah ini diwujudkan pada tahun 2007.

Milliken is one of six World's Most Ethical Companies honorees to make the list every year since the award was first created in 2007.
Milliken is one of six World's Most Ethical Companies honorees to make the list every year since the award was first created in 2007.

"Di Milliken, kami komited untuk memberikan impak positif kepada orang dan dunia sekeliling kita," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Milliken, Halsey Cook. "Penghormatan ini mengesahkan bahawa cara kami menjalankan perniagaan mempunyai kepentingan sebanyak pencapaian kami, dan kami bangga diiktiraf sekali lagi pada tahun ini."

Berpadukan oleh nilai-nilai  terasnya dan landskap yang sentiasa berubah dalam komuniti yang dilayaninya, Milliken menjalankan projek meluas pada tahun 2023 untuk lebih memahami keperluan dan kehendak pangkalan kakitangan. Syarikat tersebut kemudian mengukuhkan komitmennya kepada Pasukan Milliken dengan pelancaran Associate Promise, iaitu komitmen untuk membina masa depan yang lebih baik dengan memupuk budaya yang berpaksikan pada kepercayaan, inklusi dan kepelbagaian yang disengajakan dan pemerkasaan. Associate Promise Milliken mencerminkan elemen-elemen program etika dan pematuhan yang meluas di Milliken yang berusaha untuk memberi impak secara sengaja kepada dunia melalui komitmen terhadap kecemerlangan dan peningkatan berterusan.

"Dengan bertindak dengan integriti dan ketelusan, kami terus memberi komitmen untuk mengekalkan perniagaan etika kami," kata Kasel Knight, Naib Presiden Kanan dan Penasihat Umum dan ketua kemampanan di Milliken. "Daripada cara kami melayan rakan sekerja kami hingga cara kami terlibat di pasaran, kami bertindak untuk kebaikan manusia dalam setiap yang kami lakukan."

Penilaian Syarikat Paling Beretika Dunia adalah berdasarkan pada Ethics Quotient® milik Ethisphere, suatu soal selidik yang meluas yang memerlukan syarikat menyediakan lebih daripada 240 bukti terhadap budaya etika mereka, amalan persekitaran, sosial, dan tadbir urus (ESG), program etika dan pematuhan, kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman, serta inisiatif yang menyokong rangkaian nilai yang kukuh. Pada tahun 2024, seramai 136 penerima penghormatan telah diiktiraf, merangkumi 20 negara dan 44 industri.

"Tahun demi tahun, kita lihat Milliken menunjukkan budaya etika dan integriti yang terbaik," tambah Erica Salmon Byrne, Pegawai Strategi Utama dan Pengerusi Eksekutif Ethisphere. "Bukan sahaja pasukan ini menunjukkan pemikiran etika yang kukuh, Milliken juga memberi komitmen untuk terus meningkatkan amalan etika dan pematuhan mereka. Kami mengucapkan tahniah kepada Milliken untuk tahun ke-18 sebagai salah satu daripada Syarikat Paling Beretika Dunia. 

Untuk melihat senarai penuh penerima anugerah tahun ini, sila layari laman web Syarikat Paling Beretika di Dunia (https://worldsmostethicalcompanies.com/honorees).

Tentang Milliken  
Milliken & Company ialah peneraju pembuatan global yang memberi tumpuan kepada sains bahan untuk memberikan inovasi masa depan hari ini. Daripada molekul terkemuka industri kepada inovasi lestari, Milliken mencipta produk yang meningkatkan kehidupan manusia dan memberikan penyelesaian kepada pelanggan dan komuniti. Dengan pemilikan ribuan paten dan portfolio dengan aplikasi merentasi perniagaan tekstil, kimia khusus, lantai dan penjagaan kesihatan, syarikat ini memanfaatkan semangat integriti dan kecemerlangan bersama untuk memberi kesan positif kepada dunia selama beberapa generasi. Ketahui lebih lanjut tentang minda ingin tahu Milliken dan penyelesaian berinspirasi di miliken.com dan di Facebook, Instagram, dan Linkedln.

Tentang Ethisphere  
Ethisphere merupakan peneraju global dalam menentukan dan memajukan standard amalan perniagaan yang etika untuk memperkukuhkan jenama korporat, membina kepercayaan dalam pasaran, dan memberi kejayaan perniagaan. Ethisphere mempunyai kepakaran mendalam dalam mengukur dan menentukan standard etika asas menggunakan wawasan berasaskan data yang membantu syarikat membina budaya etika dan integriti yang kukuh. Ethisphere menghargai pencapaian cemerlang melalui program pengiktirafan World's Most Ethical Companies®, menyediakan komuniti pakar industri dengan Business Ethics Leadership Alliance (BELA), dan memaparkan tren dan amalan terbaik dalam etika melalui Ethisphere Magazine. Ethisphere juga memajukan prestasi perniagaan melalui penilaian yang dipacu oleh data, panduan dan penanda aras terhadap data yang tiada tandingannya: Dataset Culture Quotient yang mencerminkan amalan perniagaan beretika 3+ juta pekerja di seluruh dunia; dan dataset Ethics Quotient, yang menampilkan 240+ titik data tentang amalan etika, pematuhan, sosial dan tadbir urus Syarikat Paling Beretika di Dunia. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari https://ethisphere.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2353227/Milliken_Worlds_Most_Ethical_Companies_2024.jpg?p=medium600 

 

Source: Milliken & Company
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Mining/Metals Retail Awards STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) General Manufacturing