omniture

4 CARA THE BEEM OLEH SYARIKAT PEMULA MUDO LABS DI KICKSTARTER AKAN REVOLUSIKAN CARA ANDA KUASAI MOOD ANDA

Mudo Labs
2024-03-05 09:50 61

Peranti bersaiz poket ini membolehkan anda meningkatkan mood tertentu melalui akutekanan dan aromakologi

SINGAPURA, 18 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Inilah reality sebenar: tahap tekanan di tempat kerja telah mencapai paras tertinggi sepanjang zaman. Menurut Laporan Tempat Kerja Global 2021, 43 peratus responden di lebih 100 negara mendakwa mengalami tekanan.

The Beem employs two ancient principles in one sleek device: acupressure and aromachology
The Beem employs two ancient principles in one sleek device: acupressure and aromachology

Angka-angka berkenaan membimbangkan dan biarpun kaedah untuk mengurus mood kita tiada penghujungnya (buatlah pilihan anda bermula daripada senaman, meditasi, yoga), hanya sebahagian kecil yang benar-benar membolehkan kita memberi ruang untuk emosi kita semasa sedang sibuk.

Enter The Beem, peranti inovatif oleh syarikat pemula berpangkalan di Singapura Mudo Labs yang membolehkan anda menguasai mood anda melalui kombinasi antara akutekanan, aromakologi dan kawalan nafas. Bayangkan peranti ini sebagai maestro mood bersaiz poket anda, menggabungkan ilmu kesihatan purba dengan beberapa teknologi hebat yang serius — kesemuanya disokong oleh sains.

Ia sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menjalani kehidupan dengan sedikit lagi zen, hasil daripada enam kartrij boleh tukar yang membantu mendorong mood tertentu. Peranti ini dilancarkan di Singapura yang mendapat pujian kritis pada September 2023 dan baru sahaja berkembang ke peringkat global melalui Kickstarter. Berikut merupakan cara ia dapat membantu anda menguasai mood anda.

SEGALA-GALANYA DALAM NAFAS
Peranti kecil yang bergaya ini menggalakkan anda untuk berhenti sejenak dan (secara literalnya) menarik nafas. The Beem berfungsi dengan menekannya pada lekuk bibir atas anda dan menarik nafas dalam-dalam untuk menyedut minyak patinya yang meningkatkan mood dalam kartrij boleh tukar. Dengan berbuat demikian, ia menggabungkan faedah-faedah aromakologi — sains haruman — dengan amalan kesihatan tradisional akutekanan untuk menggesa anda agar meluangkan sedikit masa dan mengimbangi emosi anda.

DISOKONG OLEH SAINS
The Beem ialah produk daripada penyelidikan saintifik yang ekstensif serta kolaborasi, dibangunkan selama 10 tahun melalui perundingan bersama sepasukan saintis, ahli psikologi serta pereka industri dan prototaip diuji oleh kumpulan fokus. Keputusannya ialah peranti disokong secara saintifik dengan campuran haruman yang dirumus dengan teliti yang diperoleh daripada bahan botani semula jadi.

IA NIPIS DAN MUDAH DIBAWA
Sama ada anda berada dalam suasana pejabat atau sedang bergerak, The Beem ialah teman yang sempurna untuk penetapan semula mental yang pantas. Saiznya yang diskret membolehkannya menjadi peneman yang tidak ketara namun efektif dalam rutin harian anda. Kemudahalihan ini bererti relaksasi dan pengawalaturan mood tidak perlu terbatas di rumah; ia boleh disepadukan secara lancar dalam kehidupan harian, memberi sokongan di mana-mana dan bila-bila masa ia diperlukan.

TUKARKANNYA
The Beem by Mudo Labs ini sungguh menarik, membolehkan anda menukar enam kartrij haruman mengikut mood anda. Setiap satu padat dengan minyak pati semula jadi sepenuhnya yang diperoleh secara bertanggungjawab dan diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan seperti moringa dan damiana, maka andalah pengawal mood anda sendiri.

Kunjungi kempen Kickstarter Mudo Labs di sini.

Akses kit media penuh dengan visual di sini.

Source: Mudo Labs
Keywords: Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics New products/services Small Business Services Fitness/Wellness