LOS ANGELES, 27 September 2014 /PRNewswire/ -- Alexis Nelson, Pemilik dan Penerbit Eksekutif HOAX Films, studio penerbitan digital Los Angeles, California dan Savannah, Georgia, telah dicalonkan untuk Anugerah EMMY bagi kategori Rekaan Grafik & Arahan Seni Terbaik untuk "Ultimate Guide to the Presidents", diterbitkan oleh (Penerbit Eksekutif) Karga Seven Pictures untuk saluran The History Channel. Majlis akan diadakan pada 30 September 2014 di Lincoln Center, New York City.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140924/148186
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140924/148187
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140924/148188
"Ultimate Guide to the Presidents" merupakan siri mini lapan jam yang memaparkan kisah 43 tokoh yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat, menggunakan dokumentasi bersejarah yang meluas termasuk rakaman arkib dan foto. Dengan citraan dan animasi kreatif, rancangan itu menggambarkan tanggungjawab, kejadian, cabaran, dan pencapaian semua pemimpin Amerika ini. Semua grafik telah dihasilkan di bawah arahan Syarikat Penerbitan Karga 7, dan Penerbit Fikret Manoglu.
"Ini penghormatan yang besar," kata Nelson. "Kami mahu cuba jalan lain untuk menghidupkan sejarah yang membuatkannya lebih mudah difahami dan menarik daripada segi visual. Gabungan proses 2D dan 3D membenarkan kami memisahkan dokumen bersejarah dan citraan, kemudian menganimasikannya, dan menghasilkan kisah penceritaan namun masih mengekalkan integriti sumber.
Saya teruja kerana gaya dan grafik yang berbeza ini diberi pengiktirafan. Ini permulaan yang bagus untuk perluasan semasa HOAX bagi menyepadukan pembangunan dan penerbitan ke dalam perancangan pascapenerbitan semasa kami."
Walaupun ini akan menjadi EMMY pertama mereka, penerbitan filem, usaha janaan komputer, dan kesan visual mereka ke atas laman web futuristik, MEBO Campus (www.regeneration2014.com) telah membawa kepada pelbagai jenis pengiktirafan, termasuk enam Anugerah Davey, enam Anugerah W3, empat Anugerah Communicator, dua Anugerah IAC, dan satu Anugerah Interactive Media.
MEBO Campus dibangunkan bawa arahan Kevin Xu, Ketua Pegawai Eksekutif usahawan untuk MEBO International, syarikat yang memfokus eksklusif terhadap pengurusan harta intelek sains penumbuhan semula organ yang berkait dengan pengasasnya, Dr. Rongxiang Xu. Matlamat laman web itu adalah untuk mendidik dunia Barat tentang keajaiban sains penumbuhan semula organ melalui pengalaman,
TENTANG HOAX FILMS:
HOAX Films merupakan syarikat penerbitan digital yang dikenali kerana hasil kerjanya untuk Game of Thrones, Harry Potter 7, filem cetera seperti Fast 5, Zombeavers, Deadliest Warrior saluran Spike TV, dan video muzik untuk Katy Perry, Britney Spears, Little Dragon, dan Absolut Vodka. HOAX bekerjasama dengan Fort Argyle Films dan sedang dalam proses menerbitkan siri televisyen Double Wide Blues dan filem cetera A Savannah Haunting.
http://emmyonline.com/news_35th_nominations
HUBUNGAN AWAM:
pr@HOAXFilms.com