HANNOVER, Jerman, 27 September 2014 /PRNewswire/ --
Dobrindt kagum dengan dorongan industri kenderaan komersial terhadap inovasi
Selepas upacara pembukaan Kenderaan Komersial IAA ke-65, Menteri Pengangkutan Persekutuan Alexander Dobrindt telah mengadakan lawatan pembukaan tradisi, dengan mengunjungi pelbagai gerai-gerai pameran yang terdiri daripada pengilang kenderaan, pembekal dan pengilang treler, badan-badan kenderaan dan bas-bas. Menteri tersebut turut diiringi oleh Matthias Wissmann, Presiden Persatuan Industri Automotif Jerman (VDA), Katharina Reiche, Setiausaha Kerajaan Negeri Parlimen, dan Stefan Schostock, Datuk Bandar ibu negeri Hannover.
Di Dewan 14/15 para tetamu disambut oleh Dr Wolfgang Bernhard, Ahli Lembaga Pengurusan di Daimler AG serta Ketua bagi Daimler Trucks and Buses. Beliau menyifatkan Masa Depan Lori Mercedes-Benz 2025, yang bertujuan untuk menunjukkan bagaimana pengangkutan barangan melalui jalan raya dapat menjadi lebih cekap, selamat dan terhubung sepuluh tahun daripada sekarang. Anders Nielsen, Ketua Pegawai Eksekutif MAN Truck & Bus AG, memperkenalkan D38 - enjin enam silinder selaras 15.2 liter yang cekap dan ekonomi. Di gerai Volkswagen Dr Eckhard Scholz, Pengerusi Lembaga Pengurusan Kenderaan Komersial Volkswagen, menjelaskan konsep "TRISTAR", yang memberikan sedikit sebanyak idea tentang siri T generasi masa depan.
Menteri tersebut turut mengunjungi gerai-gerai pameran treler dan pengilang badan di Dewan 27. Di Schmitz Cargobull, Ketua Pegawai Eksekutif Ulrich Schümer dan ahli Lembaga Pengurusan Ulrich Schopker menjelaskan tetulang I yang dibentuk melalui pembentukan sejuk daripada ketulan logam tunggal dalam kerangka treler, yang menawarkan peningkatan muatan dan keselamatan yang dipertingkatkan. Jürgen Spier, Pengarah Urusan Spier Fahrzeugwerk, menjelaskan sebuah van dengan badan kotak yang amat ringan. Di gerai pameran Fahrzeugwerke Bernard Krone GmbH, pemiliknya Bernard Krone mengalu-alukan menteri tersebut dan menyampaikan gandar treler Krone yang baru dibangunkan.
Pembekal-pembekal turut memperkenalkan 226 tayangan perdana dunia di IAA – iaitu 70 peratus daripada semua tayangan perdana dunia di sini. Kepentingan pembekal juga menjadi lebih jelas ketika lawatan perjalanan pembukaan. Di gerai Bosch (Dewan 17) Dr Volkmar Denner, Pengerusi Lembaga Pengurusan di Robert Bosch GmbH, menjelaskan syarikat tersebut memberi tumpuan kepada keterhubungan. Dr Denner menyampaikan alat kawalan yang bertujuan untuk digunakan dengan "EPanggilan" (panggilan kecemasan) automatik. Di gerai ZF Friedrichshafen AG, Ketua Pegawai Eksekutif Dr Stefan Sommer menyampaikan replika Lori Inovasi yang dapat dikawal pemandu dari jauh dengan menggunakan telefon pintar. Lori Inovasi asli boleh dialami sendiri setiap hari di Pentas Inovasi.
Ansprechpartner:
Eckehart Rotter
Verband der Automobilindustrie e. V. (VDA)
Abteilung Presse
Tel.: +49-30-897842-120
Emel: rotter@vda.de
SUMBER VDA Verband der Automobilindustrie e.V.