omniture

NEOM mengumumkan Gidori, komuniti golf kediaman baharu mereka

NEOM Corporate
2024-03-07 20:59 22

NEOM, Kerajaan Arab Saudi, 7 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Lembaga Pengarah NEOM memperkenalkan Gidori - sebuah komuniti golf eksklusif dan peribadi yang terletak di tengah-tengah bukit pantai yang memukau di Teluk Aqaba - sebagai tambahan terbaru kepada NEOM, pembangunan serantau yang sedang berkembang di barat laut Arab Saudi.

NEOM announces Gidori, its residential golf community
NEOM announces Gidori, its residential golf community

Dengan seni bina yang berani yang menyatu dengan landskap semulajadi yang dramatik, Gidori menjadi tuan rumah kepada kemudahan penginapan mewah, kediaman premium dan pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi yang menawarkan pengalaman hidup yang tiada tandingannya.

Terletak di sepanjang pantai menawan Teluk Aqaba, Gidori dengan lancar menggabungkan golf bertaraf dunia dan rekreasi aktif, di kelilingi sebuah komuniti ultramoden untuk tetamu dan penduduk. Pusat seni bina yang progresif ialah kompleks hadapan pantai dengan struktur cantilever yang menakjubkan.Terbina meningkat dari landskap pantai, seni bina akan menempatkan 190 apartmen mewah yang menghadap laut berserta pelbagai pengalaman makan, kedai runcit eksklusif dan ruang taman.

Padang golf kejuaraan 18 lubang Gidori melintasi tanah rendah dan batu-batu karang, mencabar pemain golf pada semua peringkat dan menampilkan reka bentuk inovatif, pemandangan pantai yang indah dan teknologi yang canggih.  Kelab golf yang anggun akan menyediakan layanan hosiptaliti yang canggih untuk pemain, manakala akademi golf akan menawarkan nasihat dan latihan pakar dan akan memberikan perkhidmatan untuk permainan tradisional serta generasi seterusnya e-sukan.

Diletakkan sepanjang padang golf ialah vila peribadi dan rumah siri terhad sebanyak 200 yang direka bentuk secara individu dan sangat diingini. Pengunjung ke Gidori juga boleh menginap di hotel mewah butik 80 bilik, yang menyediakan pelbagai bilik yang direka bentuk secara unik dan suite kontemporari yang istimewa. Hotel ini termasuk restoran dan ruang santai, spa kecergasan, gimnasium, kolam renang berganda dan teater eksklusif untuk hiburan yang disusun dengan teliti.

Kawasan sekitar Gidori sangat sesuai untuk aktiviti luar seperti mendaki, berbasikal di atas dan di luar jalan, dan bersiar-siar menikmati pemandangan. Kelab pantai ini akan menawarkan hosiptaliti dan hiburan yang santai, dengan pelbagai sukan air untuk semua peringkat umur dan pengalaman. Apabila malam tiba, platform pemerhatian akan menyediakan peluang pemandangan malam yang tiada tandingan. 

Sejajar dengan komitmen NEOM terhadap pemuliharaan dan inovasi, Gidori akan menyampaikan piawaian baru pembangunan pantai yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Pelancaran Gidori ini mengikuti pengumuman koleksi destinasi pelancongan pantai mampan NEOM, termasuk Leyja, Epicon, Siranna, Utamo, Norlana, Aquellum, Zardun, Xaynor, dan Elanan.

Imej 

Kit Media: Gidori-English Password: NEOMGidori123

Tentang NEOM

NEOM merupakan pemacu kemajuan manusia dan merupakan wawasan tentang Masa Depan Baharu. Ia adalah sebuah wilayah di barat laut Arab Saudi, bersempadan dengan Laut Merah, yang dibangunkan dari dasar sebagai makmal kehidupan - sebuah tempat keusahawanan akan membentuk trajektori bagi Masa Depan Baharu ini. Ia akan menjadi destinasi bagi mereka yang bermimpi besar dan ingin menjadi sebahagian dari penciptaan model baharu untuk kehidupan yang luar biasa, membangunkan perniagaan yang maju pesat, dan mereformasi cara pemuliharaan alam sekitar.

NEOM akan merangkumi bandar-bandar pintar, pelabuhan dan zon industri yang terhubung secara hiper, pusat-pusat penyelidikan, arena sukan dan hiburan, serta destinasi pelancongan. Sebagai pusat keunggulan untuk inovasi, usahawan, pemimpin perniagaan, dan syarikat akan berkumpul di sini untuk melakukan penyelidikan, menginkubasi, dan mengkomersialkan teknologi serta perusahaan baharu dengan cara yang inovatif. Penghuni NEOM akan menyemat etos antarabangsa dan menghayati budaya yang menggalakkan penerokaan, pengambilan risiko, dan kepelbagaian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila e-mel kepada media@neom.com atau layari www.neom.com dan www.neom.com/en-us/newsroom.

Bahan ini diedarkan oleh Teneo Strategy LLC bagi pihak Syarikat NEOM. Maklumat tambahan tersedia dan dapat diperoleh melalui Jabatan Kehakiman, Washington, DC. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2356173/NEOM_announces_Gidori.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2356174/NEOM_announces_Gidori.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2288277/NEOM_Logo.jpg?p=medium600

 

NEOM announces Gidori, its residential golf community
NEOM announces Gidori, its residential golf community

 

 

Source: NEOM Corporate
Keywords: Construction/Building Hotels and Resorts Sports Travel New products/services