omniture

Penyepaduan Kawalan Akses Kendali Keselamatan Fizikal menggunakan Antara Muka Video XProtect Milestone yang Mudah Digunakan

Milestone Systems
2014-09-29 09:50 367

COPENHAGEN, Denmark, 29 September 2014 /PRNewswire/ --

Pameran perdagangan industri dalam AS dan Eropah menunjukkan penyelesaian IP saling kendali baharu 

Perisian pengurusan video (VMS) IP platform terbuka Milestone Systems disepadukan dengan sistem kawalan akses daripada berbilang Rakan Kongsi Penyelesaian Milestone akan dipamerkan semasa acara industri keselamatan bulan ini: SECURITY Essen di Jerman dan ASIS International di Atlanta, Georgia.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130916/639134 )

Banyak Rakan Kongsi Penyelesaian Milestone menggunakan Modul Kawalan Akses 2014 XProtect®  baharu untuk menawarkan penyepaduan bersatu sistem kawalan akses mereka ke dalam penyelesaian pemantauan video XProtect® Milestone. Kebolehan untuk menggabungkan kejadian video dan akses bersama dalam cara ini meningkatkan kepantasan dan kecekapan dengan banyaknya bagi penyiasatan dan respons insiden.

Menyediakan fungsi kawalan akses utama dan paling biasa digunakan sebagai bahagian penting antara muka Smart Client XProtect®, Modul Kawalan Akses 2014 XProtect Milestone menyingkirkan keperluan untuk pengguna bekerja dengan sistem bebas yang berasingan. Ia juga memungkinkan penyepaduan sistem kawalan akses berbeza dalam pemasangan pelanggan XProtect yang sama.

Smart Client XProtect menyediakan antara muka bersatu untuk mengendalikan sistem kawalan akses tersepadu dengan fungsi khusus seperti memantau kejadian akses dengan pengesahan video, membantu kemasukan secara manual (mengawal pintu, pagar, dsb. ), mengendalikan penyiasatan untuk titik akses atau pemegang kad khusus, mengeksport bukti video dan menghasilkan laporan dengan mudah. Video kejadian akses memberi pengesahan dan pemberitahuan visual tentang situasi sambil ia berlaku untuk respons yang lebih baik, dan menyediakan dokumentasi untuk analisis, pembetulan, atau pelaksanaan.

Ekosistem rakan kongsi Milestone seluruh dunia padat dengan lebih daripada tiga puluh penyepaduan untuk sistem kawalan akses dengan platform video Milestone, untuk memenuhi permintaan pasaran bagi penyelesaian jenis ini. Kebanyakan daripadanya dicapai menggunakan Modul Kawalan Akses 2014 XProtect, yang akan dipamerkan di sini:

SECURITY Essen - 23-26 September
Axis: Dewan 2, tapak pameran Milestone 216 dan tapak pameran Axis 311 dan 507
Bosch Security Systems: Dewan 2, tapak pameran Milestone 216 dan tapak pameran Bosch 216
KABA: Dewan 3, tapak pameran Kaba 310
Suprema/Camsecure: Dewan 5, tapak pameran Suprema 134
AxessTMC (Zucchetti Group): Dewan 2, tapak pameran Milestone 216

ASIS International – 29 September 29- 1 Oktober
Axis: Tapak pameran Axis 1023 dan tapak pameran Anixter 1016
Bosch Security Systems: Tapak pameran Bosch 3237
IMRON: Tapak pameran Axis 1023 dan tapak pameran Anixter 1016
ISONAS: Tapak pameran Milestone 1043
Open Options: Tapak pameran Open Options 2455
Siemens Building Technologies: Tapak pameran Siemens2525

Daripada semua Rakan Kongsi Penyelesaian Milestone untuk kawalan akses, ISONAS merupakan syarikat pertama yang mendapat pensijilan untuk penyepaduan ISONAS ACX mereka menggunakan Modul Kawalan Akses XProtect. Ini bermakna penyelesaian tersepadu itu dengan kawalan akses IP tulen mereka yang boleh dikendalikan daripada dalam antara muka Smart Client XProtect mereka telah diuji dan terbukti untuk pelaksanaan amalan terbaik dan didokumentasikan dengan konfigurasi teroptimum.

"XProtect Milestone kini mempunyai kebolehan untuk mengendalikan kedua-dua kawalan video dan akses. Penyepaduan ISONAS-Milestone membenarkan pelanggan mengatur penggunaan kawalan akses dengan lancar dalam topologi yang sama dengan kamera mereka. Ini menyingkirkan keperluan untuk kuasa tambahan di pintu, menghasilkan kos pemilikan yang jauh lebih rendah, menyediakan penyelesaian yang lebih lentur dan boleh skala sambil mengelak daripada keperluan melatih semula pengguna XProtect. Penyepaduan ini berkebolehan untuk memberi perubahan dramatik kepada cara kawalan video dan akses dilaksanakan dan diuruskan dengan video terbaik dalam kelasnya sebagai hujung hadapan," kata Rob Mossman, Ketua Pegawai Eksekutif ISONAS.

Axis Communications juga sedang memasuki pasaran kawalan akses fizikal dengan memperkenalkan di Eropah pengawal pintu rangkaian dengan perisian berasaskan web yang terbina dalam. AXIS A1001 Network Door Controller melengkapi portfolio Axis sedia ada untuk produk video rangkaian inovatif dan mencipta kemungkinan penyepaduan unik untuk rakan kongsi dan pengguna hujung, termasuk saling kendali melalui Modul Kawalan Akses XProtect 2014 Milestone.

"Dengan menggunakan kelebihan fungsi terbenam untuk Pengurus Kemasukan AXIS, Modul Kawalan Akses XProtect Milestone memainkan peranan penting dalam menyepadukan pengesahan visual laluan pintu terkawal dengan Pengawal Pintu Rangkaian A1001 AXIS," kata Johan Lembre, Pengarah, Penyelesaian Jualan Global, Perusahaan & Perniagaan Sederhana, Axis Communications.

Modul Kawalan Akses XProtect 2014 adalah sebahagian daripada Kit Pembangunan Perisian Platform Penyepaduan Milestone (MIP SDK), yang boleh didapati melalui rakan kongsi saluran Milestone. Ini akan dipamerkan oleh Milestone Systems semasa Security Essen (Dewan 2, tapak pameran Milestone 216) dan ASIS International (tapak pameran Milestone 1043). Penyepaduan dengan sistem kawalan akses daripada Rakan Kongsi Penyelesaian Milestone boleh didapati melalui saluran jualan mereka masing-masing.

About Milestone Systems
Milestone Systems is a global industry leader in open platform IP video management software, founded in 1998 and now operating as a stand-alone company in the Canon Group. Milestone technology is easy to manage, reliable and proven in thousands of customer installations, providing flexible choices in network hardware and integrations with other systems. Sold through partners in more than 100 countries, Milestone solutions help organizations to manage risks, protect people and assets, optimize processes and reduce costs. For more information, please visit: http://www.milestonesys.com.

Tentang Milestone Systems

Ditubuhkan pada 1998, Milestone Systems merupakan pemimpin industri di seluruh dunia dalam perisian pengurusan video IP platform terbuka, menurut IMS Research enam tahun berturut-turut. Produk-produk Milestone XProtect(R) telah dipasang dalam beribu-ribu pemasangan pelanggan, dijual melalui rakan-rakan kongsi diberi kuasa dan bertauliah di lebih 100 negara. Dengan sokongan untuk pilihan terluas dalam perkakas rangkaian dan integrasi dengan sistem-sistem lain, XProtect memberikan penyelesaian terbaik - dalam kalangannya untuk pertubuhan-pertubuhan 'bolehkan-video' – mengurus risiko, mengurang kos, mengoptimumkan proses, melindungi orang ramai dan aset. Untuk maklumat lanjut, sila lawat:
http://www.milestonesys.com.

Sumber: Milestone Systems

Source: Milestone Systems
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics High Tech Security Multimedia/Online/Internet Trade show news