omniture

IWC Menambah Gemerlapan Pergelangan Tangan

IWC Schaffhausen
2014-09-29 15:00 108

SCHAFFHAUSEN, Switzerland, 29 September 2014 /PRNewswire/ -- Jam tangan Portofino Midsize baharu melengkapi koleksi Portofino daripada IWC Schaffhausen

IWC Schaffhausen dengan bangganya memperkenalkan koleksi Portofino Midsize 2014 mereka. Koleksi Portofino daripada IWC telah menjadi lambang keanggunan tidak ketara dan cita rasa tinggi selama 30 tahun. Dengan rekaannya yang tulen dan tidak lapuk dimakan zaman, keluarga jam tangan itu telah menetapkan kedudukannya sebagai salah satu daripada keluarga yang paling berjaya dalam syarikat kami dan sama terkenal dalam kalangan lelaki dan wanita. Jam baharu itu juga membuatkan rangkaian Portofino menarik minat penggemar jam tangan yang lebih menyukai jam tangan yang lebih kecil.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140929/708330-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140929/708330-b)

Video: http://youtu.be/s6NpJ8wQ1KM

Sebagai meraikan pelancaran koleksi Portofino Midsize itu, jurugambar pujaan ramai Peter Lindbergh telah menghasilkan siri gambar eksklusif yang mengagumkan, dengan memaparkan selebriti terkenal Cate Blanchett, Emily Blunt, Zhou Xun, Ewan McGregor dan Christoph Waltz serta peragawati Adriana Lima dan Karolina Kurkova berlatarbelakangkan pekan pelabuhan Itali yang indah, Portofino. Ini merupakan kali kedua Lindbergh menghasilkan foto untuk IWC Schaffhausen bagi mempromosikan koleksi Portofino, dan sekali lagi beliau berjaya menggarap keanggunan sepanjang zaman yang dizahirkan pekan itu melalui hasil karya beliau yang menawan. Koleksi foto eksklusif itu akan mengembara ke seluruh dunia dalam satu pameran bertajuk "Timeless Portofino". Ia bakal dipamerkan di Acara Pelancaran Portofino Midsize IWC yang dijadualkan di Festival Filem Zurich, pesta jam tangan Watches & Wonders di Hong Kong, Festival Filem London, Art Basel di Miami, dan satu acara eksklusif di Dubai.

Ruang Akhbar Portofino

Untuk menerokai dunia jam tangan Portofino Midsize daripada IWC Schaffhausen dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggambaran Portofino oleh Peter Lindbergh, sila lawati:

http://www.iwc.com/portofino-press

Semua bahan akhbar boleh dimuat turun secara percuma dan digunakan untuk tujuan penyuntingan.

Hubungan Akhbar IWC 

Untuk maklumat lanjut, sila hantarkan e-mel kepada kami melalui press-iwc@iwc.com atau hubungi kami melalui nombor +41-(0)52-635-65-65.

Dengan ikhlas,

IWC Schaffhausen

IWC Schaffhausen

Dengan fokus jelas terhadap teknologi dan kemajuan, pengeluar jam tangan Switzerland IWC Schaffhausen telah menghasilkan jam tangan dengan nilai berkekalan sejak tahun 1868. Syarikat itu telah mendapat reputasi antarabangsa kerana semangat mereka untuk penyelesaian inovatif dan kepintaran teknikal. Sebagai salah satu daripada jenama terkemuka dalam segmen jam tangan mewah, IWC menghasilkan rekaan indah jam tangan anggun yang paling berkualiti tinggi, menggabungkan ketepatan jitu dengan rekaan eksklusif. Sebagai syarikat yang bertanggungjawab daripada segi ekologi dan sosial, IWC komited terhadap penghasilan mampan, menyokong institusi seluruh dunia dalam usaha mereka bersama kanak-kanak dan beliau, dan mengekalkan perkongsian dengan organisasi yang khusus untuk perlindungan iklim dan alam sekitar.

SUMBER  IWC Schaffhausen

Source: IWC Schaffhausen
Related Links:
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services