omniture

APPIS 2024: Pihak Berkepentingan Penjagaan Kesihatan Bersatu untuk Mengutamakan Tindakan demi Menghasilkan Keputusan Penjagaan dan Rawatan Pesakit yang Lebih Baik di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika


APPIS
Novartis
2024-03-11 10:00 28
  • Sejak tahun 2021, platform APPIS telah menyatukan lebih 2,000 orang dari lebih 65 negara untuk menangani halangan kepada akses penjagaan kesihatan.
  • Lebih 40 penceramah pakar kesihatan akan membincangkan topik-topik kritikal termasuk literasi kesihatan, pembentukan dasar kesihatan dan kesediaan masa depan di Sidang Kemuncak APPIS 2024.
  • Program Penginovasi APPIS dan APPISx juga merupakan komponen penting APPIS yang akan menyatukan pihak penjagaan kesihatan yang berkepentingan, sepanjang tahun bagi memacu impak positif untuk pesakit.

SINGAPURA, 11 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Perikatan & Perkongsian Inovasi & Penyelesaian untuk Para Pesakit (APPIS) tahunan ke-4, dicipta bersama Majlis APPIS 2024 dan dibiayai oleh Novartis, akan berlangsung pada Selasa, 19 Mac dan Rabu, 20 Mac 2024, mulai 15:00 – 18:00 (GMT+8). Sidang Kemuncak ini bertujuan untuk memudahkan perkongsian yang bermakna bagi menangani halangan untuk akses bagi pesakit di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.

APPIS 2024 adalah suatu usaha sama antara majlis APPIS 2024 dan Novartis.
APPIS 2024 adalah suatu usaha sama antara majlis APPIS 2024 dan Novartis.

Sidang Kemuncak APPIS 2024
Tahun ini, Sidang Kemuncak APPIS akan menampilkan lebih 40 penceramah, termasuk pakar penjagaan kesihatan, pemimpin golongan pesakit, penggubal dasar dan wartawan kesihatan. Sesi-sesi utama termasuk perbincangan panel "Unlocking Insights: Innovations in Real World Data Utilization" dikendalikan oleh Julie Cini, Ketua Legasi Global, Advocacy Beyond Borders dan "Lessons & Success in Patient Self-Advocacy" dimoderasi oleh Meredith Cummins, Ketua Pegawai Eksekutif, NeuroEndocrine Cancer Australia. Agenda sesi ini terdiri daripada perbincangan panel yang rancak, sesi sembang santai dan pembentangan, yang fokus kepada tiga tema utama iaitu literasi kesihatan, pembentukan dasar kesihatan dan kesediaan masa depan.

"Cabaran penjagaan kesihatan di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika beraneka ragam dan rumit. Pesakit sering menghadapi cabaran dan halangan,  dari penerimaan maklumat kesihatan yang salah hingga dasar kesihatan yang rumit serta ketinggalan zaman yang mengakibatkan pengalaman penjagaan kesihatan yang kurang memuaskan," kata Rod Padua, Presiden Touched By Max. Inc Philippines dan Penasihat Strategik APPIS 2024. "Sejak empat tahun yang lalu, platform APPIS telah menyatukan ekosistem penjagaan kesihatan kami – dan semua yang terlibat – untuk berkolaborasi dalam menangani cabaran terbesar untuk pesakit di rantau kami dan kami telahpun melihat impak positif untuk pesakit di peringkat tempatan."

Sejak tahun 2021, APPIS menyatukan lebih 2,000 orang, termasuk pertubuhan pesakit, penggubal dasar, pembayar, pakar perubatan dan ahli akademik, untuk mempermudah perkongsian ilmu dan membentuk perkongsian berhubung inovasi dan penyelesaian pesakit. APPIS bermatlamat untuk memaklumkan, menginspirasikan dan memacu tindakan secara kolektif bagi mengatasi halangan kepada akses untuk pesakit melalui program dan inisiatif yang berlangsung  sepanjang tahun. Sidang Kemuncak APPIS maya seluruh rantau ini menyediakan persekitaran untuk Program Penginovasi APPIS, APPISx dan Pusat Sumber APPIS dalam talian.

Program Penginovasi APPIS
Bagi menyokong pertubuhan pesakit dalam meluaskan penyelesaian inovatif mereka, Program Penginovasi APPIS dilancarkan pada tahun 2022. Setiap tahun, panel pemimpin golongan pesakit dan pakar penjagaan kesihatan akan menilai penyertaan menggunakan kriteria impak, inovasi, potensi untuk berskala, kesesuaian dengan kategori dan perkembangan. Pemenang Program Penginovasi APPIS akan  berkerjasama selama setahun dengan Novartis, yang mana bimbingan daripada pakar topik,  meningkatkan pendedahan melalui platform APPIS dan sokongan kewangan untuk memperluaskan penyelesaian  inovatif pesakit mereka disediakan. Penyertaan untuk Program Penginovasi APPIS pada tahun ini akan dibuka mulai 20 Mac hingga 5 April, para pemenang akan diumumkan pada Jun 2024.

APPISx
APPISx menggalakkan penglibatan peringkat negara dengan menghubungkan pertubuhan pesakit dan pihak berkepentingan penjagaan kesihatan untuk memangkinkan penyelesaian berorientasikan tindakan yang menangani halangan kepada penjagaan kesihatan. Antara pencapaian penting termasuk pembentukan Persatuan Pesakit Kardiovaskular yang pertama, Heart Health India Foundation, oleh APPISx di India, Bengkel APPISx Filipina yang bertujuan untuk meningkatkan penyerahan Rang Undang-Undang Penjagaan Psoriasis Kebangsaan kepada Kongres, dan penggabungan suara pesakit oleh APPISx Taiwan dalam Penilaian Semula Teknologi Kesihatan (HTR) di Taiwan.

Pada tahun 2024, sebanyak 16 sesi APPISx akan dijalankan di seluruh rantau, menjangkau Korea Selatan, Australia, Turkiye, Taiwan, Mesir, India, Filipina, Vietnam, Malaysia, Jepun, Thailand, Afrika Selatan dan negara-negara di Timur Tengah serta wilayah Afrika Sub-Sahara, yang merupakan peningkatan dari 11 sesi APPISx yang diadakan tahun lalu.

"Ekosistem penjagaan kesihatan merupakan rangkaian kompleks yang terdiri daripada pihak berkepentingan yang berkerjasama untuk berkhidmat kepada pesakit. Namun, setiap hari pesakit dengan pelbagai keadaan yang bermula daripada penyakit jantung dan kanser hinggalah keadaan yang jarang jumpa seperti atrofi otot tulang belakang masih menghadapi halangan apabila mengakses maklumat dan penjagaan yang mereka perlukan dan ini akhirnya membawa kepada hasil yang kurang memuaskan," kata Ruth Kuguru, Pengarah Eksekutif, Komunikasi & Penglibatan, Novartis Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika. "Untuk mengubah kisah untuk pesakit secara keseluruhan, kami perlu memastikan bahawa kami berusaha ke arah matlamat kolektif menangani halangan ini. Sebab inilah saya berasa bangga menyaksikan bagaimana komuniti APPIS bersatu untuk membantu meningkatkan akses pesakit kepada penjagaan kesihatan berkualiti dan meningkatkan ekuiti kesihatan. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan dan justeru itu, saya teruja untuk APPIS 2024 dan bagaimana kami dapat terus membantu mencipta impak positif untuk pesakit."

Sidang Kemuncak APPIS 2024 akan diadakan pada 19 & 20 Mac mulai jam 15:00-18:00 (GMT +8) setiap hari.
Sesi-sesi akan disiarkan dalam bahasa Inggeris dengan terjemahan serentak kepada bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Thai, bahasa Turkiye dan bahasa Vietnam.

Daftar di sini: https://www.appisinitiative.com/appis-summit-2024

Mengenai APPIS
Platform Perikatan dan Perkongsian untuk Inovasi & Penyelesaian Pesakit (APPIS) bertujuan untuk meningkatkan keputusan  pengguna penjagaan kesihatan di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika dengan menghubung komuniti pesakit dan pihak berkepentingan utama yang lain dalam ekosistem penjagaan kesihatan seperti penggubal dasar, pembayar, komuniti perubatan, wartawan kesihatan dan pengusaha teknologi-kesihatan untuk mengenal pasti cabaran utama dan mengutamakan penyelesaian yang boleh dilaksanakan bersama untuk menangani halangan akses untuk pesakit. Platform APPIS merangkumi Sidang Kemuncak APPIS tahunan di seluruh rantau, Program Penginovasi APPIS, Pusat Sumber dalam talian dan APPISx, program peringkat negara yang membincangkan topik-topik penjagaan kesihatan dengan kepentingan tempatan. APPIS dianjurkan dan dibiayai oleh Novartis.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi appisinitiative.com.

Meng Novartis
Novartis ialah syarikat perubatan inovatif. Setiap hari, kami berusaha untuk membayangkan semula perubatan untuk menambah baik dan memanjangkan hayat masyarakat, ahli profesional penjagaan kesihatan dan masyarakat diperkasa dalam menghadapi penyakit serius. Ubat-ubatan kami mencapai lebih daripada 250 juta orang di seluruh dunia.

Sila kunjungi lawan web Novartis untuk maklumat lanjut: https://www.novartis.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Bonnie Zeng, Emel: NovartisAPPIS@edelman.com
Angeline Ho, Emel: angeline.ho@novartis.com

APPISx India telah menubuhkan organisasi pesakit kardiovaskular yang pertama di negara India
APPISx India telah menubuhkan organisasi pesakit kardiovaskular yang pertama di negara India

 
Source:
APPIS
Novartis
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news Future Events