omniture

Vantage Markets Sambut Hari Wanita Antarabangsa bersama Cristina Gutiérrez daripada Pasukan NEOM McLaren Extreme E

Vantage
2024-03-11 10:40 26

PORT VILA, Vanuatu, 11 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Hari ini, pada Hari Wanita Antarabangsa, Vantage Markets ("Vantage") dengan bangganya melancarkan sebuah video menginspirasikan yang menampilkan Cristina Gutiérrez, pemandu wanita terkenal untuk pasukan NEOM McLaren Extreme E. Video ini meraikan keterangkuman, pemerkasaan dan bertepatan dengan tema Hari Wanita Antarabangsa 2024, "Inspirasikan Rangkuman".

Cristina ialah juara pemandu lumba rali, pemandu kereta wanita Sepanyol pertama menamatkan Rali Dakar pada tahun 2017 dan pemandu wanita yang pertama seumpamanya merangkul Piala Dunia FIA untuk Rali Rentas-Negara pada tahun 2021. Menjelang tahun 2024, beliau telah memenangi kategori pencabar dalam Rali Dakar, yang digelar rali yang paling sukar di dunia.

Dalam video ini, Cristina Gutiérrez membincangkan apa erti Hari Wanita Antarabangsa buat beliau dan berkongsi pandangan mengenai bagaimana beliau mengatasi cabaran dalam kerjaya beliau. Bermula daripada seorang gadis kecil yang menunggang motosikal sederhana hingga menjadi pemandu NEOM McLaren Extreme E yang terkenal, Cristina berharap agar perjalanan luar biasa beliau dapat mendorong wanita dan gadis lain di seluruh dunia untuk mencari bakat mereka dan turut mengejar impian mereka.

"Hari Wanita Antarabangsa ialah hari yang sangat penting. Ia merupakan hari untuk kita menunjukkan apa yang boleh kita lakukan, memberi inspirasi kepada wanita lain dan memperjuangkan hak wanita di seluruh dunia," jelas Cristina Gutiérrez. "Melalui inisiatif seperti kolaborasi bersama Vantage ini, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada gadis muda untuk mengejar impian mereka tanpa gentar, menyayangi diri mereka sendiri dan tidak pernah berhenti memperjuangkan hak mereka."

"Kami berbesar hati menyambut Hari Wanita Antarabangsa dan wanita dalam kalangan kami, bersama NEOM McLaren Extreme E," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi dan Perdagangan, Vantage. "Kali ini, kami berbangga dapat menguatkan pesanan pemerkasaan dan rangkuman Cristina yang hebat. Di Vantage, kami tetap komited untuk menyokong kepelbagaian dan rangkuman, memperkasa wanita dan gadis di seluruh dunia dan berasa gembira dapat bekerjasama dengan NEOM McLaren Extreme E yang berkongsi nilai-nilai yang sama."

Latar Belakang Vantage 

Vantage  ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan dengan akses perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD) termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage 

http://www.vantagemarkets.com/ 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Sports Women-related news DEI Page