omniture

Jenama pakaian wanita berpandukan tujuan, Love, Bonito mewakili wanita Asia seluruh dunia dengan rekaan dan imej jenama yang diperbaharui

Love, Bonito
2024-03-11 14:00 71

SINGAPURA, 11 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Jenama pakaian wanita Asia Tenggara terkemuka, Love, Bonito, telah memperbaharui konsep pakaian wanita untuk wanita Asia dengan identiti jenama baharu dan strategi rekaan yang diubah suai. Perubahan ini menunjukkan komitmen jenama ini terhadap visi jangka panjangnya untuk menjadi destinasi utama wanita Asia. Menerajui kempen ini adalah barisan wanita Asia yang hebat, dipilih khususnya lantaran kisah peribadi mereka dan pandangan yang melangkaui stereotaip diri atau penampilan yang sepatutnya bagi wanita Asia.

From Left to Right: Arden Cho,mother-daughter duo Gym Tan & Mya Miller, Yuna and Chanel Miller
From Left to Right: Arden Cho,mother-daughter duo Gym Tan & Mya Miller, Yuna and Chanel Miller

"Sudah tiba masanya untuk kami meraikan jenama kami, jenama yang dilahirkan di Asia, dicipta dengan penuh kasih sayang untuk wanita Asia, oleh wanita Asia," kata Dione Song, Ketua Pegawai Eksekutif Love, Bonito. "Walaupun kebanyakan budaya Asia kita diketahui lebih konservatif, kami ingin dunia melihat siapakah wanita Asia pelbagai rupa dalam abad ke-21 ini. Dengan berbuat demikian, kami ingin membolehkan wanita Asia tahu bahawa tidak mengapa sama sekali untuk menjadi diri sendiri tanpa segan silu sambil berpegang teguh kepada asal-usul dan warisan kita."

Beliau menambah, "Pertumbuhan dua digit kami berbanding tahun sebelumnya yang konsisten sejak tahun 2020 sangat memberangsangkan dan kami akan memperkenalkan strategi peranekaan baharu sebagai sebahagian daripada identiti jenama baharu kami. Visi untuk menjadi destinasi utama wanita Asia adalah besar dan kami baru sahaja bermula."

Identiti Jenama Baharu

Bagi memulakan era baharu, identiti jenama baharu melibatkan monogram berbentuk hati anggun yang menyesuaikan huruf pertama jenama ini "LB" dan warna-warna baharu selain daripada warna pic ikoniknya. Jenama ini turut mencabar stereotaip wanita Asia yang sempurna dengan membawakan nada suara yang lebih ceria, yang akan ditonjolkan dalam seluruh platform omnisaluran jenama ini.

Strategi Peranekaan Diubah Suai 

Love, Bonito akan memperkenalkan suatu perubahan dalam strategi peranekaannya bagi memastikan koleksi yang lebih terpilih. Berdasarkan kepada data pelanggan selama lebih sepuluh tahun, digabungkan dengan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan, peranekaan yang diperkemas ini termasuk tiga barisan penting: SignaturesStaples dan koleksi kapsul. Pengubahsuaian ini akan menyediakan pakaian untuk kerja, hujung minggu, kasual, bercuti serta majlis mewah dan dalam masa yang sama mengurangkan jumlah keseluruhan gaya yang dihasilkan sebanyak 60%.

Signatures berharga daripada S$39 hingga S$99 dan dilancarkan mulai 11 Mac, Isnin dan seterusnya melalui laman webnya dan semua gedung di peringkat global. Untuk maklumat lanjut mengenai Love, Bonito, kunjungi laman web kami di sini.

Source: Love, Bonito
Keywords: Banking/Financial Service Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles New products/services Women-related news