omniture

American Capital Energy & Syarikat Platform Infrastruktur, BMR Energy, Terima Perjanjian Pembelian Kuasa Akhir untuk Projek bersama Jamaica Public Service Company Limited

American Capital Energy & Infrastructure
2014-10-01 00:59 154

ANNAPOLIS, Maryland, 30 September 2014 /PRNewswire/ -- American Capital Energy & Infrastructure ("ACEI") hari ini mengumumkan syarikat platformnya, BMR Energy, LLC ("BMR Energy"), telah menyempurnakan satu pencapaian utama dalam pembangunan projek penjanaan kuasa angin 36MW di St. Elizabeth Parish, Jamaica.  

Pada 18 September di sebuah majlis di Kingston, Jamaica, BMR Energy menyempurnakan perjanjian akhir pembelian kuasa dengan utiliti kuasa elektrik Jamaica Public Service Company Limited ("JPS") bagi membeli 100% output projek tersebut selama 20 tahun. Pada majlis yang sama BMR Energy telah dianugerahkan dengan Lesen Bekalan Tenaga Elektrik oleh Philip Paulwell iaitu yang berhormat Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Perlombongan Jamaica.

Sebelum ini BMR Energy telah melaksanakan pajakan jangka panjang untuk tanah yang diperlukan bagi projek bersama Agensi Tanah Kebangsaan ("NLA") Jamaica dan telah menerima kesemua permit alam sekitar yang diperlukan untuk membina dan menguruskan projek daripada Agensi Perancangan dan Persekitaran Kebangsaan ("NEPA"), Jamaica.

Dengan penerimaan dokumen-dokumen penting ini, BMR Energy akan berusaha menyelesaikan dengan pantas dan menutup pengaturan pembiayaan bersama Overseas Private Investment Corporation ("OPIC") serta International Finance Corporation ("IFC").  BMR Energy dijangka akan memulakan proses pembinaan projek tersebut pada musim luruh tahun ini dan mencapai operasi komersial pada akhir tahun 2015.

LATAR BELAKANG AMERICAN CAPITAL ENERGY & INFRASTRUCTURE
American Capital Energy & Infrastructure mengurus pelaburan bagi aset-aset infrastruktur tenaga global, termasuk kemudahan penjanaan kuasa, pengedaran kuasa dan rangkaian penghantaran, aset pengangkutan tenaga, peluang-peluang penghasilan bahan api dan syarikat-syarikat produk serta perkhidmatan yang memberi tumpuan kepada sektor-sektor kuasa dan tenaga. ACEI adalah sebahagian daripada gabungan pengurusan aset American Capital, Ltd. (Nasdaq: ACAS) ("American Capital"), American Capital Asset Management, LLC. Sebarang maklumat tambahan, sila rujuk www.ACEI.com.

LATAR BELAKANG AMERICAN CAPITAL
American Capital, Ltd. (Nasdaq: ACAS) adalah sebuah firma ekuiti persendirian yang diniagakan secara terbuka dan pengurus aset global. American Capital, sama ada secara langsung dan melalui perniagaan pengurusan asetnya, memulakan, menaja jamin dan mengurus pelaburan dalam ekuiti persendirian pasaran pertengahan, memanfaatkan kewangan, harta tanah, tenaga dan infrastruktur serta produk-produk berstruktur. American Capital menguruskan $19 bilion aset, termasuk aset dalam kunci kira-kiranya serta aset kos pendapatan yang diuruskan oleh pengurus-pengurus gabungan, dengan jumlah aset yang diuruskan bernilai $83 bilion (termasuk aset levered). Melalui sebuah gabungan, American Capital menguruskan American Capital Agency Corp. (Nasdaq: AGNC), American Capital Mortgage Investment Corp. (Nasdaq: MTGE) and American Capital Senior Floating, Ltd. (Nasdaq: ACSF) yang diniagakan secara terbuka dengan kira-kira $11 bilion jumlah nilai buku bersih. Daripada lapan pejabatnya di A.S. dan Eropah, American Capital dan sekutunya, European Capital, akan mempertimbangkan peluang pelaburan daripada $10 juta hingga $ 750 juta. Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk www.AmericanCapital.com

LATAR BELAKANG BMR ENERGY
Beribu pejabat di Bandar New York, BMR Energy, LLC telah ditubuhkan pada tahun 2013 untuk memberi tumpuan kepada pengambilalihan, pembangunan, pemilikan dan pengendalian kuasa dan tenaga yang berkaitan dengan aset-aset di Caribbean serta Amerika Tengah. Pasukan BMR mempunyai pengalaman pembangunan dan operasi infrastruktur tenaga tergabung di peringkat antarabangsa selama 60 tahun.

ini mengandungi kenyataan-kenyataan ramalan. Kenyataan-kenyataan berkaitan keputusan yang dijangkakan bagi American Capital Energy & Infrastructure serta sekutunya adalah tertakluk kepada pelbagai faktor dan ketidaktentuan, termasuk ketidaktentuan yang berkaitan dengan masa penutupan urus niaga, perubahan dalam kadar faedah, adanya urus niaga, perubahan keadaan ekonomi wilayah, negara atau antarabangsa, atau perubahan keadaan industri-industri yang melibatkan pelaburan yang dilakukan oleh American Capital Energy & Infrastructure.  

Hubungi: +1 (443) 214-7070
Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif
Richard Santoroski, Pengarah Urusan

 

 

 

Source: American Capital Energy & Infrastructure
Related Links:
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers