omniture

PW Power Systems dan Pratt & Whitney Berjaya Siapkan Ujian Turbin Gas Aero-Derivatif FT4000™ Generasi Seterusnya

PW Power Systems, Inc.
2014-10-01 01:02 122

GLASTONBURY, Connecticut, 30 September 2014 /PRNewswire/ -- PW Power Systems, Inc. (PWPS), syarikat kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Ltd., hari ini telah mengumumkan kejayaan menyempurnakan ujian pengesahan awal untuk penyelesaian kuasa aero-derivatif terkini miliknya, turbin gas FT4000™. Ujian terhadap turbin gas FT4000™ telah dijalankan di kompleks ujian Pratt & Whitney di West Palm Beach, Florida.

Keputusan ujian yang telah dikumpulkan sejak dua bulan lalu memperlihatkan prestasi, pelepasan serta integriti reka bentuk struktur selaras dengan ramalan praujian dan kehendak pelanggan. Ujian yang berjaya mengesahkan kedua-dua ciri operasi dan prestasi turbin gas FT4000™, merintis jalan untuk pengenalan komersil yang telah dijadualkan pada Disember 2015. Penyempurnaan ujian menyokong penyerahan unit penjanaan kuasa FT4000™ SWIFTPAC® 120 MW kitaran ringkas pertama kepada Exelon Corporation pada bulan November. Exelon merupakan salah satu penyedia tenaga terkemuka negara dengan hampir 35,000 MW kapasiti dimiliki, merangkumi salah satu kumpulan penjanaan kuasa paling bersih dan paling menjimatkan kos di Amerika Syarikat.

PWPS mempunyai sejarah panjang dalam menyerahkan enjin turbin gas yang andal serta cekap. Melalui reka bentuk bermodul dengan beberapa ciri terbukti loji kuasa FT8® SWIFTPAC® yang jaya, enjin FT4000™, yang dikuasakan oleh penjana gas derivatif Pratt & Whitney® PW4000™, menawarkan pakej nominal 60 hingga 120 MW kuasa beban dasar dan memuncak andal dalam jejak yang padat. Enjin FT4000™ direka untuk penggunaan kitar ringkas, kitar digabungkan atau penjanaan bersama. Unit FT4000™ SWIFTPAC® menyediakan output kuasa tertinggi bagi apa jua pakej penjana turbin gas aero-derivatif yang terdapat dalam pasaran.

"Kejayaan ujian turbin gas FT4000™ membuka lembaran baharu dalam sejarah kami yang panjang. Pakej penjana turbin gas baharu yang ditawarkan oleh PWPS itu menyediakan pilihan yang sangat berkesan dan mesra alam bagi memenuhi keperluan penjanaan kuasa industri," kata Peter Christman, presiden PWPS.

Latar Belakang PW Power Systems, Inc.
PW Power Systems, Inc. (PWPS), beribu pejabat di Glastonbury, Connecticut, ialah peneraju dunia dalam membekalkan penyelesaian tenaga untuk industri penjanaan kuasa. PWPS menyediakan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan, termasuk pakej turbin gas, perkhidmatan alat ganti turbin gas perindustrian, dan juga perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan serta pembinaan. PWPS merupakan syarikat kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI). MHI, beribu pejabat di Tokyo, Jepun, ialah salah satu pengeluar jentera berat yang terkemuka di dunia, dengan jualan bersih disatukan kira-kira $32.5 bilion untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2014. Kepelbagaian barisan produk serta perkhidmatan MHI merangkumi pembinaan kapal, loji kuasa termasuk kuasa diedarkan, loji kimia, peralatan alam sekitar, struktur keluli, jentera perindustrian dan am, kapal terbang, sistem angkasa serta sistem penyaman udara. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang PWPS, layari www.pwps.com.

Source: PW Power Systems, Inc.
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Oil/Energy Utilities New products/services