omniture

Konvensyen Biodiversiti PBB Dimulakan di Korea Selatan

The Korean Secretariat of the UN biodiversity Conference 2014/CBD COP12
2014-10-01 01:11 285

SEOUL, Korea Selatan, 1 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Hampir 20,000 pegawai kerajaan, pencinta alam sekitar dan juga ahli perniagaan dari seluruh dunia berhimpun di bandar timur Pyeongchang pada hari Isnin bersempena konvensyen alam sekitar PBB tentang biodiversiti, kata menteri alam sekitar.

Perjumpaan ke-12 Persidangan Pihak yang Terlibat dengan Konvensyen itu tentang Kepelbagaian Biologi, dikenali sebagai COP 12, dimulakan dengan majlis untuk berlangsung selama 19 hari, dengan kira-kira 20,000 perwakilan dari 194 negara akan turut hadir, kata menteri tersebut.

Pada persidangan yang bertemakan "Biodiversiti untuk pembangunan mampan," para peserta akan mengetengahkan perkara dalam agenda termasuklah penilaian separuh penggal rancangan strategik 2011-2020 untuk biodiversiti serta aplikasi beberapa matlamat biodiversiti untuk matlamat pembangunan mampan PBB pasca 2015.

Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), yang secara tidak rasminya dikenali sebagai Konvensyen Biodiversiti, telah diterima pada Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan PBB (UNECD) yang telah diadakan di Brazil pada tahun 1992 untuk menangani masalah alam sekitar yang melanda bumi.

Perjanjian berbilang hala untuk mengurus semua aspek kepelbagaian biologi, termasuk sumber genetik, spesies dan ekosistem, ialah salah satu daripada tiga konvensyen PBB yang bermatlamat untuk melindungi alam sekitar berserta Konvensyen Rangka Kerja tentang Perubahan Iklim dan Konvensyen untuk Membanteras Penggurunan.

Turut diadakan ketika persidangan Pyeongchang ialah mesyuarat ke-7 Persidangan Pihak yang Terlibat dengan Protokol Cartagena tentang Biokeselamatan (29 Sept. – 3 Okt.) dan mesyuarat pertama bagi Persidangan Pihak yang Terlibat dengan Protokol Nagoya tentang Akses dan Perkongsian manfaat (13-17 Okt.).

COP 12 akan menggunakan "Pelan Cadangan Pyeongchang" yang menggariskan beberapa cara untuk mencapai matlamat pembangunan mampan PBB dan "Deklarasi Gangwon" yang mengandungi keputusan persidangan tersebut.

Deklarasi Gangwon dijangka akan merangkumkan minat kerajaan Korea Selatan terhadap pemeliharaan biodiversiti di Zon Bebas Tentera (DMZ) yang terletak di sempadan antara Korea.

"Korea Selatan akan menjadikan persidangan itu mesra alam dan membuka peluang untuk meningkatkan nilai bagi memelihara kepelbagaian biologi di dunia," kata Kim Sang-hoon, ketua pengarah Sekretariat Korea bagi Persidangan Biodiversiti PBB 2014.

"Kami menjangkakan ini akan menjadi peluang yang baik untuk Wilayah Gangwon meningkatkan kesedaran dunia terhadap Pyeongchang, bandar tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di wilayah itu, dan kapasitinya untuk menganjurkan acara antarabangsa berskala besar menjelang Sukan Olimpik."

Maklumat Perhubungan Media

Seo, yun-sik 
supersik@korea.kr 
+82-2-779-1386

Source: The Korean Secretariat of the UN biodiversity Conference 2014/CBD COP12
Keywords: Environmental Products & Services Not for profit