omniture

Antony Hicks Menyertai LeapFrog Sebagai Ketua Pegawai Antarabangsa

LeapFrog Enterprises, Inc.
2014-10-01 23:33 159

EMERYVILLE, California, 1 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- LeapFrog Enterprises, Inc. (NYSE:LF), peneraju hiburan pendidikan, hari ini telah mengumumkan Antony Hicks telah menyertai syarikat itu sebagai ketua pegawai antarabangsa. Melalui jawatan ini, En. Hicks akan bertanggungjawab untuk menyediakan kepimpinan strategik dan pengurusan kepada pengendalian antarabangsa sambil LeapFrog mengembangkan perniagaan antarabangsa semasa mereka dan turut melanjutkan jangkauan global mereka melalui kemasukan dalam pasaran baharu yang strategik.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20090219/LFLOGO

"Kami teruja dapat mengalu-alukan orang lama pengurusan antarabangsa yang begitu berpengalaman dan dihormati ke dalam pasukan LeapFrog kami. Tony datang dengan pengalaman kepimpinan selama lebih 20 tahun, memantau pertumbuhan dan perluasan antarabangsa untuk beberapa syarikat global yang paling diiktiraf dan dihormati di dunia," kata John Barbour, ketua pegawai eksekutif LeapFrog. "Tony ialah penambahan yang hebat kepada pasukan kami, dan latar belakang beliau yang mantap dalam mengurus pasukan global dan membangunkan pasaran baharu akan menjadi penting untuk usaha kami bagi menyediakan pengalaman hiburan pendidikan terbaik untuk kanak-kanak seluruh dunia."

En. Hicks mempunyai pengalaman luas dalam membangunkan perniagaan di Asia. Sebelum menyertai LeapFrog. En. Hicks merupakan ketua pegawai eksekutif Indochina di The Carlsberg Group, ketika itu beliau bertanggungjawab untuk memimpin syarikat itu di rantau Indochina, memacu syer pasaran merentasi beberapa negara utama dalam rantau itu. En. Hicks turut memegang jawatan kepimpinan di organisasi bertaraf dunia lain termasuk pengarah urusan dan ketua pegawai komersil Asia Pasifik untuk Molson Coors Brewing Company.

"Saya teruja dan bangga dapat menyertai organisasi yang mempunyai impak yang begitu positif ke atas kehidupan jutaan kanak-kanak setiap hari," kata En. Hicks. "Misi LeapFrog untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka dengan menyediakan pengalaman hiburan pendidikan terbaik adalah sangat berinspirasi. Saya tidak sabar-sabar lagi mahu mengenal pasti dan meningkatkan peluang antarabangsa yang akan melanjutkan jangkauan wawasan ini dan menghasilkan pertumbuhan global yang mantap untuk jenama LeapFrog."

Latar belakang LeapFrog
LeapFrog Enterprises, Inc. merupakan peneraju dalam hiburan pendidikan untuk kanak-kanak. Selama hampir 20 tahun, LeapFrog telah mencipta penyelesaian pembelajaran yang memenangi anugerah yang menggabungkan kepakaran pendidikan, teknologi inovatif, serta sifat kanak-kanak yang gemarkan keriangan. Dengan pengalaman yang tersuai khusus kepada setiap tahap kanak-kanak, LeapFrog membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka melalui tablet pembelajaran milikan LeapFrog, sistem belajar membaca dan menulis, permainan pembelajaran interaktif dan banyak lagi produk milikan LeapFrog, semuanya direka atau diluluskan oleh pasukan pakar pembelajaran syarikat LeapFrog yang bekerja sepenuh masa. LeapFrog's Learning Path, panduan unggul untuk ibu bapa tentang zaman kanak-kanak awal, direka khusus untuk membantu menyokong dan turut membimbing pembelajaran anak mereka dengan idea dan maklum balas tersuai khusus, aktiviti menyeronokkan, serta nasihat pakar. LeapFrog berpusat di Emeryville, California, dan telah ditubuhkan pada tahun 1995 oleh seorang bapa yang telah merevolusikan penyelesaian pembelajaran berasaskan teknologi bagi membantu anak beliau belajar membaca. Ketahui lebih lanjut di www.leapfrog.com.

TM & © 2014 LeapFrog Enterprises, Inc. Hak cipta terpelihara.

BUTIRAN UNTUK DIHUBUNGI

Hubungan Media:

Hubungan Pelabur:

Monica Ma

Karen Sansot

510-596-3437

510-420-4803

mma@leapfrog.com

ksansot@leapfrog.com

Source: LeapFrog Enterprises, Inc.
Related Stocks:
NYSE:LF
Related Links:
Keywords: Consumer Electronics Education Internet Technology Multimedia/Online/Internet Children-related news Personnel announcements