omniture

Promosi Luar Puncak: Diskaun 20% untuk Pas Eurail

Eurail Group G.I.E.
2014-10-02 01:15 106

UTRECHT, Belanda, 2 Oktober 2014 /PRNewswire/ --

Dapatkan Pas Global atau Pas Pilihan bermula pada Oktober hingga 31 Disember 2014, dan Melancong dengan Lebih Murah

Para pelancong bukan Eropah sekali lagi dapat mengambil peluang daripada diskaun istimewa sebanyak 20 peratus berbanding harga biasa Pas Global & Pilihan Eurail ketika musim luruh dan musim sejuk ini. Pas promosi luar puncak ini boleh didapati sehingga 31 Disember 2014 dan para pemegang pas ini boleh mengembara di Eropah hingga 31 Mac 2015. Tawaran ini adalah untuk semua variasi produk dan turut melibatkan kelas pertama dan kelas kedua.

"Promosi Luar Puncak Eurail telah pun terbukti berjaya selama dua tahun berturut-turut. Para pelancong mula menyedari lebih banyak kelebihan pada musim luar puncak Eropah," kata Silvia Görlach, Pengurus Jualan dan Pemasaran Eurail Group. "Ini merupakan situasi menang-menang: bukan sahaja pelancong mendapat manfaat daripada diskaun Pas Global Eurail atau Pas Pilihan Eurail, malahan para pelancong juga boleh mendapat faedah daripada diskaun untuk tambang penerbangan, pilihan yang lebih banyak bagi bilik hotel yang berpatutan serta barisan lebih pendek atau tidak perlu berbaris ketika mengunjungi tempat tarikan pelancongan yang popular," kata Görlach sebagai kesimpulan.

Musim luruh dan musim sejuk memperlihatkan Eropah pada sudut yang berbeza. Pemandangan daripada kereta api bertukar menjadi alam musim sejuk penuh keajaiban di bahagian tengah dan utara Eropah, di samping perubahan tradisi yang berlaku. Terdapat banyak pasaran Krismas, pesta musim sejuk dan aktiviti sukan musim sejuk di pelbagai negara. Para pemegang Pas Eurail juga boleh memilih untuk terus ke Mediterranean. Di situ, suhunya adalah lebih panas, namun jumlah pelancong adalah kurang berbanding pada musim panas.

Pas Global Eurail adalah sah untuk melancong ke 24 negara Eropah (termasuk perjalanan percuma atau dengan diskaun bagi beberapa syarikat perkapalan utama) dan menyediakan fleksibiliti kepada para pelancong bebas untuk menghasilkan jadual mereka sendiri ketika bertukar-tukar kereta api di seluruh Eropah. Pas Global Eurail terus menjadi pas paling popular dalam portfolio Eurail, diikuti dengan Pas Pilihan Eurail yang sah untuk pelancongan di empat negara Eurail yang terletak bersebelahan serta menawarkan 27 pilihan negara yang mengambil bahagian kepada para pelancong.

Pas Eurail boleh didapati daripada rangkaian Ejen Jualan Am yang Dibenarkan seluruh dunia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari: http://www.eurailgroup.org/eurail-vendors.

Eurail Group G.I.E., organisasi yang dikhususkan untuk pemasaran dan pengurusan Pas Eurail dan InterRail, dimiliki sepenuhnya oleh tiga puluh syarikat kereta api dan perkapalan yang mengambil bahagian. Di samping itu, Kumpulan ini mempunyai sejumlah besar rakan kongsi faedah, termasuk hotel, syarikat pengangkutan serta muzium, yang menyediakan perkhidmatan mereka sama ada pada kadar yang lebih rendah atau secara percuma kepada para pemegang pas kereta api.

Sumber: Eurail Group G.I.E.

Source: Eurail Group G.I.E.
Keywords: Transportation Travel New products/services