-- Syarikat memberi pandangan pertama terhadap Windows 10, mengetengahkan kemajuan perusahaan dan kolaborasi terbuka.
SAN FRANCISCO, 1 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Microsoft Corp. pada hari Selasa telah memperkenalkan sistem pengendalian Windows yang seterusnya, Windows 10, dan telah memberi pandangan pertama terhadap pratonton teknikal awal untuk komputer peribadi itu yang boleh didapati mulai 1 Oktober. Pengumuman itu mengetengahkan kemajuan yang direka untuk perniagaan, termasuk pengalaman pengguna yang dikemas kini serta kemampuan keselamatan dan pengurusan yang dipertingkat. Syarikat itu turut memperkenalkan Windows Insider Program, memulakan usaha pembangunan kolaboratif terbuka yang terbesar setakat ini bagi mengubah cara Windows dibina dan disediakan untuk memenuhi keperluan pelanggan sebaik mungkin. Para peserta program akan menerima pratonton teknikal Windows 10 dan binaan tanpa henti sepanjang kitaran pembangunan untuk digunakan selain memberi maklum balas berdasarkannya.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO
"Windows 10 mewakili langkah pertama untuk generasi Windows yang baharu sepenuhnya, mendedahkan pengalaman baharu untuk memberi pelanggan beberapa cara baharu untuk bekerja, bermain, dan juga berhubung," kata Terry Myerson, naib presiden eksekutif kumpulan Sistem Pengendalian Microsoft. "Ini bakal menjadi sistem pengendalian kami yang paling menyeluruh serta keluaran terbaik yang pernah dibuat oleh Microsoft untuk para pelanggan perniagaan kami. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerja bersama komuniti Windows kami yang lebih luas untuk menghidupkan Windows 10 dalam beberapa bulan akan datang."
Windows 10: kebiasaan dan ketekalan merentasi peranti
Windows 10 menyesuaikan diri dengan peranti yang sedang digunakan pelanggan – daripada Xbox kepada komputer peribadi serta telefon kepada tablet dan juga gajet kecil – dan apa yang mereka lakukan dengan pengalaman yang tekal, biasa, serta serasi, lalu membolehkan produktiviti lebih tinggi. Windows 10 akan beroperasi merentasi rangkaian peranti yang paling beraneka jenis daripada Internet of Things hinggalah pusat data perusahaan seluruh dunia. Microsoft turut menyediakan platform aplikasi bertumpu untuk para pembangun pada semua peranti dengan kedai app bersatu. Para pembangun akan dapat menulis aplikasi sekali sahaja dan turut mengaturkan penggunaannya dengan mudah merentasi pelbagai jenis peranti, lalu membuatkan penemuan, pembelian, serta pengemaskinian lebih mudah berbanding sebelum ini bagi para pelanggan.
Windows 10: direka untuk cabaran perniagaan moden
Windows 10 membina hampir semuanya yang diperlukan perniagaan sehingga ke teras produk itu sendiri – termasuk keselamatan gred perusahaan, ciri pengenalpastian dan perlindungan maklumat – dalam beberapa cara yang boleh mengurangkan kerumitan dan turut menyediakan pengalaman yang lebih baik berbanding penyelesaian lain. Satu bidang kemajuan ialah usaha yang telah dilakukan Microsoft dengan identiti pengguna bagi meningkatkan rintangan terhadap pencerobohan, kecurian, atau pemancingan data. Windows 10 juga akan membantu memajukan pencegahan kehilangan data dengan menggunakan bekas dan pengasingan data pada peringkat aplikasi dan fail, lalu membolehkan perlindungan yang mengikuti data itu sambil ia bergerak daripada tablet atau komputer peribadi kepada pemacu USB, e-mel ataupun awan.
Pengurusan dan pengaturan penggunaan telah diringkaskan bagi membantu merendahkan kos, termasuk kemas kini sedia ada daripada Windows 7 atau Windows 8 yang bertumpu pada usaha membuatkan senario padamkan dan muat naik semula peranti menjadi lapuk. Perniagaan juga ada kelenturan untuk memilih sepantas mana mereka menggunakan inovasi terkini dan mempengaruhi penambahbaikan berterusan. Tambahan lagi, organisasi akan boleh menyuai khusus kedai app khusus mengikuti keperluan dan persekitaran mereka. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kedai app yang akan membenarkan pelesenan app dalam jumlah yang banyak, pengedaran lentur serta kemampuan untuk organisasi menuntut semula atau mengguna semula lesen jika perlu.
Pratonton teknikal produktiviti komputer peribadi
Pratonton teknikal awal Windows 10 menunjukkan tahap baharu kelenturan, pengemudian, dan juga kebiasaan pengalaman Windows. Beberapa cirinya termasuklah:
Pembangunan terbuka dan kolaboratif
Pengenalan kepada Windows Insider Program menunjukkan komitmen berterusan Microsoft untuk bekerjasama rapat dengan para pelanggan bagi membantu membentuk masa hadapan Windows. Windows Insiders boleh memberi maklum balas tentang binaan awal produk sepanjang kitaran pembangunan. Program ini akan turut mempunyai pelbagai cara untuk Windows Insiders melibatkan diri dalam dialog dua hala dengan Microsoft, termasuk app Windows Feedback untuk berkongsi cadangan dan isu serta Windows Technical Preview Forum untuk berinteraksi dengan para jurutera Microsoft dan Insider lain. Maklumat lanjut tentang Windows Insider Program serta pratonton teknikal itu boleh ditemui di http://preview.windows.com
Setelah ditubuhkan pada tahun 1975, Microsoft (Nasdaq "MSFT") merupakan peneraju seluruh dunia daripada segi perisian, perkhidmatan, peranti, dan juga penyelesaian yang membantu orang ramai dan perniagaan merealisasikan potensi penuh mereka.