omniture

Hitachi Consulting Membeli Firma Rundingan Bertapak di Singapura - Stone Apple Solutions, termasuk syarikat subsidiari mereka, Global CyberSoft (GCS) yang Berpusat di Vietnam dan F2C Consultoria yang Berpusat di Brazil

Hitachi Consulting
2014-10-02 02:17 133

-- Pemerolehan strategik ini akan mengukuhkan lagi kemampuan Hitachi Consulting untuk menyediakan rangkaian lengkap perkhidmatan penyumberan luar dan pelaksanaan teknologi sambil meluaskan kemampuan dalam pasaran yang semakin berkembang di Asia Tenggara dan Brazil

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Hitachi Consulting, perniagaan perkhidmatan IT dan rundingan pengurusan global untuk Hitachi Ltd. hari ini telah mengumumkan ia telah membeli Stone Apple, pakar Aplikasi Perusahaan, Sistem Terbenam, Analisis & Kecerdasan Perniagaan, Penyepaduan & Kandungan Perusahaan serta Perkhidmatan Terurus. Pemerolehan ini akan membantu memajukan lagi kemampuan Hitachi Consulting bagi menyediakan hasil perniagaan yang boleh ukur dan mampan untuk para pelanggan dalam setiap bidang ini dan akan turut memperluas kehadiran Hitachi Consulting di Asia Tenggara termasuk di Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam, serta menyediakan asas yang mantap di Brazil.

Stone Apple merupakan salah satu syarikat rundingan teknologi yang paling pesat berkembang di Singapura, membantu para pelanggan memacu perubahan perniagaan dan mencapai matlamat perniagaan melalui pelaksanaan penyelesaian teknologi secara berkesan. Dengan lebih 1500 kakitangan di 9 negara, Stone Apple bekerjasama dengan para pelanggan untuk menyediakan projek global kompleks dalam sektor Perkhidmatan Kewangan, Kemudahan, Pengeluaran, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan, dan juga Awam. Bagi menyokong tahap pertumbuhan ini semasa kewujudan singkatnya selama 5 tahun, Stone Apple telah bekerjasama dengan para pelabur cip biru seperti SBI Islamic Fund (Brunei), OSK Ventures International Bhd, Philip Asia Pacific Opportunity Fund and Continuum Capital (Malaysia), dana yang diuruskan oleh First Floor Capital.

"Kami sangat teruja tentang pemerolehan Stone Apple ini. Mereka merupakan penyedia perkhidmatan analisis dan aplikasi perusahaan yang cemerlang dengan kepakaran mantap dalam teknologi Oracle dan SAP. Mereka berjaya memanfaatkan pengalaman industri dan domain mereka yang lama bagi membolehkan penggunaan teknologi merentasi pelibatan global yang kompleks. Kami memang mencari rakan kongsi yang mantap dalam pasaran Asia Pasifik dan Amerika Latin yang berkembang pesat. Stone Apple sangat sesuai dengan organisasi kami. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk peluang berkhidmat dengan lebih baik untuk para pelanggan global kami melalui kedalaman dan keluasan tambahan yang dibawa oleh Stone Apple," kata Phil Parr, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hitachi Consulting.

"Stone Apple telah ditubuhkan atas falsafah menunaikan janji untuk menambah nilai ketara kepada perniagaan pelanggan kami melalui proses perniagaan optimum dan teknologi. Kami berbangga kerana telah mencapai jangkauan global dengan kepakaran tempatan di Asia dan Amerika Selatan," kata para pengasasnya, Madhujeet Chimni dan Bharadwaj Chivukula, masing-masing merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pengendalian untuk Stone Apple Group of Companies. "Hitachi Consulting sudah jelas berkongsi semangat yang sama dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk menggandingkan bersama kakitangan berbakat Stone Apple dengan kakitangan Hitachi Consulting untuk meningkatkan kemampuan ini dan membangunkan kedudukan pendahulu pasaran dalam bidang kami," berkata pula Ricardo Nunes, Pengarah Urusan di Brazil.

Latar belakang Hitachi Consulting Corporation
Sebagai syarikat rundingan global Hitachi, Ltd. dengan beberapa pengendalian di seluruh Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah, serta Asia, Hitachi Consulting merupakan pemimpin diiktiraf kerana menyediakan strategi dan penyelesaian perniagaan serta IT yang terbukti kepada syarikat Global 2000 dalam banyak industri. Dengan pandangan seimbang terhadap strategi, individu, proses, dan juga teknologi, kami bekerja dengan syarikat bagi memahami keperluan perniagaan mereka yang tersendiri, dan untuk membangunkan dan turut melaksanakan penyelesaian teknologi dan strategi perniagaan yang praktikal. Daripada pembangunan strategi perniagaan melalui pengaturan penggunaan aplikasi, para perunding kami komited untuk membantu para pelanggan merealisasikan nilai perniagaan boleh ukur dengan pantas serta mencapai pulangan pelaburan yang mampan.

Hitachi Consulting berkhidmat untuk para pelanggan dalam lebih 50 negara dan turut menawarkan khidmat rundingan dalam & kepakaran IT dan skala global melalui kira-kira 5,000 profesional merentasi 21 negara termasuk beberapa pusat penghantaran global di India (Bangalore, Pune serta Hyderabad), China (Guangzhou), Portugal (Lisbon) dan juga Amerika Syarikat (Fargo, Dakota Utara serta College Station, Texas). Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.hitachiconsulting.com.

** Ikuti kami di Twitter: @HIT_Consulting **
** Langgan Suap RSS kami untuk berita Hitachi Consulting: http://feeds.feedburner.com/HitachiConsultingPressReleases **

Latar belakang Hitachi, Ltd.
Hitachi, Ltd. (TSE: 6501), beribu pejabat di Tokyo, Jepun, menyediakan beberapa inovasi yang menyahut cabaran masyarakat dengan pasukan kami yang berbakat dan pengalaman yang terbukti dalam pasaran global. Hasil bersatu syarikat untuk tahun fiskal 2013 (berakhir pada 31 Mac 2014) berjumlah 9,616 bilion yen ($93.4 bilion). Hitachi semakin memberi tumpuan pada Perniagaan Inovasi Sosial, yang termasuklah sistem infrastruktur, sistem maklumat & telekomunikasi, sistem kuasa, mesin pembinaan, bahan & komponen berfungsi tinggi, sistem automotif, penjagaan kesihatan, dan lain-lain. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Hitachi, sila layari laman web syarikat di http://www.hitachi.com.

Source: Hitachi Consulting
Related Stocks:
OTC:HTHIY Tokyo:6501
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Acquisitions, mergers, takeovers