omniture

Kapal Terbang Jet Boeing Generasi Baharu Pertama China B747-8 Dihantar ke Air China

- Kapal terbang itu akan dimulakan perkhidmatan pada bulan Oktober
Air China
2014-10-02 04:00 519

BEIJING, 2 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Pada waktu petang 29 September di Seattle, waktu Beijing, Air China dan juga Boeing telah mengadakan majlis penghantaran kapal terbang besar-besaran di Seattle, Amerika Syarikat, bagi menandakan penghantaran rasmi kapal terbang B747-8 pertama China kepada Air China. Kapal terbang jenis itu merupakan ahli rangkaian B747 generasi terkini. Ia akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pusat Beijing pada 1 Oktober, waktu Beijing, pada Hari Kebangsaan China, dan akan menyertai kumpulan pesawat Air China pada bulan Oktober. Jenis B747 baharu ini lebih cekap, senyap, serta lebih mesra alam, dan akan menjadi salah satu kapal terbang jenis badan luas utama bagi laluan jarak jauh antarabangsa Air China.

China's First New-Generation Boeing Jetliner B747-8 Delivered to Air China
China's First New-Generation Boeing Jetliner B747-8 Delivered to Air China
China's First New-Generation Boeing Jetliner B747-8 Delivered to Air China
China's First New-Generation Boeing Jetliner B747-8 Delivered to Air China

Song Zhiyong, Presiden Air China, Zhang Hongying, Ketua Pengarah Jabatan Pensijilan Layak Terbang Kapal Terbang CAAC, John Wojick, Naib Presiden Kanan, Jualan & Pemasaran Global Boeing, wakil daripada para pelanggan korporat pejabat Amerika Utara Air China, dan para wartawan daripada media aliran utama China dan Amerika Syarikat telah menghadiri majlis itu. Joseph F. Sutter, 93 tahun, pereka penuh legenda B747, turut hadir dalam majlis itu. Dikenali sebagai "Bapa B747", Joseph memuji-muji Air China, mengatakan syarikat penerbangan itu akan mengecap kejayaan lebih besar dalam industri syarikat penerbangan dunia pada masa hadapan. Tambahan lagi, Air China turut menjemput beberapa kakitangannya yang mempunyai pengalaman luas dengan kapal terbang B747 agar menghadiri majlis itu – ada pasangan bapa dan anak, kedua-duanya merupakan juruterbang, mentor dan "pengikut" yang merupakan pramugari dan pramugara, serta rakan sekerja yang merupakan jurutera penyelenggaraan, yang menarik tumpuan ramai semasa di tapak itu.

China's First New-Generation Boeing Jetliner B747-8 Delivered to Air China
China's First New-Generation Boeing Jetliner B747-8 Delivered to Air China
China's First New-Generation Boeing Jetliner B747-8 Delivered to Air China
China's First New-Generation Boeing Jetliner B747-8 Delivered to Air China

B747 merupakan kapal terbang jenis badan luas jarak jauh yang penuh legenda. Air China pernah mengendalikan kapal terbang rangkaian B747 termasuk 747-SP, 747COM serta 747-400 All-Passenger. Kapal terbang rangkaian B747 telah menjadi kapal terbang jenis badan luas utama syarikat penerbangan itu untuk laluan antarabangsa dan laluan domestik utama selama 20 tahun lepas, dan telah memainkan peranan penting dalam membantu Air China memperluas rangkaian laluan antarabangsanya. Kapal terbang jenis itu menawan para penumpang kerana reka bentuk dua geladaknya yang tersendiri, keandalan serta kemudahannya, lalu mendapat reputasi yang dicemburui ramai dalam industri itu.

Fiuslaj kapal terbang jet badan luas jarak jauh B747-8 Air China yang baru dihantar itu berukuran 76.4 meter panjang, 5.5 meter lebih panjang berbanding kapal terbang B747-400. Ia boleh memuatkan 467 penumpang dan meliputi jarak sehingga 14,815 kilometer (8000 batu nautika). Menggunakan lebih banyak komponen elektronik dan teknologi automasi, kapal terbang jet itu mempunyai beberapa ciri digital. Alatan kokpit baharu membantu meningkatkan kecekapan dan keselamatan penerbangan. Sistem pengemudian baharu, yang dipasang pada kapal terbang jenis B747 untuk kali pertama, membantu juruterbang memilih laluan penerbangan yang lebih baik dan menjamin pelepasan dan pendaratan yang lancar di bawah keadaan yang tidak sesuai. Ia menggunakan beberapa teknologi tinggi B787-8 Dreamliner, mempunyai enjin dan reka bentuk sayap yang lebih cekap berbanding kapal terbang rangkaian B747 sedia ada, dan mengagumkan orang ramai dengan keandalan pengendalian dan penerbangan lancarnya. Ia lebih cekap daripada segi bahan api berbanding B747-400 sebanyak 16 peratus, menghasilkan pembebasan gas yang lebih rendah, menggunakan teknologi pengurangan hingar baharu, 30 peratus lebih senyap berbanding B747-400, dan lebih mesra alam.

China's First New-Generation Boeing Jetliner B747-8 Delivered to Air China
China's First New-Generation Boeing Jetliner B747-8 Delivered to Air China
China's First New-Generation Boeing Jetliner B747-8 Delivered to Air China
China's First New-Generation Boeing Jetliner B747-8 Delivered to Air China

Bagi menawarkan pengalaman penerbangan yang lebih selesa kepada para penumpang, Air China menggunakan hiasan dalam kabin baharu yang direka khas bagi kapal terbang B747-8 pertamanya ini. Hiasan dalam kabin baharu itu merupakan hasil ilham Han Meilin, seorang artis China yang disanjung ramai dan merupakan pereka logo korporat Air China. Coraknya, yang memaparkan tiga unsur budaya tradisional China – awan yang cantik, kepingan tembikar serta burung phoenix yang membawa tuah – digarap sempurna dalam persekitaran kabin yang mewah itu. Tiga unsur itu mewakili langit, bumi dan juga penerbangan, menyampaikan mesej yang langit, darat serta manusia berada dalam keharmonian sempurna di dunia yang aman dan bahagia. Hiasan dalaman itu direka bagi mendedahkan para penumpang kepada budaya China sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kabin itu. Tambahan lagi, kapal terbang B747-8 Air China dikonfigurasi dengan reka letak empat kelas – Kelas Pertama, Kelas Perniagaan, Kelas Ekonomi Premium serta Kelas Ekonomi – buat kali pertama. Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan dilengkapi dengan tempat duduk yang direka secara ergonomik yang boleh ditukarkan menjadi katil baring penuh, manakala Kelas Ekonomi Premium pula menawarkan kerusi lebih lebar dengan ruang letak kaki 120 peratus lebih luas berbanding Kelas Ekonomi standard. Keseluruhan kabin dilengkapi outlet kuasa dan sistem hiburan persendirian, menawarkan pelbagai pilihan AVOD. Di atas kapal terbang itu, ada lebih ruang; bahagian bagasi lebih besar dan lebih mudah dibuka dan ditutup, memenuhi keperluan penumpang dalam penerbangan jarak jauh. Dinding kabin yang melengkung anggun, bumbung tinggi, dan juga sistem pencahayaan baharu memperhebat lagi rasa ruang itu.

Presiden Air China, Song Zhiyong berkata B747 mempunyai kisah yang menarik untuk diceritakan tentang sejarah pembangunan Air China, malahan tentang industri penerbangan awam China itu sendiri. B747 merupakan kapal terbang jenis badan luas jarak jauh rentas laut pertama dunia, suatu pencapaian penting dalam sejarah penerbangan awam dunia. Sejak ia diperkenalkan ke dalam industri penerbangan awam China pada tahun 1980, ia telah menyaksikan banyak acara yang bersejarah termasuk permulaan penerbangan terus antara China dan Amerika Syarikat, bidaan China yang berjaya untuk Sukan Olimpik, penerbangan China pertama melintasi kawasan Artik, serta penerbangan percubaan bahan api biologi pertama China. Sebagai kapal terbang jenis badan luas utama Air China, ia juga merupakan bahagian yang penting dalam usaha Air China untuk berevolusi menjadi salah satu syarikat penerbangan bertaraf dunia. Kapal terbang B747-8 yang baru dihantar itu tidak syak lagi akan meningkatkan lagi rangkaian laluan global Air China, menawarkan para penumpang seluruh dunia pengalaman penerbangan yang lebih memuaskan hati. Air China bersedia untuk menyambung kisah yang menakjubkan ini dengan Boeing dan berkhidmat kepada para penumpang kapal terbang dengan sepenuh hati.

China's First New-Generation Boeing Jetliner B747-8 Delivered to Air China
China's First New-Generation Boeing Jetliner B747-8 Delivered to Air China
In the evening of September 29 in Seattle, Beijing time, Air China and Boeing held a grand aircraft delivery ceremony in Seattle, the United States, marking the official delivery of China's first B 747-8 to Air China. The type is a member of the latest generation B747 family. It will arrive at Beijing Capital International Airport on October 1, Beijing time, China's National Day, and will join Air China's fleet in October. This new B747 type is more efficient, quieter and more environmentally friendly, and will become one of the leading wide-body types on Air China's international long-haul routes.
In the evening of September 29 in Seattle, Beijing time, Air China and Boeing held a grand aircraft delivery ceremony in Seattle, the United States, marking the official delivery of China's first B 747-8 to Air China. The type is a member of the latest generation B747 family. It will arrive at Beijing Capital International Airport on October 1, Beijing time, China's National Day, and will join Air China's fleet in October. This new B747 type is more efficient, quieter and more environmentally friendly, and will become one of the leading wide-body types on Air China's international long-haul routes.

Setakat bulan Jun 2014, Air China mempunyai kumpulan kapal terbang yang terdiri daripada 512 kapal terbang rangkaian Boeing dan Airbus (termasuk yang dikendalikan oleh syarikat yang memegang pelaburan oleh Air China). Semua kapal terbang ini berusia 6.22 tahun secara purata, yang memberikan Air China struktur kumpulan kapal terbang yang munasabah dengan kapal terbang jarak jauh serta jarak sederhana. Air China mempunyai kumpulan kapal terbang badan luas terbesar di China. Ia mengendalikan 323 laluan penumpang, berkhidmat untuk 162 bandar di 32 negara (rantau). Bergantung pada rangkaian laluan Star Alliance, Air China boleh menerbangkan penumpang ke 1328 destinasi di 195 negara. Pada 26 September, Air China baru menerima penghantaran kapal terbang B777-300ER yang ke-20, jenis kapal terbang yang amat popular dalam kalangan pengembara perniagaan. Menjelang hujung tahun 2015, Air China dijangka telah menerima penghantaran 7 kapal terbang B747-8, yang akan mengukuhkan lagi rangkaian laluan jarak jauh Air China di samping kumpulan kapal terbang B777-300ER mereka dan kumpulan kapal terbang Airbus 330 terbesar di China, menawarkan lebih banyak pilihan penerbangan kepada penumpang seluruh dunia. Dilaporkan selepas B747-8 menyertai kumpulan kapal terbang Air China, ia akan dimulakan khidmat dalam pasaran domestik pada 11 Oktober, dan menjelang akhir tahun ini, kapal terbang itu akan diperkenalkan kepada laluan antarabangsa seperti Beijing-Frankfurt dan Beijing-Los Angeles.

Logo - http://www.prnasia.com/sa/2008/12/26/200812261146.jpg
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140930/0861407146-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140930/0861407146-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140930/0861407146-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140930/0861407146-d
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140930/0861407146-e
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140930/0861407146-f
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140930/0861407146-g
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140930/0861407146-h

SUMBER: Air China

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel New products/services