omniture

Acision Lancarkan "Rencana Permainan Mudah Alih" - Panduan Interaktif untuk Perusahaan yang Mahu Membentuk Strategi Hubungan Mudah Alih yang Berjaya

Acision
2014-10-02 07:53 100

MINGGU MOBILITI SUPER, LAS VEGAS, Oktober 2, 2014 /PRNewswire/ --

Peneraju Hubungan Mudah Alih Selamat Tunjukkan Bagaimana untuk Memperhebat Keprihatinan Pelanggan dan Bentuk Sambungan Baharu melalui Rangka Kerja Rujukan Lintas Semak Ringkas

Acision, peneraju global dalam perkhidmatan hubungan mudah alih yang selamat dan penginovasi industri bagi teknologi WebRTC, hari ini mengumumkan pelancaran edisi pertama Rencana Permainan Mudah Alih miliknya – panduan interaktif untuk menunjukkan bagaimana perniagaan dapat menghasilkan strategi mudah alih yang berjaya. Rencana Permainan Mudah Alih Acision ini telah dioptimumkan agar sesuai dengan peranti mudah alih, maka pengguna dapat membukanya melalui mudah alih, menandakan dan membacanya ketika dalam perjalanan.

Dilancarkan bersempena dengan majlis perasmian Minggu Mobiliti Super, yang dianjurkan oleh CTIA, Rencana Permainan Mudah Alih Acision bertindak sebagai rangka kerja rujukan yang mudah digunakan bagi membantu perniagaan pelbagai saiz mendapatkan yang terbaik daripada mudah alih. Daripada penemuan dan pendefinisian maksud hubungan mudah alih digital untuk perniagaan anda, hinggalah kepada memahami alatan bantuan yang diperlukan untuk membangunkan dan turut menyampaikan komunikasi generasi seterusnya yang beraneka melalui video, suara, perkongsian kandungan serta perbualan – Rencana Permainan Acision memperlihatkan bagaimana untuk memanfaatkan mudah alih melalui cara yang baharu dan lebih menarik.

"Dengan peranti mudah alih yang semakin hebat, serta perkhidmatan digital perintis baharu yang boleh didapati hanya dengan menyentuh skrin, eksploitasi nilai mudah alih dan ketersediaan yang dibawakannya untuk berhubung menjadi semakin penting," kata Russ Grahame, Presiden dan Pengurus Besar untuk Acision, Amerika Utara. "Jika pengguna sasaran anda berada dalam saluran mudah alih, apakah cara terbaik untuk berhubung dengan mereka? Bagaimana anda dapat memanfaatkan kuasa mobiliti untuk meningkatkan keuntungan? Apakah pengalaman yang anda akan berikan untuk meningkatkan kesetiaan dan seterusnya menjana hasil? Kesemua ini, dan banyak lagi, dapat dirungkaikan melalui panduan interaktif kami, yang dicipta untuk memberikan lebih banyak kelebihan kepada perniagaan melalui interaksi mudah alih dua hala."

Akses melalui platform API forge oleh Acision, Rencana Permainan Mudah Alih Acision telah dicipta untuk membantu memberi inspirasi kepada perusahaan untuk mengintegrasikan pengalaman mudah alih yang lancar ke dalam strategi perniagaan mereka di samping membawa pelanggan dan pihak berkepentingan utama kepada jenama mereka. Dengan tawaran akses kepada video, kandungan dalam talian dan banyak lagi, ketahui:

  • Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan sepenuhnya melalui mudah alih
  • Apakah yang perlu dibangunkan untuk berinovasi dan mempercepat strategi mudah alih anda
  • Bagaimana untuk memperhebat ROI (pulangan pelaburan) anda melalui keprihatinan pelanggan yang dipertingkat dan membentuk hubungan baharu
  • Bagaimana Acision dapat membantu – Acision Enterprise dan forge oleh Acision

Acision di Minggu Mobiliti Super

Sempena Minggu Mobiliti Super CTIA, 9 hingga 11 September, Acision akan hadir sepanjang acara tersebut – gerai pameran 7329 di Zon Aplikasi Perusahaan MobileCON – untuk membincangkan dan memperlihatkan secara langsung, bagaimana kami memperkasa teknologi transformatif untuk mewujudkan pengalaman komunikasi peringkat seterusnya. Kedua-dua forge oleh Acision dan fuseMe oleh Acision turut disediakan untuk diperlihatkan dan juga demonstrasi.

Di samping itu, berikutan pengiktirafannya sebagai "Best in Show" oleh TMC di Persidangan & Ekspo WebRTC Jun ini, Acision akan mempamerkan demo SDK yang memenangi anugerah secara langsung, bertajuk: "Memperhebat pengalaman keprihatinan pelanggan anda – apa yang menanti dalam komunikasi beraneka". Pada jam 1:30pm hari Khamis 11 September, saksikan bagaimana sebarang perniagaan interaksi pelanggan dengan kehadiran laman web atau mudah alih dapat merevolusikan pengalaman keprihatinan pelanggan yang dapat menjadikannya lebih pantas, lebih lancar, lebih ringkas, lebih menarik dan juga lebih peribadi. Set secara langsung ini akan mengambil tempat di pentas Penyelesaian M2M, IoT, Logistik dan Vertikal di Zon Aplikasi Perusahaan MobileCON.

Dianugerahkan sebagai 50 Penginovasi Mudah Alih Terbaik baru-baru ini oleh Mobile Entertainment, sila lawati gerai pameran 7329 Acision di Zon Aplikasi Perusahaan MobileCON sepanjang acara tersebut bagi mengetahui dengan lebih lanjut.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang forge oleh Acision, layari https://forge.acision.com/

Latar Belakang Acision

Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan hubungan mudah alih yang relevan dan lancar yang saling beroperasi merentasi semua platform IP dan memperkaya pengalaman pengguna bagi mewujudkan nilai serta peluang komunikasi menjana keuntungan baharu untuk pembawa, perusahaan dan juga pengguna di serata dunia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari Acision di http://www.acision.com atau forge di https://forge.acision.com

Sumber: Acision

Source: Acision
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services