VIENNA, 2 Oktober 2014 /PRNewswire/ --
Persembahan daripada 124 buah negara telah mula mengambil bahagian dalam pertandingan muzik dalam talian terbesar dunia
Persiapan negara untuk Global Rockstar 2014 telah mula dilakukan sejak bulan lalu. Rekod penyertaan telah pun dibuat: persembahan muzik daripada 124 buah negara telah memohon untuk menyertai pertandingan muzik dalam talian terbesar dunia. Persembahan tersebut akan mewakili setiap negara dalam pusingan akhir yang akan ditentukan melalui undian orang ramai: akan berlangsung sehingga 4 November. Paling terbaharu adalah para peminat akan turut berpeluang mengundi melalui peranti mudah alih: Bermula pada hari ini, aplikasi Global Rockstar baharu untuk Android dan iOS sudah tersedia untuk dimuat turun.
Christoph Straub, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Global Rockstar: "Walaupun kami menjangkakan persaingan hebat berdasarkan banyak maklum balas yang bersemangat, tahap penyertaan telah melangkaui jangkaan tinggi kami. Kami amat berbesar hati Global Rockstar tidak terbatas oleh sempadan. Lagu-lagu dari 124 buah negara – dari Armenia hingga ke Mongolia dan Zimbabwe – telah pun dihantar. Ramai artis menyanyikan lagu dalam bahasa ibunda mereka, yang turut menjadikan Global Rockstar lebih menonjol berbanding pertandingan muzik yang lain."
Peminat berpeluang hingga 4 November untuk mengundi wakil negara mereka
Persembahan muzik dapat terus memohon sehingga 15 Oktober dengan memuat naik sebuah video. Dalam usaha memudahkan mobilisasi peminat mereka, baru-baru ini Global Rockstar telah melancarkan aplikasi Facebook yang membolehkan mereka untuk memasukkan profil ke dalam saluran mereka. Para peminat akan menentukan pihak yang akan mewakili negara mereka bermula pada 6 November 2014 dalam "Pusingan Akhir Global" dan seterusnya berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai USD 25,000 masing-masing kelengkapan daripada AKG by Harman dengan jumlah keseluruhan bernilai USD 10,000 untuk tiga persembahan terbaik. Para peminat boleh mengundi sehingga 4 November – sama ada secara percuma melalui media sosial atau melalui "ROCK'N VOTES", yang diperoleh melalui sumbangan. Separuh daripada hasil kutipan akan disalurkan secara terus kepada artis masing-masing. Pemenang akan diumumkan pada 20 Disember 2014.
Sebarang Pertanyaan:
Pejabat Media Global Rockstar
Stefan A. Sengl, Florian M. Haas
M: press@globalrockstar.com
T: +43(1)5052625
SUMBER Global Rockstar GmbH