omniture

Hult International Business School Dinamakan Sebagai Peserta Akhir untuk Anugerah Inovasi MBA AMBA

Kolej Perniagaan Antarabangsa Hult (Boston)
2014-10-03 01:13 128

LONDON DAN BOSTON, 3 Oktober 2014 /PRNewswire/ --

Hult International Business School telah dinamakan sebagai peserta akhir untuk Anugerah Inovasi MBA 2014 Persatuan MBA untuk kurikulum MBA mereka yang telah direka semula.

Hult bertanding melawan peserta akhir lain Warwick Business School, Grenoble Ecole de Management serta Maastricht School of Management bagi anugerah berprestij ini, yang akan diadili panel yang terdiri daripada Presiden Persatuan MBA Sir Paul Judge dan Pengarah Urusan Accenture Peter Lacy.

Pemenangnya akan diumumkan semasa Anugerah Tahunan dan Majlis Makan Malam Persatuan MBA di Institut Diraja Arkitek British pada 30 Oktober.

Pencalonan itu mengiktiraf unsur inovatif yang telah diperkenalkan Hult untuk program MBA setahunnya, yang dicipta semula hasil daripada temu bual dengan hampir 100 eksekutif pangkat ketua dan pengurus daripada syarikat Fortune 500 global tentang kemahiran dan kecekapan yang membuatkan graduan MBA yang paling berjaya dalam dunia perniagaan. Rekaan semula yang berpandukan penyelidikan dan dibina daripada asas itu menggabungkan "kemahiran teknikal" MBA tradisional dengan fokus "kemahiran insani" yang dinamik dan relevan yang disepadukan penuh sepanjang tahun itu.

Kurikulum baharu itu mempunyai beberapa inovasi program:

  • Unsur "kemahiran insani" pengurusan yang dijalankan dalam seluruh kurikulum.
  • Kaedah latihan korporat yang membenarkan jumlah latihan yang signifikan.
  • Maklum balas rakan setara dan bimbingan untuk membantu pelajar memperoleh kemahiran baharu.
  • Simulasi yang membenarkan pasukan pelajar bekerjasama untuk menerokai pengurusan dalam situasi perniagaan yang semakin sukar.
  • Latihan cabaran perniagaan secara langsung selama setahun yang memerlukan pelajar menangani masalah tanpa struktur.
  • Sistem pengukuran yang membenarkan pelajar mengikuti peningkatan dalam kemahiran mereka.

Tahap fokus bersepadu terhadap kecekapan ini, merentasi rangkaian kampus antarabangsa dan badan pelajar yang berkepelbagaian budaya, tidak pernah dibuat sebelum ini dalam program MBA semasa.

Pada bulan September 2014, program MBA baharu itu telah dilancarkan kepada lebih 600 pelajar MBA di seluruh kelima-lima kampus kolej itu di Boston, San Francisco, London, Dubai serta Shanghai.

Latar belakang Hult:

Hult merupakan kolej perniagaan paling antarabangsa di dunia, terletak di tujuh pusat perniagaan dunia: Boston, San Francisco, London, Dubai, Shanghai, New York dan juga Miami. Kolej itu menawarkan kursus sijil MBA, MBA Eksekutif, Sarjana serta Sarjana Muda. Program MBA setahun Hult telah diperingkatkan dalam kedudukan 5 Teratas dalam Pengalaman Antarabangsa dan Perniagaan Antarabangsa oleh Financial Times pada tahun 2014. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila ke http://www.hult.edu

Sumber: Hult International Business School (Boston)

Source: Kolej Perniagaan Antarabangsa Hult (Boston)
Keywords: Education Higher Education Awards