GENEVA, 4 Oktober 2014 /PRNewswire/ --
Mercuria Energy Group, Ltd ("Mercuria") hari ini mengumumkan ia telah berjaya melengkapkan pengambilalihan Perniagaan Komoditi Fizikal J.P. Morgan Chase & Co ("J.P. Morgan"), berikutan pemeteraian Perjanjian Pembelian dan Jualan definitif pada Mac 2014.
"Ketika kami menubuhkan Mercuria 10 tahun lalu, matlamat kami adalah untuk membangunkan kumpulan komoditi berteraskan tenaga global," kata Marco Dunand, Ketua Pegawai Eksekutif Mercuria. "Pengambilalihan ini membantu kami merealisasikan wawasan tersebut dengan meningkatkan kuasa fizikal, operasi minyak dan gas kami di Amerika Utara serta dengan menambahkan pelanggan tetap kami. Golongan profesional berbakat dan aset fizikal J.P. Morgan dalam pasaran kuasa dan gas sangat melengkapi aktiviti dan juga aset sedia ada kumpulan ini."
Mercuria merupakan kumpulan tenaga dan komoditi terkemuka. Dengan perolehan tahun 2013 sebanyak USD 112 bilion, Kumpulan tersebut, yang memberi tumpuan utama pada tenaga, hadir sepanjang rantaian nilai komoditi dengan beberapa aktiviti yang membentuk gabungan seimbang antara aliran komoditi dan aset strategik. Lebih 1,000 individu beroperasi dari pejabat seluruh dunia untuk mengekalkan capaian perniagaan luas Kumpulan ini dengan pengetahuan, kepelbagaian serta pengalaman pasaran mereka.
Kakitangan J.P. Morgan yang berpindah ke Mercuria akan ditempatkan di hab perdagangan Mercuria Houston; London; Calgary; Greenwich, Connecticut; dan juga Singapura.
Sebagai sebahagian daripada pengambilalihan tersebut, Mercuria mengambil alih Henry Bath, perniagaan penggudangan, penyimpanan serta pengendalian logam bersejarah. Mercuria akan mengendalikan Henry Bath sebagai syarikat subsidiari berdiri sendiri yang bebas daripada operasi perdagangannya.
"Urus niaga yang amat rumit ini membuahkan hasil dengan memantapkan pasukan pengurusan Mercuria selama beberapa tahun yang lalu," Dunand berkata lagi. "Dengan menambahkan individu seperti Magid Shenouda sebagai Ketua Global Perdagangan dan Shameek Konar sebagai Ketua Pegawai Pelaburan, serta lain-lain ahli profesional yang amat kompeten, kami sedang melakukan penskalaan model Mercuria secara berkesan dengan selesainya pengambilalihan ini. Ini membolehkan kami untuk terus melanjutkan pelbagai perkhidmatan yang kami tawarkan kepada para pelanggan kami dan pihak lawan sambil mengimbangi kedudukan global kami."
Kepakaran Mercuria meliputi semua segmen pasaran tenaga, termasuk produk alam sekitar berkaitan, dan dilanjutkan kepada bijih besi, muatan pukal kering, logam asas serta petrokimia. Kumpulan ini turut melabur dalam aset minyak huluan, gas dan juga perlombongan arang batu di seluruh dunia. Pelaburan ini memantapkan kehadiran syarikat yang kian berkembang dalam pasaran global. Kumpulan ini mengekalkan kemampuan infrastruktur yang baik, termasuk terminal simpanan produk minyak petroleum dan aset pengeluaran.
Sumber: Mercuria Energy Trading