-- Penambahbaikan utama kepada platform pengalaman memperkasa organisasi untuk mengenali setiap pelanggan dan membentuk setiap pengalaman jenama melalui teknologi data besar
SAN FRANCISCO, 6 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Sitecore®, peneraju global dalam pengurusan pengalaman pelanggan, telah mengumumkan Sitecore 8, versi seterusnya bagi Sitecore® Experience Platform™ kemegahannya. Sitecore 8 memudahkan pemasaran dengan mengumpulkan serta menghubungkan data merentasi saluran, lalu menyediakan akses masa nyata untuk organisasi kepada paparan 360 darjah terhadap setiap pelanggan yang terlibat dengan jenama mereka. Platform tunggal ini menguji dan mengoptimumkan interaksi pengalaman, bersepadu dengan platform menghadap pelanggan yang lain serta menyediakan laporan yang mudah difahami.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140227/SF73524LOGO
"Para pemasar menghabiskan terlalu banyak masa mengumpul data secara manual melalui pelbagai alatan yang berbeza, yang menghasilkan pandangan yang tidak lengkap tentang para pelanggan mereka," kata Michael Seifert, Ketua Pegawai Eksekutif Sitecore. "Dengan Sitecore 8, kami telah menghapuskan kerumitan ini. Platform kami menyediakan penyelesaian menyeluruh untuk para pemasar yang membolehkan mereka meluangkan lebih banyak masa untuk seni pemasaran bukannya mencampuradukkan sumber data dan peralatan. Barangkali ini merupakan penyelesaian praktikal data besar pertama di dunia untuk para pemasar."
"Dalam beberapa tahun akan datang, kehadiran pendekatan yang holistik untuk menyepadukan data pelanggan ke dalam strategi perolehan pelanggan akan menjadi sama penting dengan kemampuan produk serta harga yang kompetitif sebagai pembeza kompetitif yang utama. Syarikat yang berjaya adalah yang dapat mengumpul, menghubung dan turut menggunakan data pelanggan dengan cekap bagi menghasilkan pengalaman peribadi yang sebenar," kata Matt Mullen, Penganalisis Kanan, 451 Research. "Merapatkan jurang antara wawasan dan tindakan adalah penting sebagai permulaan untuk menyampaikan janji sebenar pemasaran digital."
Sitecore 8 direka untuk memperkasa organisasi agar dapat memiliki pengalaman setiap individu yang berinteraksi dengan jenama mereka, merentasi semua saluran. Beberapa ciri produk termasuklah:
Pelanggan sedia ada Sitecore boleh mendaftar untuk mendapatkan pratonton teknikal sekarang. Sitecore 8 boleh didapati untuk orang awam menjelang akhir tahun 2014.
Sumber Tambahan:
Latar Belakang Sitecore
Sitecore merupakan peneraju global dalam pengurusan pengalaman pelanggan. Syarikat ini menyampaikan kandungan yang sangat relevan dan pengalaman digital peribadi yang menggembirakan penonton, membina kesetiaan serta mendorong hasil. Melalui Sitecore® Experience Platform™, para pemasar dapat memiliki pengalaman setiap pelanggan yang terlibat dengan jenama mereka, pada setiap saluran. Lebih 4,000 jenama terkemuka di dunia – termasuk American Express, Carnival Cruise Lines, easyJet, Heineken dan juga L'Oréal mempercayai Sitecore dapat membantu mereka menyampaikan interaksi bermakna yang dapat memenangi hati pelanggan sepanjang hayat mereka. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari: http://www.sitecore.net
Hubungi: |
|
Emily Iwan |
Lise Luckow |
Sitecore |
Sitecore |
+1-4153267471 |
+45-53607253 |