omniture

Pelancaran Majlis Migrasi Pelaburan

The Investment Migration Council (IMC)
2014-10-06 11:28 166

GENEVA, 6 Oktober 2014 /PRNewswire/ --

Penubuhan Majlis Migrasi Pelaburan telah diumumkan hari ini.

Majlis Migrasi Pelaburan (IMC) telah diwujudkan oleh beberapa pakar terkemuka daripada industri imigresen dan kewarganegaraan melalui pelaburan untuk membawakan bersama-sama pihak berkepentingan utama dalam bidang ini dan turut memberikan suara kepada industri ini.

IMC akan membantu meningkatkan kefahaman awam berkenaan isu yang dihadapi oleh para pelanggan dan kerajaan dalam bidang ini, serta menggalakkan pendidikan dan turut menuntut etika dan juga standard profesional tertinggi dalam kalangan ahlinya.

Pengerusi IMC, Profesor Dr. Dimitry Kochenov daripada Universiti Groningen, Belanda, berkata: "IMC akan menetapkan standard industri pada peringkat global, dan berinteraksi dengan persatuan profesional lain, pemimpin akademik, kerajaan serta organisasi antarabangsa berkaitan dengan migrasi pelaburan."

Industri migrasi pelaburan telah berkembang dengan ketara selama dekad yang baru berlalu. Pilihan imigresen dan kewarganegaraan untuk para pelabur telah menjadi topik menarik yang ketara dalam kalangan pelanggan antarabangsa selain para pengamal dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan berkenaan. Begitu juga, beberapa negara semakin berminat untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing melalui program imigresen dan kewarganegaraan pelabur. Satu ahli pengasas mengulas: "Melalui pertumbuhan pesat bagi bidang yang penting dan berpengaruh ini, terdapat keperluan yang besar terhadap badan berpusat dan bertanggungjawab. IMC akan memainkan peranan ini dan menyediakan struktur, standard, dan juga kebertanggungjawaban yang signifikan untuk industri ini."

IMC ditubuhkan sebagai persatuan bukan keuntungan di bawah undang-undang Switzerland. Berpangkalan di Geneva, persatuan ini telah memulakan pembukaan beberapa pejabat perwakilan di New York, London, Dubai serta Hong Kong. IMC yang diuruskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif di bawah arahan Lembaga Pentadbir, turut mempunyai Jawatankuasa Penasihat bukan eksekutif, yang mewakili pihak berkepentingan industri paling penting.

Ahli pengasas termasuk persatuan industri kebangsaan, firma undang-undang utama seperti Fragomen LLP, Mishcon de Reya Solicitors and Foster Quan LLP; National Bank of Canada, Henley & Partners, Visa Consulting Group, KPMG, BDO, dan banyak lagi pihak berkepentingan terkemuka.

Ahli Lembaga Pentadbir dan Jawatankuasa Penasihat IMC terdiri daripada sejumlah besar individu terkenal daripada bidang migrasi pelaburan global, termasuk:

  • Profesor Dr. Dimitry Kochenov, Pengerusi Undang-undang Kewarganegaraan dan Perlembagaan EU, Universiti Groningen
  • Dr. Demetrios G. Papademetriou, Pengasas Bersama, Felo Kanan dan Presiden Emeritus Cemerlang, Institut Dasar Migrasi, Washington DC, Amerika Syarikat, dan juga Presiden MPI Eropah, Brussels, Belgium
  • Kamal Rahman, Ketua Imigresen, Mishcon de Reya, London, UK
  • Profesor Dr. Christian Joppke, Universiti Berne, Switzerland
  • Christian H. Kälin, Pengerusi, Henley & Partners Holdings Plc
  • David Chen, Visa Consulting Group, Shanghai, China
  • Dr. Philippe Foret, Pengarah Bersama Kemanusiaan Alam Sekitar SAGUF, Universiti Zurich, Switzerland
  • Robert F. Loughran, Rakan Kongsi, FosterQuan LLP, Amerika Syarikat
  • Louis Leblanc, Naib Presiden dan Pengarah Urusan, National Bank of Canada, Montreal, Kanada
  • Dr. Khalid Koser, Pengerusi Majlis Agenda Global Forum Ekonomi Dunia bagi Migrasi, Geneva, Switzerland
  • Timothy Mohr, Prinsipal, Ketua Penasihat Perkhidmatan Kewangan Negara, BDO Consulting, New York, Amerika Syarikat
  • Val Kempadoo, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Belmont Resorts Ltd., St. Kitts
  • Boriss Cilevics, Peguam Bela Hak Asasi Manusia dan Kewarganegaraan serta Ahli Parlimen, Riga, Latvia
  • Nadine Goldfoot, Rakan Kongsi dan Ketua Amalan Imigresen Pelabur, Fragomen LLP, London, UK

Laman web Majlis Migrasi Pelaburan, http://www.investmentmigration.org, juga telah dilancarkan hari ini, bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang struktur, keahlian dan juga pentadbiran Majlis tersebut.

Bagi mendapatkan soalan media atau permintaan untuk temu ramah bersama sebarang ahli lembaga dan ahli jawatankuasa penasihat IMC, sila hubungi Jane Bradwell, Pegawai Perhubungan Awam, di media@investmentmigration.org

Sumber: The Investment Migration Council (IMC)

Source: The Investment Migration Council (IMC)
Keywords: Banking/Financial Service