omniture

Pengasas CATL Menyeru Kolaborasi Lebih Besar Tangani Perubahan Iklim

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
2024-03-27 00:44 84

Pengeluar bateri EV terbesar dunia berkongsi teknologi untuk mempercepatkan peralihan hijau  

HONG KONG, 27 Mac 2024 /PRNewswire/ -- CATL, peneraju global bagi teknologi tenaga baharu, hari ini menyerusi inovasi yang lebih terbuka antara perniagaan dan negara dalam usaha untuk mengatasi cabaran perubahan iklim. Berucap di Sidang Kemuncak One Earth di Hong Kong, Dr Robin Zeng, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CATL, mengumumkan bahawa CATL bersedia untuk berkongsi teknologinya dan amalan Karbon Sifar dengan sesiapa sahaja yang komited untuk mempercepatkan peralihan kepada tenaga hijau, pengangkutan elektrik dan ekonomi kitaran – termasuk pesaing.

Dr. Robin Zeng
Dr. Robin Zeng

"Kini, lebih daripada sebelum ini, kita harus saling bekerjasama sekiranya kita ingin menyelesaikan masalah terbesar umat manusia, seperti perubahan iklim," kata Dr. Zeng.

Kemajuan teknologi yang berterusan merupakan kunci untuk mencapai kemampanan, kata Dr. Zeng. Beliau mengetengahkan pelaburan yang dibuat oleh CATL dalam penyelidikan dan pembangunan untuk mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat teknologi bateri nombor satu dunia. Kini, ia memiliki lebih daripada 20,000 kakitangan R&D di seluruh dunia dan membelanjakan AS$2.59bn ke atas R&D pada tahun 2023. Hampir 30,000 paten dikeluarkan dan belum selesai di seluruh dunia meliputi banyak teknologi perintis termasuk bateri LFP pengecasan super pantas 4C yang pertama di dunia yang dapat menyampaikan jarak perjalanan sejauh 400km dengan hanya 10-minit pengecasan dan bateri Qilin yang dapat menyampaikan jarak perjalanan 1,000km dengan sekali cas.

Dr. Zeng menggariskan langkah-langkah penting yang telahpun diambil oleh CATL untuk mengurangkan emisi karbonnya. Empat kilangnya sudahpun Karbon Sifar dan ketiga-tiga kemudahan dalam industri bateri yang diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia merupakan kemudahan CATL. Syarikat ini turut berjanji untuk menjadi neutral karbon dalam operasi terasnya menjelang tahun 2025 dan memastikan rantaian bekalannya neutral karbon menjelang tahun 2035.

Syarikat ini juga telah mengambil langkah penting dalam kitar semulanya. Pada tahun 2023, ia mengitar semula lebih 100,000 tan sisa bateri. Dengan kecekapan pemulihan 90%, ia mampu mendapatkan semula 13,000 tan litium karbonat, mengurangkan volum perlombongan yang diperlukan dengan banyak dan mempercepatkan sumbangannya kepada ekonomi kitaran. 

"Saya melihat usaha kemampanan kami seperti sebatang pokok, namun kami bercita-cita untuk mencipta sebuah hutan," kata Dr. Zeng. "Kami bersedia untuk bekerjasama dengan perniagaan, kerajaan, pelabur dan sesiapa yang berminat untuk mempercepatkan tindakan iklim. Bersama-sama, melanjutkan amalan Karbon Sifar dari kilang ke komuniti, bandar dan banyak lagi."

Dalam ucapan beliau, Dr. Zeng menggariskan tiga faedah penting inovasi terbuka:

1.  Merapatkan jurang teknologi: CATL berkongsi teknologi baterinya melalui model LRS (pelesenan, royalti dan perkhidmatan) dan menyokong rakan kongsi OEM dengan pembinaan dan operasi kilang bateri. Ini membantu mereka menggiatkan operasi mereka, mempercepatkan peralihan tenaga hijau.

2.  Membuka senario karbon baharu, sifar: CATL membangunkan cara baharu untuk menggunakan teknologi bateri bagi memajukan kemampanan. Sebagai contoh, ia bekerjasama dengan jaringan rakan kongsinya untuk lombong elektrik, tanpa manusia dan penukaran bateri baik untuk kereta penumpang mahupun trak tugas berat.

3.  Mewujudkan ekosistem mampan: Dalam masa terdekat, EV dapat menjadi kemudahan storan tenaga teragih, membantu menyediakan dan mengawal atur gigawatt kuasa ke grid. Pemilik EV malah boleh mendapat manfaat dari segi kewangan, menjual kuasa kepada grid pada waktu puncak.

"Kami telahpun melihat negara dan perniagaan memperbaharui komitmen sifar bersih mereka tatkala kami perlu mempercepatkannya," sambung Dr. Zeng. "Kita harus bersatu pada tidak seperti sebelum ini untuk menangani cabaran kita yang paling mendesak dan saya percaya inovasi terbuka merupakan kunci untuk mempercepatkan peralihan tenaga hijau."

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Environmental Issues