omniture

Giger's Universe - Monumen untuk Pemenang Hebat Oscar

artVenture Mediaproduction, Vienna
2014-10-07 10:30 108

VIENNA, 7 Oktober 2014 /PRNewswire/ --

Rujukan silang: Gambar boleh didapati di epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) dan http://www.ots.at/pressemappe/17053/artventure-mediaproduction-vienna

artVenture [Vienna] telah melancarkan kempen pengumpulan dana daripada orang awam (crowdfunding) indiegogo (http://www.indiegogo.com) untuk "Giger's Universe". Bermula pada hari ini, para peminat H R Giger dapat turut serta untuk menghidupkan menerusi alam maya suatu monumen yang dikhususkan untuk pemenang Oscar dan pencipta Alien.

Penghormatan kepada H R Giger 

Apa yang hanya dapat dilihat di Muzium Giger di Gruyères sebelum ini, tidak lama lagi boleh didapati sebagai lawatan muzium maya 3D yang tersedia untuk PC/MAC dan dibina semula dalam aplikasi agar benar-benar menyamai pameran di Muzium Giger. Para peminat global mempunyai pilihan untuk merasai pengalaman "langsung" Muzium Giger serta "Giger's Universe", suatu monumen maya yang dikhususkan buat individu berwawasan besar itu.

Berkenaan fungsi muzium maya tersebut, artVenture adalah berteraskan interaktiviti: para pengunjung berpeluang untuk melawat seluruh muzium tersebut secara maya. Teknologi permainan 3D istimewa, fungsi zum dan juga beberapa ciri lain memastikan suatu faktor pengalaman tersendiri dapat dirasai. Kesemua karya seni/objek boleh dilihat secara "langsung" oleh para pengunjung – seakan-akan mereka benar-benar berada di tempat itu. Di samping itu, pihak yang berminat bakal menerima banyak maklumat tambahan.

Idea "Giger's Universe" bermula pada tahun 2006. Artis tersebut turut menyokong projek berkenaan ketika hayat beliau.

Teknologi Permainan GigerMuseumin3D

Projek ini akan mendigitkan seluruh muzium tersebut dengan teknologi pengimbasan laser 3D terkini, mempertingkat objek melalui penggunaan tekstur asli yang wujud pada objek tersebut sebagai pelengkap, seterusnya menjadi asas kepada muzium "hidup" itu. Sekiranya berlaku lebihan pembiayaan (overfunding), langkah penghasilan seterusnya turut dirancang. Dalam perancangan, sebagai contohnya ialah dokumentari pendek dan lawatan 3D kedua-dua Bar Giger di Gruyères dan juga taman peribadi Giger.

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati melalui epa european pressphoto agency dan boleh dimuat turun secara percuma di: http://www.epa.eu

Bagi mendapatkan butiran lanjut:
Ernst Stöckl
artVenture Mediaproduction, Vienna (Austria)
Talian: +43-(0)1-7124060-0
giger@gigers-universe.com
http://gigers-universe.com
https://www.indiegogo.com/campaigns/giger-s-universe/

Source: artVenture Mediaproduction, Vienna
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Internet Technology Multimedia/Online/Internet