omniture

Sidang Kemuncak Undang-undang Global: Penyampai dan Penaja Diumumkan ketika Tiket Mula Dijual

The Global Law Summit
2014-10-08 01:22 155

LONDON, 8 Oktober 2014 /PRNewswire/ --

Sidang Kemuncak Undang-undang Global ("GLS"), acara perundangan dan perniagaan antarabangsa bertaraf dunia yang akan berlangsung di London pada 23 hingga 25 Februari 2015, telah mengumumkan beberapa nama penaja utama dan para penyampai sesi, ketika tiket acara itu mula dijual.

Thomson Reuters, rakan kongsi strategik GLS, akan bertindak sebagai penaja bersama beberapa firma undang-undang terkemuka Allen & Overy, Holman Fenwick Willan, Macfarlanes serta Travers Smith. Firma khidmat nasihat perniagaan global FTI Consulting juga telah disahkan sebagai penaja utama.

Sidang Kemuncak tersebut akan terdiri daripada beberapa ucap utama dan perbincangan yang merangkumi perdagangan serta pelaburan antarabangsa; kawal selia, persaingan dan juga penyelesaian pertikaian; demografi, teknologi serta globalisasi; perlindungan hak cipta; penyelesaian pertikaian rentas sempadan dan pertikaian dalam negara; serta kesejahteraan masyarakat.

Para penyampai yang mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak tersebut termasuklah:

  • Sir Roger Carr, Pengerusi BAE Systems dan Timbalan Pengerusi serta Pengarah Bebas Kanan Court of The Bank of England
  • Jonathan Drimmer, Naib-presiden dan Timbalan Penasihat Undang-undang Barrick Gold Corporation
  • Yang Amat Berhormat Chris Grayling MP, Setiausaha Negara bagi Keadilan dan Lord Canselor
  • Georg Kell, Pengarah Eksekutif Global Compact PBB
  • Rosemary Martin, Penasihat Undang-undang Kumpulan dan Setiausaha Syarikat Vodafone
  • Cik Patricia O'Brien, Duta Besar PBB untuk Republik Ireland, mantan Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Undang-undang
  • Cik Kimberly Prost, Ombudsman PBB bagi Jawatankuasa Al Qaida Jawatankuasa Sekatan Majlis Keselamatan PBB
  • Sir Michael Rake, Pengerusi BT Group dan Timbalan Pengerusi Barclays PLC
  • John Ruggie, Mantan Wakil Khas Setiausaha Agung PBB bagi Perniagaan dan Hak Asasi Manusia
  • Graham Vinter, Penasihat Undang-undang BG Group

John O'Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Sidang Kemuncak Undang-undang Global, mengulas: "Kami gembira dapat mengumumkan barisan penyampai yang begitu berprestij hari ini dan kami menantikan perbincangan yang akan berkisar tentang Kedaulatan Undang-undang dan kepentingannya dalam menjamin pertumbuhan dan persaingan perniagaan global."

Tiket Sidang Kemuncak Undang-undang Global kini mula dijual melalui laman web acara tersebut, http://www.globallawsummit.com.

Nota kepada Editor 

Latar Belakang Sidang Kemuncak Undang-undang Global

Sidang Kemuncak Undang-undang Global akan diadakan bermula pada 23 hingga 25 Februari 2015 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II, Westminster London.

Bagi menandakan 800 tahun sejak pemeteraian Magna Carta dan menonjolkan ibu kota United Kingdom sebagai hab khidmat perundangan yang cemerlang di dunia, sidang kemuncak tersebut akan menghimpunkan lebih 2,000 pemimpin dalam bidang undang-undang, perniagaan, kerajaan dan juga akademik dari seluruh dunia, bagi membincangkan peranan Kedaulatan Undang-undang dalam menjamin pertumbuhan dan persaingan perniagaan global.

Sidang Kemuncak Undang-undang Global merupakan persidangan perniagaan undang-undang bebas yang diasaskan oleh Kementerian Keadilan, City of London Corporation, Majlis Peguam England dan Wales serta Persatuan Undang-undang England dan Wales. Ia diuruskan oleh pasukan eksekutif yang melapor kepada Steering Group, dan bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi.

Bagi mendapatkan maklumat tambahan, sila hubungi:

Simon Barker
Cubitt Consulting
+44(0)20-7367-5119
simon.barker@cubitt.com

Rose Schreiber
Cubitt Consulting
+44(0)20-7759-1194
Rose.Schreiber@cubitt.com

Sumber: The Global Law Summit (Sidang Kemuncak Undang-undang Global)

Source: The Global Law Summit
Keywords: Banking/Financial Service Legal issues