VIENNA, 8 Oktober 2014 /PRNewswire/ --
Vienna pada tahun 2020: 18 juta penginapan, 1 bilion euro daripada segi perolehan oleh sektor hospitaliti serta penerbangan terus dari 20 bandar tambahan serata dunia – semua ini merupakan objektif Strategi Pelancongan Vienna 2020 yang dibentangkan baru-baru ini oleh Lembaga Pelancongan Vienna.
"Strategi jangka panjang baharu untuk pembangunan destinasi Vienna adalah berdasarkan tema 'Global.Smart.Premium'," jelas Pengarah Pelancongan Norbert Kettner. "Vienna sedang mengukuhkan kedudukannya sebagai metropolis kosmopolitan dan hab ekonomi Eropah Tengah, selain pemprofilan bandar itu melalui budaya kelestariannya yang hidup, teknologi bandar yang canggih, penyelesaian mobiliti pintar serta standard yang tinggi sebagai bandar hijau - sebagai 'bandar pintar dan juga terkenal'. 'Premium' merujuk kepada strategi kepimpinan berkualiti kami dalam tawaran pelancongan kami – bermula dengan ketibaan dan penginapan kepada aktiviti melawat tempat-tempat, mengalami budaya dan hiburan, membeli-belah serta gastronomi, para tetamu Vienna menerima produk dan perkhidmatan berkualiti terbaik dalam setiap kategori harga."
Objektif tersebut juga dapat dirumuskan dengan formula ringkas: 5 x 400 + 20 = 2020. Kettner: "Matlamat kami adalah lima juta penginapan lagi menjelang tahun 2020, selain tambahan 400 juta euro pendapatan bersih bilik sepanjang tahun 2013 dan juga 20 bandar lagi dari seluruh dunia yang menawarkan penerbangan terus ke Vienna berbanding pada masa kini." Pada ketika itu, jumlah penginapan akan menjadi sekitar 18 juta, lalu memecahkan sempadan satu bilion euro bagi pendapatan bersih bilik.
Lembaga Pelancongan Vienna telah menjemput beberapa wakil daripada industri pelancongan Vienna serta lembaga penasihat yang terdiri daripada pakar antarabangsa bagi membantu membangunkan strategi ini. Pertandingan idea "inovasi terbuka" menyediakan inspirasi tambahan: orang ramai telah dijemput melalui Internet dan platform media sosial untuk menyumbangkan beberapa cadangan baharu, bukan konvensional serta provokatif untuk destinasi Vienna. Konsep tersebut boleh dimuat turun dalam bahasa Inggeris dan bahasa Jerman di http://tourismstrategy2020.vienna.info.
Pertanyaan:
Lembaga Pelancongan Vienna
Isabella Rauter
Tel. +43-1-211-14-301
E-Mel: media.rel@vienna.info
http://www.vienna.info
http://b2b.vienna.info
Sumber: Vienna Tourist Board (Lembaga Pelancongan Vienna)