omniture

Langkah inovatif dalam TPU gred-perubatan: ICP DAS-BMP perkenal penyelesaian perintis di CMEF dan Medtec Japan

ICP DAS Co., Ltd.
2024-03-28 10:00 23

HSINCHU, 28 Mac 2024 /PRNewswire/ -- ICP DAS-BMP (Biomedical Polymers), pengeluar dan pembekal TPU (poliuretana termoplastik) perubatan terkemuka Asia, akan mengadakan pameran di Pameran Pembuatan dan Reka Bentuk Komponen Antarabangsa (ICMD, sebahagian daripada CMEF) dan Medtec Japan pada April 2024. Syarikat ini akan mempamerkan beberapa siri pelet TPU gred-perubatan: Arothane™ (siri ARP), Alithane™ (siri ALP) serta Durathane™ (siri ALC dan ARC).

Innovative strides in medical-grade TPUs ICP DAS-BMP to introduce groundbreaking solutions at CMEF and Medtec Japan
Innovative strides in medical-grade TPUs ICP DAS-BMP to introduce groundbreaking solutions at CMEF and Medtec Japan

Di pameran-pameran berkenaan, ICP DAS-BMP akan membawakan Arothane™ ARP-W-G baharu, TPU berasaskan polieter aromatik gred-perubatan yang dimuatkan dengan 40-60% Tungsten sebagai radiopacifier. Ia memperlihatkan radiodensiti (radiopacity) luar biasa berbanding Barium Sulfat, menjadikannya amat sesuai untuk peranti berdimensi kecil atau berdinding nipis. Siri ARP-W-G diiktiraf kerana saiz partikel yang kecil, kecairan tinggi dan serakan yang sangat baik. Ia sangat disyorkan untuk digunakan sebagai bahan salutan wayar pandu. 

Engineering Arothane™ TPU (siri EARP) merupakan satu lagi produk baharu yang tidak boleh dilepaskan oleh pakar-pakar industri di pameran berkenaan. Siri EARP merupakan TPU tegar berasaskan poliester aromatik gred-perubatan. Ia dibezakan daripada TPU lain melalui suhu peralihan kaca yang tinggi (Tg) dan atribut transmisi cahaya yang luar biasa.

Dua sorotan lain ialah Arothane™ ARP-B20 (20% Barium Sulfat) dan Durathane™ ALC-B40 (40% Barium Sulfat), kedua-duanya lulus ujian implantasi selama 90-hari mengikut piawaian ISO 10993-6.

Produk-produk lain yang wajar diberi perhatian yang akan dipamerkan ialah ALC-B30 dan ALP-W bagi pengilangan kateter berasaskan penyemperitan.

Pakar-pakar ICP DAS-BMP membangunkan pelet TPU dengan peratusan unsur-unsur kontras yang berbeza-beza menggunakan kaedah pempolimeran in situ, bagi memastikan kebolehserasian bio yang tinggi untuk semua siri TPU. Produk-produk yang diperbuat daripada TPU penuh kontras memberikan visualisasi unggul, lantas menjadikannya komponen penting bagi pengeluaran peranti perubatan invasif minimum.

Temui pakar-pakar syarikat di: 

  • CMEF (ICMD) mulai 11 hingga 14 April 2024, Dewan 8.1, Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai), Reruai M44 dan M46 
  • Medtec Japan mulai 17 hingga 19 April 2024, Tokyo Big Sight, Dewan Timur 2–3, Reruai 2002 

Latar Belakang ICP DAS - BMP 

ICP DAS-BMP, pengeluar dan pembekal TPU berpangkalan di Taiwan yang diperakui dengan ISO 13485, mengendalikan makmal khas yang dikhususkan untuk pengurusan kualiti. Memanfaatkan kepakaran automasi industri selama tiga dekad daripada syarikat induknya, ICP DAS, ICP DAS-BMP melaksanakan amalan kilang pintar bagi meningkatkan kualiti produk dan mempercepatkan masa penghantaran. Di samping itu, syarikat menyediakan sokongan selepas jualan yang responsif dan menawarkan penyelesaian yang fleksibel untuk kuantiti pesanan kecil.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://bmp.icpdas.com/

Untuk produk dan pertanyaan TPU, hubungi: sales_bmp@icpdas.com

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Trade show news Future Events