omniture

CGTN: Peng Liyuan menggalakkan koir Jerman menjadi jambatan persahabatan China-Jerman

CGTN
2024-04-01 22:01 27

BEIJING, 1 April 2024 /PRNewswire/ -- Memandangkan China dan Eropah telahpun menyambung semula pertukaran dan dialog pada semua peringkat sejak berakhirnya pandemik COVID-19, sekumpulan pelajar dan guru daripada Chinese Choir of Burg Gymnasium, sebuah sekolah menengah Jerman, memulakan semula pertukaran budaya dengan China pada bulan Mac.

Peng Liyuan, isteri kepada Presiden Cina Xi Jinping, menyambut mereka dengan penuh mesra di Beijing pada hari Khamis. Selepas mengetahui tentang pengajian dan pengalaman mereka sejak beberapa tahun lalu, Peng memuji mereka kerana bertutur dalam bahasa Cina dengan lebih baik dan menggalakkan mereka untuk berkongsi pengalaman dan perasaan mereka di China bersama keluarga dan rakan-rakan mereka selepas pulang ke tanah air dan menjadi utusan generasi baharu demi persahabatan China-Jerman.

Beliau turut menggalakkan pelajar untuk terus memanfaatkan muzik bagi membuka dunia baharu bahasa Cina dan mengalami daya tarikan budaya Cina melalui lagu.

Interaksi Peng bersama Burg Gymnasium
Kisah Peng bersama koir dan sekolah Jerman ini bermula sejak tahun 2014 apabila beliau menyertai sebuah kelas bahasa Cina di sekolah ini semasa lawatan negara oleh Xi ke Jerman.

Sekolah ini menawarkan kursus bahasa Cina sejak tahun 1994. Semasa lawatan tahun 2014, pelajar bertanyakan kepada Peng cara untuk memperbaiki sebutan bahasa Mandarin mereka. Beliau mengesyorkan mereka untuk menyanyikan lagu-lagu-lagu bahasa Cina.

Dua tahun kemudian, Peng bertemu dengan guru dan pelajar sekolah ini di Beijing. Pada tahun 2021, tatkala pandemik melanda dunia, beliau menulis sepucuk surat kepada pelajar dan guru ini yang mana beliau menjemput mereka untuk melawat China bagi tujuan pertukaran dan pengajian selepas pandemik dan menyeru mereka untuk menyumbang kepada pengukuhan persahabatan antara rakyat China dan Jerman, terutamanya anak muda.

Sejak penubuhan koir ini pada tahun 2014, ia telah muncul dalam banyak majlis diplomatik yang penting antara China dan Jerman serta telah mengadakan beberapa persembahan dalam bahasa Cina.

Semasa mesyuarat pada hari Khamis, Peng mengucapkan tahniah kepada koir ini atas pencapaiannya yang membuahkan hasil sedekad lalu dalam menyampaikan persahabatan melalui lagu. Beliau menyatakan harapan agar ia dapat terus berperanan sebagai jambatan untuk pertukaran budaya antara kedua-dua negara ini.

Ikatan erat antara China, Jerman
Sejak pewujudan hubungan diplomatik antara China dan Jerman pada tahun 1972, pelbagai pertukaran budaya antara kedua-dua negara ini dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi, budaya, media, belia dan wanita telahpun dibangunkan.

Kedua-dua negara ini menandatangani Perjanjian Pertukaran Budaya pada tahun 1979. Sejak itu, aktiviti-aktiviti yang kerap telahpun dijalankan dalam hubungan budaya, eksposisi artistik dan persembahan komersial.

Sebagai contoh, Pusat Kebudayaan Cina dibuka di Berlin pada tahun 2008, menyediakan jendela untuk pertukaran dan persefahaman antara satu sama lain. Pada tahun 2012, China dan Jerman bersetuju untuk mewujudkan Mekanisme Pertukaran dan Dialog Sesama-rakyat Peringkat-tinggi China-EU. Semasa Tahun Kebudayaan Cina 2012-2013, aktiviti kebudayaan telahpun diadakan di lebih 40 bandar di Jerman.

Lebih-lebih lagi, tahun 2013 dan 2014 dikenali sebagai Tahun Bahasa China-Jerman dan tahun 2016 digelar sebagai Tahun Pertukaran Belia Sino-Jerman. Pada tahun 2016, mekanisme pertukaran budaya peringkat tinggi telahpun diwujudkan secara rasmi antara China dan Jerman.

https://news.cgtn.com/news/2024-03-30/Peng-Liyuan-encourages-German-choir-to-be-China-Germany-bridge-1soegeP0P3a/p.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Education Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Publishing/Information Service