omniture

Light dan Landis+Gyr memperkenalkan perkongsian grid pintar terbesar di Amerika Selatan

Landis+Gyr
2014-10-09 23:37 114

- Kontrak bernilai R$ 750 juta untuk meningkatkan kecekapan dan keandalan grid negeri Rio de Janeiro

RIO DE JANEIRO, 9 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Light, syarikat kemudahan tenaga elektrik Brazil, hari ini telah mengumumkan persetujuan rasmi untuk projek grid pintar terbesar dalam sejarah Amerika Selatan, dalam perkongsian bersama perintis pengurusan tenaga global Landis+Gyr. Bernilai kira-kira R$750 juta ($313 juta USD), kontrak lima tahun itu meliputi bekalan, pelaksanaan, pengendalian serta penyelenggaraan penyelesaian grid pintar Landis+Gyr yang terbaik dalam kelasnya, Gridstream®. Kolaborasi itu juga termasuklah pengaturan penggunaan 1.1 juta titik hujung, terdiri daripada meter antiusik canggih SGP+M dan automasi bilik kebal kuasa dan pemutus litar.

Dengan pelaburan sebanyak lebih R$ 400 juta dalam sistem pengagihannya pada tahun lepas sahaja, kontrak itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Light bagi meningkatkan kecekapan dan keandalan grid elektriknya. Rangkaian pintar baharu, rangkaian Gridstream® menawarkan fungsi pengukuran lebih baik dan pengurusan berautomasi atas platform tunggal yang selamat, dan akan turut membantu penggunaan kenderaan elektrik serta teknologi penjanaan mikro angin dan suria.

Sebagai hasil projek itu, Light akan mampu memanfaatkan pemantauan dipertingkat dan titik kawalan di serata rangkaiannya, lalu membantu mengurangkan kerugian komersil. Pada masa hadapan, syarikat kemudahan itu juga berharap dapat menyediakan pilihan peletakan harga lebih baik dan lebih banyak maklumat tentang corak penggunaan tenaga mereka kepada para pelanggan mereka, lalu membantu mereka mengurus penggunaan mereka dengan lebih cekap.

"Matlamat Light ialah menyediakan rangkaian elektrik pintar kepada 1.6 juta pengguna, bersamaan dengan kira-kira 40 peratus daripada jumlah pelanggan kami menjelang tahun 2018," kata Paulo Roberto Pinto, Presiden Light.

Marcelo Machado, Ketua Pengarah Landis+Gyr Amerika Selatan berkata, "Sebagai aturan penggunaan besar-besaran pertama di Amerika Selatan untuk grid pintar dan sistem pemeteran pintar, pengumuman ini sangat penting, yang akan menunjukkan secara langsung kepada syarikat kemudahan dan pengguna beberapa faedah daripada segi kos ketara, keselamatan dan juga pengalaman pengguna yang didatangkan dengan tenaga pintar.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan syarikat terkemuka seperti Light untuk projek yang kami percaya akan memecah kebiasaan industri tenaga Brazil," menurut Machado. "Langkah ini adalah yang pertama dalam pelan perluasan bercita-cita tinggi untuk memperhebat lagi jangkauan Landis+Gyr merentasi Amerika Selatan."

Dengan pengalaman pengeluaran meter di Brazil sejak tahun 1994, hari ini Landis+Gyr menggaji lebih 450 orang dalam kemudahan canggih di Curitiba. Perniagaan itu sudah pun mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan lebih 3 juta meter setiap tahun di tapak itu sendiri dan merancang untuk memperluas lagi pengendaliannya secara besar-besaran seiring dengan pembangunan pasaran grid pintar Amerika Selatan.

Perkongsian dengan Light ini adalah yang terkini dalam siri kejayaan mendapatkan kontrak besar bagi Landis+Gyr. Sejak permulaan tahun 2013, syarikat itu berjaya mendapatkan dua projek pengaturan penggunaan terbesar dalam sejarah industri dengan British Gas dan Tokyo Electric Power Company, serta menandatangani kontrak besar dengan Salt River Project, Ameren, dan baru-baru ini, projek pengaturan penggunaan Linky ERDF. Penyelidikan terkini Frost & Sullivan menentukan yang Landis+Gyr memegang 44 peratus daripada pasaran meter AMI global tahun 2013, kecuali China.

Andreas Umbach Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Landis+Gyr memberi komen, "Perkongsian kami dengan Light sangat signifikan untuk Landis+Gyr dan merupakan kemuncak bagi tempoh lapan belas bulan yang sangat positif bagi perniagaan ini. Sepanjang tempoh itu, kami berjaya mendapatkan kontrak besar di Eropah, Amerika Utara, Asia, dan kini Amerika Selatan, termasuk dua pengaturan penggunaan terbesar dalam sejarah industri. Kami sangat berbesar hati dengan kepercayaan dan keyakinan syarikat kemudahan seluruh dunia terhadap Landis+Gyr selama ini."

Latar belakang Landis+Gyr:

Landis+Gyr merupakan penyedia global utama untuk tenaga bersepadu pengurusan produk dan dibangunkan khusus bagi memenuhi keperluan syarikat tenaga, dan satu-satunya dengan kemampuan bagi menyediakan penyelesaian pemeteran canggih.

Hari ini, syarikat ini menawarkan portfolio paling besar yang terdiri daripada produk dan perkhidmatan dalam industri pemeteran elektrik, dan sedang membuka jalan bagi grid pintar generasi seterusnya. Dengan jualan tahunan sebanyak lebih $1.5 bilion, Landis+Gyr, Toshiba Corporation (TKY: 6502) dengan syer 40 peratus daripada Innovation Network Corporation of Japan, mempunyai pertumbuhan yang bebas platform, dengan beberapa pengendalian di 30 negara atas lima benua, menggaji 5,500 orang dengan misi tunggal untuk membantu dunia mengurus tenaga dengan lebih baik.

Latar belakang Light:

Light hadir di 31 daerah negeri Rio de Janeiro dan mempunyai lebih empat juta pelanggan. Dengan pengendalian selama lebih satu abad, Light merupakan sebahagian daripada kehidupan di Rio de Janeiro, dan memantau serta menyediakan produk dan perkhidmatan yang penting bagi pembangunan ekonomi, sosial dan juga budaya lokasi tempat ia beroperasi.

Source: Landis+Gyr
Related Stocks:
OTC:TOSYY Tokyo:6502
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Contracts