omniture

(RED) dan Bank of America Mencabar Komuniti Kecergasan Global untuk Menyahut Cabaran dengan Turn Your Miles (RED), Diperkasakan Nike+

(RED)
2014-10-11 22:55 221

-- MULAI 12 OKTOBER HINGGA 7 DISEMBER, BATU LARIAN YANG DIREKODKAN AKAN MENCETUSKAN DERMA BANK OF AMERICA YANG MEMBAWA KITA SELANGKAH LEBIH MAJU MENUJU GENERASI BEBAS AIDS

CHICAGO, 11 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Mulai 12 Oktober, hari Maraton Chicago Bank of America, sehingga 7 Disember, tiga jenama global akan bergabung untuk "TURN YOUR MILES (RED)" – memanfaatkan kuasa komuniti bagi menyokong usaha memerangi HIV/AIDS.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141009/151366 
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140123/NY51738LOGO-b

TURN YOUR MILES (RED) merupakan kempen lapan minggu yang memperkasakan penggemar senaman jalan, larian serta kecergasan seluruh dunia untuk membuat sumbangan terkumpul yang boleh menyelamatkan nyawa dan memberi kesan kepada perubahan. Bagi setiap batu larian Nike+ Running yang dijanjikan kepada (RED) di www.nike.com/onestep4red, Bank of America akan menderma 40 sen – sehingga $1 juta – kepada usaha menghapuskan pemindahan HIV daripada ibu kepada anak. Nike+ Running merupakan app percuma yang membenarkan orang ramai mencatat, mengukur, berkongsi dan turut membandingkan pergerakan mereka dengan komuniti atlet pada peringkat global.

TURN YOUR MILES (RED) mendalamkan lagi perkongsian antara Bank of America dengan (RED). Awal tahun ini, bank itu telah mengumumkan pelaburan bernilai $10 juta bagi mewujudkan generasi bebas AIDS pertama dalam lebih 30 tahun.

"Perkongsian awam dan swasta sangat penting bagi menyelesaikan cabaran kita yang paling signifikan, terutamanya dalam soal kesihatan global," kata Anne Finucane, ketua pegawai strategi dan pemasaran global di Bank of America. "Dengan membawakan pengaruh dan sumber Nike ke dalam usaha ini, kami sedang meneruskan kemajuan kami ke arah matlamat yang amat mudah dicapai itu."

Pada masa kini, hanya 40 sen diperlukan untuk dua pil yang menyelamatkan nyawa bernama antiretrovirus (ARVS). Jika dimakan setiap hari, pil ini boleh mengelakkan wanita HIV positif yang hamil memindahkan virus itu kepada bayi yang masih dalam kandungannya. Setiap hari, masih ada 650 bayi yang dilahirkan dengan HIV sedangkan ini tidak sepatutnya berlaku. TURN YOUR MILES (RED) merupakan inisiatif yang direka bagi membolehkan orang ramai pada setiap peringkat kecergasan untuk memainkan peranan dalam memberikan sehingga $1 juta kepada klinik dan program perubatan HIV di Afrika sub-Sahara. Ini bermakna dos ARVS yang menyelamatkan nyawa bagi sejumlah 2.5 juta hari.

"Langkah yang pertama sentiasa merupakan langkah yang paling penting bagi sebarang usaha yang berbaloi dilaksanakan, dan membantu berjuang untuk generasi bebas AIDS adalah sesuatu yang kami percaya orang ramai seluruh dunia sanggup usahakan," kata Deborah Dugan, Ketua Pegawai Eksekutif (RED). "Saya galakkan sesiapa sahaja dan semua orang – peserta maraton, pelari santai, mahupun pengamal senaman jalan – agar menyertai (RED), rakan kongsi kami Bank of America serta komuniti Nike+ dan pastikan setiap langkah anda bermakna."

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.nike.com/onestep4red.

Latar belakang (RED)™
(RED) telah ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Bono dan Bobby Shriver untuk melibatkan ahli perniagaan dan orang ramai dalam usaha memerangi AIDS. (RED) bekerjasama dengan jenama paling ikonik di dunia yang menyumbang sehingga 50 peratus daripada keuntungan barangan dan perkhidmatan berjenama (RED) kepada Dana Global. Rakan Kongsi Utama (RED) termasuklah: Apple, Starbucks, Galaxy Chocolate (UK), The Coca-Cola Company, Bank of America, Beats by Dr. Dre, Belvedere, Claro, SAP, Telcel serta Live Nation Entertainment. Rakan Kongsi Edisi Khas (RED) termasuklah: aden+anais, Jonathan Adler, Theory, HEAD, Kidrobot, Mophie, Sir Richard's Condom Company, Square, Girl Skateboards, Bottletop, Fatboy USA dan juga Bed Bath & Beyond.

Sehingga ke hari ini, (RED) telah menjana lebih $275 juta bagi Dana Global untuk memerangi AIDS, Batuk Kering serta Malaria, bagi menyokong geran HIV/AIDS di Ghana, Kenya, Lesotho, Rwanda, Afrika Selatan, Swaziland, Tanzania dan juga Zambia. 100 peratus daripada wang itu terus digunakan bagi perbelanjaan usaha – tiada overhed yang diambil. Geran Dana Global yang disokong oleh (RED) telah meninggalkan kesan baik ke atas lebih 55 juta orang dengan perkhidmatan pencegahan, rawatan, kaunseling, ujian HIV, serta perkhidmatan penjagaan.

(RED) merupakan divisyen The ONE Campaign. Ketahui lebih lanjut di www.red.org.

Mulai 12 Oktober sehingga 7 Disember 2014, bagi setiap batu larian, sehingga takat mingguan yang dikeluarkan melalui NIKE.COM/ONESTEP4RED, yang dicatatkan dalam Nike+ Running sebagai sebahagian daripada program derma Turn Your Miles (RED), Bank of America Corporation akan menderma $0.40 kepada Dana A.S. untuk Dana Global bagi Memerangi AIDS, Batuk Kering serta Malaria bagi menyokong dan turut membiayai usaha mencegah dan merawat HIV/AIDS, sehingga jumlah derma maksimum sebanyak $1 juta. Tiada pembelian diperlukan. Bank of America dan logo Bank of America merupakan tanda dagangan berdaftar Bank of America Corporation. Bank of America, Ahli Persatuan Kebangsaan FDIC © 2014 Bank of America Corporation.

Latar belakang Bank of America
Bank of America merupakan salah satu daripada institusi kewangan utama dunia, menyediakan perkhidmatan untuk pengguna individu, perniagaan kecil, perniagaan pasaran tengah serta syarikat besar dengan rangkaian penuh produk dan perkhidmatan perbankan, pelaburan, pengurusan aset, dan juga produk serta perkhidmatan kewangan dan pengurusan risiko lain. Syarikat itu menawarkan kemudahan yang tiada tandingannya di Amerika Syarikat, menyediakan perkhidmatan untuk kira-kira 49 juta pengguna dan hubungan perniagaan kecil bersama kira-kira 5,000 pejabat perbankan runcit dan kira-kira 16,000 mesin ATM serta perbankan dalam talian yang memenangi anugerah dengan 30 juta pengguna aktif dan lebih 15 juta pengguna mudah alih. Bank of America merupakan antara syarikat pengurusan kekayaan terkemuka dunia dan merupakan peneraju global dalam perdagangan serta perbankan pelaburan dan korporat merentasi pelbagai kelas aset, berkhidmat untuk syarikat, kerajaan, institusi dan juga individu seluruh dunia. Bank of America menawarkan sokongan yang menerajui industri kepada kira-kira 3 juta pemilik perniagaan kecil melalui set produk dan perkhidmatan dalam talian yang inovatif dan mudah digunakan. Syarikat itu menyediakan perkhidmatan untuk para pelanggannya melalui pengendalian di lebih 40 negara. Saham Bank of America Corporation (NYSE: BAC) termasuk dalam senarai Bursa Saham New York.

Latar belakang Nike+
Sejak pelancarannya pada tahun 2006, Nike+ Running telah memberi peluang kepada pelari untuk mencatat, mengukur, berkongsi dan turut membandingkan larian mereka dengan komuniti atlet pada peringkat global. App Nike+ Running menggunakan teknologi GPS bagi memetakan larian, menyediakan statistik tentang langkah serta-merta dan jarak, serta mencatat kemajuan pengguna. Ia menawarkan beberapa ciri penggalak yang menyeronokkan seperti Nike+ Challenges, sorakan daripada rakan, perkongsian foto kepada media sosial, suap balik audio langsung dan juga pilihan untuk memilih muzik. Fungsi Nike+ Coach pula menawarkan program latihan menyeluruh, lalu membantu pelari bersedia untuk perlumbaan yang mereka sertai. Komuniti Nike+ Running telah mencatat lebih 1 bilion batu larian seluruh dunia. Muat turun app Nike+ Running secara percuma daripada Apple App Store Nike+ dan untuk Android dalam Google Play.

Source: (RED)
Related Stocks:
NYSE:BAC
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Retail Sports Not for profit