omniture

Siron®FD/R - Antipenipuan Hebat dalam Masa Nyata

TONBELLER AG
2014-10-13 09:00 98

BENSHEIM, Jerman, 13 Oktober 2014 /PRNewswire/ --

Penyelesaian Antipenipuan Sempurna hasil daripada Pemprosesan Kejadian Kompleks (CEP)

TONBELLER, penyedia perisian terkemuka pada peringkat antarabangsa bagi penyelesaian antijenayah kewangan, melancarkan Siron®FD/R, penyelesaian masa nyata unggul terhadap pelbagai senario penipuan.

Siron®FD/R menyediakan pilihan pengesanan penipuan baharu dan diperhebat untuk Pegawai Penipuan dan Pematuhan. Penyelesaian ini mengimbas dan menghalang transaksi serta proses yang mencurigakan, melindungi bank daripada akses akaun yang tidak sah, melindungi syarikat insurans daripada tuntutan yang tidak dibenarkan, serta melindungi syarikat perdagangan dan perindustrian daripada serangan eDagang.

Selain pengesanan penipuan, ciri Siron®FD/R yang paling luar biasa ialah pendedahan segera tujuan penipuan dan pelaksanaan langkah masa nyata hasil daripada CEP. "Cabarannya adalah untuk mentafsirkan kerumitan kejadian yang dikaitkan dengan kes penipuan pada peringkat pertama dan untuk memperlihatkan hubungan antara kejadian individu yang kelihatan tidak penting," jelas Dr. Ralf Hundhammer, Pengarah Penyelidikan & Pembangunan di TONBELLER. Amaran dicetuskan sebaik sahaja terdapat pola yang mencurigakan, lalu membolehkan syarikat yang diserang memulakan mekanisme pertahanan dan mengelakkan penipuan tersebut berlaku dan disembunyikan. Jika perlu, mekanisme pertahanan ini juga boleh dicetuskan secara automatik oleh Siron®FD/R.

Siron®FD/R – Maklumat Penting Produk

  • Perlindungan terhadap semua jenis penipuan
  • Analisis masa nyata dan pemadanan dengan profil pelanggan
  • Pendedahan rangkaian hubungan
  • Senario penipuan pratakrif
  • Pelarasan mudah strategi menyemak terhadap tipologi penipuan baharu
  • Keupayaan integrasi tinggi dengan sistem sedia ada

"Bagi membanteras jenayah siber, syarikat perlu mengambil pendekatan yang menyeluruh," kata Torsten Mayer, Pengarah Urusan di TONBELLER. "Penyelesaian hari ini perlu merangkumi setiap aspek – bermula dengan analisis risiko dan pengesanan penipuan masa nyata hinggalah papan pemuka bagi pengurusan risiko penipuan. Inilah satu-satunya cara untuk meminimumkan risiko dan mencapai pilihan tadbir urus serta kecekapan pematuhan."

Pada bulan Oktober, TONBELLER akan muncul dengan penyelesaian baharunya.

Maklumat lanjut tentang jerayawara itu dan TONBELLER boleh didapati di http://www.tonbeller.com.

Maklumat perhubungan media
Christiane Fischer
+49-6251-7000-319
chf@tonbeller.com

Sumber: TONBELLER AG

Source: TONBELLER AG
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services