omniture

Pusat Pengajian Perniagaan IMD akan Mengadakan Perancangan Prestasi Cemerlang Kedua di Singapura

Ketua eksekutif daripada Acer, Nissan serta Indonesian Port Corporation akan menyampaikan ucapan dasar
IMD International
2014-10-13 12:32 108

SINGAPURA, 13 Oktober 2014  /PRNewswire/ -- IMD, yang merupakan pusat pengajian perniagaan berkedudukan terbaik dan pakar seluruh dunia daripada segi pendidikan eksekutif, merancang untuk menjemput lebih 100 eksekutif untuk program kepimpinannya Perancangan Prestasi Cemerlang (OWP) di Singapura yang bermula pada 17 hingga 22 November di kampus Universiti AXA.

Pelajaran yang diberikan di OWP adalah dikhususkan untuk peluang dan cabaran perniagaan yang berlaku di Asia. Program tersebut akan menjemput Pak Lino, Pengarah Presiden Indonesian Port Corporation; Stan Shih, Pengasas Bersama dan juga Pengerusi Acer Inc., serta Toshiyuki Shiga, Naib Pengerusi Nissan Motor Corporation.

Direka untuk menggalakkan kebolehan kepimpinan, OWP akan mendedahkan pelbagai topik termasuk penggabungan dan pemerolehan di Asia, pembinaan jenama, arah aliran pasaran baru muncul, amalan sumber manusia, kemajuan Internet, inovasi serta daya saing dunia.

IMD menyampaikan program dan perkhidmatan dari beberapa lokasi utama di serata dunia. Sejak tahun 2013, Singapura telah menjadi hab penting untuk penawaran pendidikan eksekutif IMD.

"Memandangkan perniagaan bersifat global, terdapat keperluan untuk mendidik dan menggalakkan kemahiran merentasi budaya," jelas Margaret Cording, Pengarah Serantau IMD di Asia Tenggara dan Oceania. "Bagi menjalankan OWP di Singapura, selain program pendidikan eksekutif untuk syarikat tertentu, IMD bermatlamat untuk melangkaui sempadan Timur dan Barat bagi mewujudkan pemimpin global yang sebenar."

Ketahui daripada para peserta OWP Singapura melalui YouTube yang dijalankan tahun lalu dan ketahui lebih lanjut tentang OWP di Singapura.

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati melalui epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) –

LATAR BELAKANG IMD

IMD merupakan pusat pengajian perniagaan berkedudukan terbaik. Kami merupakan pakar dalam melahirkan pemimpin global menerusi pendidikan eksekutif berimpak tinggi. Kami memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembangunan eksekutif dunia sebenar; kami menawarkan kecemerlangan Switzerland dengan perspektif global; dan kami mempunyai pendekatan yang fleksibel, disesuaikan serta berkesan. (http://www.imd.org)

Hubungi:
Matthew Mortellaro
+41-21-618-03-52
Matthew.Mortellaro@imd.org

Source: IMD International
Keywords: Education Higher Education Trade show news