omniture

Transformasi Korporat Samruk Kazyna Sedia Jana Hasil Tambahan $11 bilion untuk Kazakhstan dalam Enam Tahun Akan Datang

SovereignWealth Fund 'Samruk Kazyna' JSC
2014-10-13 16:49 94

ASTANA, Kazakhstan, 13 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Samruk Kazyna, dana kekayaan negara Kazakhstan yang mengurus aset negeri strategik utama dengan nilai gabungan hampir $100 bilion, sedang merombak strategi perniagaannya, termasuk pendekatan terhadap pelaburan dan pengurusan aset.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/English/72762559-samruk-kazyna-transformation-forum/

Mekanisme pengurusan baharu akan diperkenalkan tidak lama lagi dalam kesemua syarikat Kumpulan Wang tersebut. Seawal tahun 2014, rekayasa semula proses perniagaan akan dimulakan dalam tiga organisasi perintis – syarikat pemegangan pengangkutan pelbagai Kazakhstan Temir Zholy, syarikat minyak dan gas KazMunaiGaz serta pengendali khidmat pos KazPochta.

Setelah diukur, mekanisme tersebut akan menghasilkan pengurangan kos operasi sebanyak 20 peratus menjelang tahun 2017, manakala tambahan nilai ekonomi Samruk Kazyna pula akan menjana lebih $11.2 bilion untuk ekonomi Kazakhstan.

Program transformasi ini telah diumumkan kepada orang ramai pada "Forum Transformasi Samruk Kazyna" yang berlangsung di Astana pada 6 Oktober 2014.

Di samping pengoptimuman proses perniagaan, program transformasi ini juga menjangkakan tarikan terhadap pelabur luar, jualan aset bukan teras serta pengoptimuman portfolio pelaburan, selain penyusunan semula yang menyeluruh dan usaha memperkemas operasi Kumpulan Wang tersebut. Hasilnya, jumlah syarikat di bawah pengurusan Kumpulan Wang berkenaan akan dikurangkan daripada 600 pada masa kini kepada 300 menjelang tahun 2017. Tambahan pula, untuk tempoh jangka pendek hingga sederhana, beberapa syarikat terbesar, termasuk KEGOC, Samruk-Energo, Kazakhstan Temir Zholy serta KazAtomProm akan memegang IPO.

Program transformasi Samruk Kazyna merupakan unsur utama Strategy 2050, yang merupakan inisiatif hebat oleh Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev. "Pada ketika itu, Kazakhstan seharusnya menjadi salah satu daripada 30 negara paling maju di dunia. Bagi mencapai matlamat ini, dalam beberapa tahun akan datang kita perlu meningkatkan pertumbuhan produktiviti daripada 3.6 peratus kepada 6.5 peratus, manakala tahap pelaburan pula perlu ditingkatkan daripada 21.4 peratus kepada 30 peratus KDNK. Hasil ini hanyalah mungkin berdasarkan perubahan asas dalam ekonomi negara, dan perubahan ini perlu diterajui oleh dana kekayaan negara Samruk Kazyna yang memiliki perusahaan strategik utama negara!" Presiden Nazarbayev menegaskan dalam ucapan beliau pada Forum berkenaan.

Selain strategi perniagaan, program transformasi mengharapkan rombakan lengkap pendekatan Samruk Kazyna terhadap pengurusan operasi melalui pengenalan model "pemegangan strategik komersil". Pembaharuan dalaman akan melibatkan tiga arah utama – Individu-Proses-Teknologi – bagi mewujudkan struktur pengurusan tangkas berdasarkan standard global moden dan teknologi terkini.

Peningkatan kecekapan modal akan menjadi tumpuan spesifik transformasi ini. "Dana kekayaan di negara lain menjana pendapatan lebih tinggi daripada tahap pelaburan yang sama. Atas sebab itu, matlamat kami adalah untuk terus meningkatkan nilai syarikat subsidiari Kumpulan Wang melalui pemaksimuman keuntungan," tegas Ketua Pegawai Eksekutif Samruk Kazyna, En. Umirzak Shukeev.

"Memandangkan berlaku peralihan graviti ekonomi terhadap Asia, peluang untuk Kazakhstan sebagai pendorong serantau malah pendorong global bagi pertumbuhan ekonomi jelas berkembang," kata pakar ekonomi antarabangsa En. Nouriel Roubini semasa ucapan beliau pada Forum berkenaan. "Dalam konteks ini, segala usaha kepimpinan negara untuk mewujudkan model pembangunan yang moden dan menarik adalah amat digalakkan. Melalui model ini juga, dana kekayaan negara yang moden dan kompetitif yang mengurus aset negeri secara berkesan merupakan unsur utama," kata Roubini.

Latar Belakang Samruk Kazyna: http://sk.kz/page/kratko-o-fonde?lang=en

Source: SovereignWealth Fund 'Samruk Kazyna' JSC
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis