omniture

IMC Pan Asia Alliance Kini Dikenali sebagai Tsao Pao Chee Group

(TPC) Tsao Pao Chee
2024-04-12 21:51 20

SINGAPURA, 12 April 2024 /PRNewswire/ -- IMC Pan Asia Alliance (IMCPAA) mendedahkan penjenamaan semula yang bersejarah sebagai TPC (Tsao Pao Chee Group) Pte Ltd di Festival Antarabangsa AT ONE di Suzhou, China har ini. Pencapaian penting ini, di bawah tampuk kepimpinan pengelola generasi keempat dan Pengerusi TPC, Chavalit Frederick Tsao (Chavalit) mendorong syarikat menuju era baharu yang mengujakan yang memfokuskan kepada pelaburan yang membawa impak dan memupuk ekonomi kesejahteraan.

TPC (Tsao Pao Chee Group) Chairman, Chavalit Frederick Tsao
TPC (Tsao Pao Chee Group) Chairman, Chavalit Frederick Tsao

Jenama TPC memberi penghormatan kepada nama dagangan asal syarikat, Tsao Pao Chee yang bermula kira-kira 120 tahun lalu semasa Dinasti Qing. Ia menandakan komitmennya yang berkembang untuk mencipta nilai melalui pengawasan, kolaborasi dan keusahawanan dalam pertumbuhan khidmat kehidupan. Penjenamaan semula ini mengulangi visi lantang Chavalit: mentransformasikan perniagaan keluarga menjadi pemangkin demi perubahan positif dalam masyarakat.

"Ini lebih daripada sekadar memulakan langkah baharu. Kami perlu kembali untuk mencari asal-usul kami sendiri, budaya kami sendiri, moral kami sendiri dan juga tradisi etika. Justeru itu, saya mengambil keputusan untuk kembali kepada asal-usul kami dan membawa kembali nama dagangan asal perniagaan keluarga yang digunakan oleh moyang saya kerana ia sentiasa menjadi jenama sebenar kami," kata Chavalit.

Penjenamaan semula ini adalah lebih daripada sekadar nama dan logo baharu. Ia melambangkan dedikasi untuk menyelaraskan kejayaan perniagaan dengan peningkatan kehidupan dan komuniti. Di bawah sepanduk TPC, syarikat ini bersedia untuk memanfaatkan sejarah inovasi dan perkongsian strategiknya bagi memacu pertumbuhan mampan. Vertikal perniagaan yang strategik seperti IMC Industrial dan OCTAVE akan berorientasikan semula ke arah menambah nilai untuk mencipta semula ekonomi kesejahteraan. Cabang pelaburan TPC telahpun mengubah semula hala tuju USD 320 juta untuk dilaburkan dalam sektor impak dan kesejahteraan.

TPC turut mengubah pendekatannya kepada kedermawanan korporat dengan menggabungkannya ke dalam budaya perniagaannya. Tiga unit bukan untung telahpun ditubuhkan untuk mencapai tujuan ini: OCTAVE Institute, No.17 Foundation, dan Restore Nature Foundation, yang masing-masing memfokuskan untuk memulihkan hubungan insan, kolaborasi dan alam semula jadi.

En. Tsao Wa-Chang menubuhkan TPC pada lewat tahun 1800-an. Lebih empat generasi, selama hampir 120 tahun, syarikat berkembang daripada sebuah syarikat perkapalan tradisional menjadi perniagaan multinasional. Hari ini, TPC berubah menjadi sebuah perniagaan keuntungan berpandukan tujuan dengan misi untuk "menawarkan perkhidmatan demi kesejahteraan manusia dan dalam masa yang sama mencipta kekayaan."

Di bawah pengawasan Chavalit, OCTAVE yang menyatukan kebijaksanaan daripada amalan Timur dengan sains moden, dicipta untuk memupuk pertumbuhan individu dan kolektif. Penubuhan OCTAVE oleh Chavalit dan penglibatan dalam pelbagai usaha dermawan, menonjolkan komitmen beliau untuk mengendalikan perniagaan sebagai institusi keuntungan berpandukan tujuan.

Logo baharu jenama ini menggabungkan aksara bahasa Inggeris dan bahasa Cina ke dalam satu lambang holistik dan warna "Awakening Red" mewakili materialisme baharu. Warna koporat TPC, hijau zamrud, mencerminkan rasa hormat TPC yang mendalam terhadap alam semula jadi sebagai sumber kehidupan, manakala geometrinya yang halus, mengalir melambangkan evolusi yang berterusan dan pertukaran idea yang terbuka.

TPC menyeru usahawan, pelabur, ahli ekonomi dan pemimpin yang mementingkan aspek sosial di seluruh dunia untuk menyertai mereka dalam mencipta bersama ekonomi yang melaluinya tujuan dan keuntungan berkembang seiring. Melalui inovasi, keberanian dan penerimaan radikal terhadap kesalinghubungan, TPC komited untuk memacu kemajuan pada aspek yang paling penting – berkembangnya semua kehidupan.

Latar Belakang Tsao Pao Chee Group Limited (TPC)

TPC (Tsao Pao Chee) ialah perniagaan keluarga bertujuankan keuntungan yang terdiri daripada OCTAVE, IMC Industrial dan pelbagai pertubuhan bukan untung yang beroperasi sebagai satu sistem bersepadu untuk mencipta ekosistem perniagaan kesejahteraan. Ibu pejabat syarikat terletak di Singapura, dengan kehadiran kukuh di China, Indonesia dan Thailand. TPC menggaji lebih daripada 8000 orang.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://tsaopaochee.com/

 

Source: (TPC) Tsao Pao Chee
Keywords: Banking/Financial Service New products/services Not for profit