omniture

Yiwu, China Bina Platform Pameran Produk Hutan Antarabangsa

Information Office of Yiwu City
2014-10-15 09:13 94

YIWU, China, 15 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Pameran Produk Hutan (Antarabangsa) Yiwu China Ketujuh akan diadakan di Yiwu, China bermula pada 1 hingga 4 November 2014. Pameran dengan 3,000 gerai pameran itu, bertemakan "kewujudan bersama yang harmoni dan penggunaan lestari", akan menyediakan 3,000 gerai pameran standard antarabangsa yang mampu menempatkan 1,200 peserta pameran. Sepanjang sesi 4 hari itu, lebih 250 syarikat dari lebih 30 negara dan wilayah akan mempamerkan produk mereka, sementara lebih 5,000 pedagang dari lebih 100 negara dan wilayah akan turut hadir bagi mendapatkan produk.

Pameran yang terkenal ini membawa reputasinya ke langkah seterusnya, kerana pada tahun 2013, pameran itu mendapat pengiktirafan UFI, persatuan global industri pameran, untuk menjadi pameran pertama yang diperakui sedemikian dalam kategori pertanian dan hutan di China.

Para penganjur telah mengambil keputusan untuk menekankan empat bidang penting tahun ini:

  • Selari dengan tema tahun ini, pameran ini akan menggalakkan secara aktif penggunaan hijau dan pensijilan hutan, menyokong penggunaan sumber hutan yang sah selain pembangunan yang lestari serta keseimbangan antara penggunaan dan pertumbuhan sumber hutan. Pameran ini melakukan yang terbaik dengan memilih pempamer dan produk "hijau" selain vendor "hijau" untuk gerai pameran dan aktiviti bertemakan reka bentuk.
  • Pameran ini menggunakan alatan pintar untuk memaklumkan, mengurus dan turut menyediakan perkhidmatan kepada orang awam secara pintar melalui penggunaan meluas IT generasi seterusnya, seperti pengiraan awan, Internet mudah alih, data besar serta e-dagang, di samping WeChat dan lain-lain pemasaran media baharu untuk menggalakkan kesedaran awam terhadap acara tersebut. Penggunaan aplikasi yang boleh dimuat turun, bentuk berkarbon rendah bagi komunikasi pelanggan, digesa bagi pendaftaran peserta, navigasi gerai pameran, penyertaan acara dan juga perkhidmatan susulan.
  • Pameran tersebut akan ke peringkat antarabangsa dengan menjemput lebih banyak pempamer, pembeli, pakar perhubungan awam serta pihak berpengaruh industri dari luar negara ke acara tersebut serta mengadakan acara yang lebih bertemakan global. Acara istimewa, termasuk Mesyuarat Pembelian Multinasional dan Penyumberan Global serta Persidangan Menteri tentang Pemprosesan Kayu Antarabangsa, akan diadakan semasa pameran tersebut bagi menggalakkan komunikasi dan kerjasama antarabangsa merentasi sektor.
  • Kualiti aktiviti sokongan sentiasa ditingkatkan melalui penganjuran beberapa pameran khas termasuk Pameran Ukiran Kayu (Buluh) China Keempat, Pameran Ukiran Gigi Kedua, Pertandingan Produk Inovatif China Ketiga, Pameran Pertanian Terpilih dan Produk Hutan Taiwan Keenam. Pihak penganjur akan turut menganjurkan siri persidangan dan forum dalam usaha untuk meningkatkan komunikasi serta kerjasama antara pemain industri antarabangsa dan tempatan.
Source: Information Office of Yiwu City
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Paper/Forest Products/Containers Retail Trade show news