omniture

Pesta Mainan & Produk Bayi Terbesar Asia akan Dibuka pada 14 Oktober di Shanghai dengan Bilangan Pempamer yang Mencatat Rekod

China Toy & Juvenile Products Association
2014-10-15 12:33 119

BEIJING, 15 October 2014 /PRNewswire/ -- Ekspo Mainan China dan Ekspo Kanak-kanak China 2014, pesta mainan dan produk bayi terbesar di Asia mengikut ruang pameran, akan membuka pintunya dari 14 hingga 16 Oktober dengan ruang pameran seluas 120,000 meter persegi dan 1,364 pempamer global mengambil bahagian, meningkat sebanyak 24 peratus berbanding tahun lepas. Lebih 80,000 pelawat dari China dan seluruh dunia dijangka akan menyertai pameran tahun ini.

"Walaupun ruang pameran telah habis terjual sejak awal September, kami masih menerima banyak permintaan dan minat untuk menyertainya daripada syarikat tempatan mahupun syarikat antarabangsa," kata May Liang, Naib Presiden Eksekutif Persatuan Mainan & Produk Kanak-kanak China (CTJPA). "Saya juga gembira untuk memaklumkan prapendaftaran pelawat dari tanah besar China dan luar negara telah meningkat sebanyak 72 peratus dan 149 peratus masing-masing. Penyertaan yang semakin bertambah ini membuktikan bukan pasaran mainan dan produk bayi sahaja yang bertumbuh pesat, tetapi juga pengiktirafan orang ramai terhadap keberkesanan platform dagangan ini."

Bilangan pengeluar yang sedia mengeksport mencecah jumlah baharu yang tinggi, bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan pembeli luar negara

Memandangkan pengaruh antarabangsa pameran itu dan pelawat luar negara meningkat dengan pantas saban tahun, pempamer pengeluar China yang sedia mengeksport kini menyaksikan pertumbuhan hebat. Dalam kalangan pempamer baharu tahun ini, 90 peratus daripada mereka ialah pengeluar China, manakala 87 peratus daripada pempamer China itu pula sudah sedia untuk mengeksport. Pengeluar ini, tidak kira kecil atau besar, mengambil pesanan antarabangsa, dan mempunyai tahap keandalan dan kemampuan tinggi bagi inovasi produk dan kawalan kualiti untuk memenuhi pelbagai permintaan pembeli global.

Rantau pengeluaran membuat penyertaan bersama

Hampir 20 rantau pengeluaran seperti Chenghai, Dongguan, Zhongshan, Shenzhen, Jinjiang di China Selatan, Kunshan, Ningbo, Pinghu, Cixi, Baoying, Yongjia serta Yunhe di China Timur, Pingxiang, Gaomi dan juga Qingdao di China Utara akan mengurus kilang mainan dan produk bayi tempatan untuk mempertunjukkan produk terkini mereka, termasuk anak patung lembut, mainan plastik & kawalan jauh, mainan kayu, peralatan prasekolah dan taman permainan, kereta sorong, kereta mainan bayi, dan lain-lain lagi.

Bukan pengeluar utama dari rantau pengeluaran itu sahaja yang menjadi pempamer tetap di pesta itu, tetapi kilang kualiti kecil dan sederhana juga akan turut mengambil bahagian. Lebih penting lagi, kebanyakan daripada mereka ialah pempamer baharu dan tidak pernah mempamer dalam apa jua pesta perdagangan sebelum ini. Ini satu-satunya pameran di China yang membolehkan kita untuk bertemu sesiapa sahaja.

Kereta sorong dan kerusi keselamatan kereta bayi terus menjadi kekuatan utama, katil bayi/perabot bayi dan produk makan membuat kemunculan

Ekspo Kanak-kanak China terus mengekalkan kekuatannya dalam kereta sorong dan kerusi keselamatan kereta bayi, sekali lagi menyaksikan pertumbuhan lebih 50 peratus bagi para pempamer ini dan memberi ruang untuk lebih banyak pempamer dan pengeluar utama kereta sorong dan kereta keselamatan kereta bayi berbanding pesta produk bayi lain. Katil bayi/perabot bayi dan produk makan membuat kemunculan baharu, masing-masing bertumbuh 38 peratus dan 70 peratus dalam ruang pameran itu.

Ekspo Kanak-kanak China akan turut memberi pengalaman baharu daripada segi lawatan bagi para pembeli, memandangkan pempamer dan produk akan dipamerkan mengikut kategori, dan orang ramai akan dapat melihat dewan pameran untuk kereta sorong, kerusi keselamatan kereta bayi, kereta mainan bayi serta produk penjagaan bayi.

Bekalan prasekolah dan peralatan taman permainan terus menjadi tumpuan semasa pesta itu

Ekspo Mainan China melancarkan Dewan Peralatan Taman Permainan dan Prasekolah di W3 untuk menempatkan hampir 200 kilang untuk alat bantuan mengajar prasekolah, mainan pembelajaran, permainan papan, perabot sekolah dan juga peralatan taman permainan.

Pempamer peralatan taman permainan kebanyakannya datang dari daerah Yongjia dan Baoying di Zhejiang dan Jiangsu, dua rantau pengeluaran teratas bagi bekalan prasekolah dan peralatan taman permainan di China. Pameran ini adalah satu-satunya pameran di dunia ini yang bakal menyaksikan kedua-dua rantau pengeluaran itu membuat kemunculan bersama, manakala bilangan kilang peralatan taman permainan China yang akan membuat pameran masih lagi yang tertinggi jika dibandingkan dengan pesta lain di seluruh dunia.

Jenama antarabangsa mengalami pertumbuhan sebanyak 32 peratus, platform ideal untuk memperluas perniagaan di China

Lebih 300 jenama mainan dan produk bayi antarabangsa dari lebih 30 negara dan rantau akan mempamer semasa pesta itu pada tahun 2014, terutamanya semasa Ekspo Kanak-kanak China. Selain jenama produk bayi yang biasa mempamer seperti Barbie, LEGO, Transformers, Hot Wheels, BANDAI, Siku, Schleich, Aprica, Avent, Britax, Chicco, Combi, Maxi-cosi, Pigeon, dan TAKATA, banyak jenama terkenal lain termasuk Cybex, Richell, CAM, MAM, Recaro, Ferrari, Emmaljunga dan banyak lagi akan menyertai pameran ini buat julung kalinya.

Balai pameran Jerman juga akan membuat kemunculan kali pertama semasa Ekspo Kanak-kanak China ini, ketika sekumpulan jenama dan produk Jerman berkualiti terbaik akan dipamerkan.

Pembeli luar negara yang membuat prapendaftaran meningkat sebanyak 149 peratus

Sehingga pertengahan September, pelawat luar negara pameran itu yang membuat prapendaftaran telah meningkat sebanyak 149 peratus, terutamanya dari negara Eropah Timur dan Amerika Selatan seperti Rusia, Brazil, Poland, Australia serta UK. Pengimport, pengedar dan juga peruncit besar mainan dan produk bayi tempatan telah mendaftar dan dijangka akan menghadiri pameran tahun 2014 ini, termasuk Carrefour, Home Retail Group, Kmart, Toysrus, GIFI serta Les Mousquetaires dari Perancis, El Corte Ingles dari Sepanyol, Ost-com dari Rusia, Metr Plus dari Ukraine, Marko dari Poland dan juga Nishimatsuya dari Jepun.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang pameran ini, sila layari laman web www.china-toy-expo.com atau www.china-kids-expo.com atau hubungi Kent Luo melalui e-mel luoliping@tjpa-china.org untuk sebarang pertanyaan.

Latar Belakang Persatuan Mainan & Produk Kanak-kanak China (CTJPA)

CTJPA ialah persatuan perdagangan tanpa untung yang mewakili kepentingan industri mainan dan produk kanak-kanak China. CTJPA telah ditubuhkan pada tahun 1986 dengan nama Persatuan Mainan China. Jumlah ahli berdaftar adalah lebih 5,000.

Source: China Toy & Juvenile Products Association
Keywords: