omniture

Kumpulan MND Perancis melancarkan ORIZON™, rangkaian baharu peranti pengangkutan kabel pasang tanggal untuk pergerakan di pergunungan, kawasan pelancongan dan di tengah-tengah bandar

MND
2024-04-16 20:00 82

GRENOBLE, Perancis, 16 April 2024 /PRNewswire/ -- Sebagai peneraju utama dalam pengangkutan kabel, kumpulan perindustrian MND Perancis kini melancarkan ORIZON, rangkaian penyelesaian pengangkutan kabel yang baharu (gondola dan lif kerusi), yang akan menawarkan penyelesaian pengangkutan buatan Perancis yang boleh dipercayai, berprestasi tinggi dan berdaya tahan kepada syarikat-syarikat pergunungan dan pengendali pengangkutan di tengah-tengah bandar serta tempat pelancongan.

ORIZON by MND - detachable cable transport equipment for mobility in mountain
ORIZON by MND - detachable cable transport equipment for mobility in mountain

Dengan rangkaian inovatif gondola dan lif kerusi kabel tunggal pasang tanggal ini, kumpulan MND Perancis mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dan berwawasan untuk menakluk pasaran baharu dalam sektor yang pesat membangun ini. Peranti rangkaian ORIZON memenuhi konfigurasi yang paling mencabar, iaitu kecerunan tinggi, jarak jauh, kenderaan besar dan kadar aliran tinggi. Beberapa konfigurasi tersedia bagi peranti ini, dari lif kerusi dengan 6 tempat duduk dengan atau tanpa gelembung sehingga gondola dengan 10, 16 dan 20 tempat duduk, yang dapat mencapai kadar aliran sehingga 8,000 orang per jam dan per arah dan kelajuan sehingga 7 meter per saat.

Sebanyak 20 juta euro telah dilaburkan oleh MND bagi pembangunan dan perindustrian rangkaian ORIZON ini, serta 10 juta euro bagi pembinaan bangunan khusus untuk pengeluaran dan pemasangan penyelesaian baharu ini di plot baharu seluas 2 hektar di Sainte-Hélène-du-Lac (Savoie-France). Selain itu, pembinaan peranti pertama di tapak turut dilakukan bagi membolehkan pelanggan menerokai dan menguji produk dalam pengendalian sebenar. Dalam tempoh 24 bulan akan datang, ratusan pekerja baharu akan menyertai kumpulan MND untuk menyokong pembangunannya.

Dengan lebih daripada 10 kumpulan paten difailkan, MND sekali lagi membuktikan keinginannya yang berterusan dalam menghasilkan penyelesaian teknikal termaju terhadap perkhidmatan pengangkutan lestari.

Untuk membayangkan dan menghasilkan generasi pengangkutan kabel yang baharu ini, MND telah menggerakkan sepasukan pekerja teknikal dan industri seramai lebih daripada 60 orang yang berdedikasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan matlamat untuk mencipta satu rangkaian yang memenuhi ciri-ciri berikut: teknologi kabel tunggal pasang tanggal yang berprestasi tinggi dan boleh dipercayai dengan bantuan komponen yang terbukti, kabin berkapasiti besar dengan akses mudah dan reka bentuk inovatif, kadar aliran tinggi dengan jejak karbon rendah, daya tahan haus yang lebih baik untuk mengoptimumkan kos penyelenggaraan dan motor Pacuan Langsung (Direct Drive) yang dipatenkan yang bersambung terus dengan takal.

Perhatian khusus diberikan terhadap pengoptimuman penggunaan tenaga produk, termasuk penerimaan dan penggunaan tenaga yang dihasilkan dengan bantuan sistem penyampaian graviti, sistem automatik pemanduan eko untuk disuaikan dengan kadar aliran pada masa nyata, pemulihan haba untuk pemanasan ruang atau penyepaduan penyelesaian untuk penghasilan tenaga suria boleh diperbaharui.

Untuk mereka bentuk ekosistem ORIZON™ yang baharu ini, MND bekerjasama dengan Stellantis Design Studio. Ditubuhkan daripada kuasa kreatif jenama kumpulan Stellantis, studio reka bentuk ini adalah salah satu daripada ramai pakar di seluruh dunia dalam mencipta pengalaman jenama yang bertanggungjawab, mengilhamkan dan diingati.  Perkongsian ini membolehkan penciptaan pengalaman pengangkutan generasi baharu yang lancar dan selesa untuk pengguna, hasil daripada pelbagai kajian ke atas reka bentuk, konsep, ergonomik, kebolehcapaian, pilihan bahan dan kecerahan. Ekosistem baharu ini telah direka bentuk untuk diintegrasikan ke dalam ruang semula jadi, tempat pelancongan dan bandar dengan sempurna, menambah baik pengalaman pengangkutan, menggalakkan penyelesaian pengangkutan yang mampan dan cekap, serta mengukuhkan hubungan antara pengguna dan persekitarannya.

Oleh kerana setiap projek adalah unik, katalog pilihan yang luas telah direka bentuk untuk memenuhi keperluan teknikal dan estetik pengendali: warna dan dekorasi dalaman/luaran, pilihan bahan, pencahayaan dalaman/luaran, sistem pemanduan eko, pengendalian automatik, pemulihan bersepadu, sistem maklumat terbina dalam, pengawasan video, dll.

MND telah memilih hari pembukaan acara antarabangsa MOUNTAIN PLANET (Perancis), konvensyen pengurusan pergunungan terbesar di dunia, untuk melancarkan rangkaian gondola dan lif kerusi pasang tanggal yang baharu, ORIZON, khusus di tempat pelancongan dan bandar, secara pratonton global di kiosnya pada 16 April 2024. Mountain Planet menerima kunjungan seramai 23,000 pelawat profesional dari 71 negara sepanjang 3 hari acara.

Perihal MND

MND ialah kumpulan perindustrian Perancis yang mengkhusus dalam pengangkutan kabel, sistem pensaljian, keselamatan gunung dan infrastruktur riadah ekstrim. Dengan lebih daripada 3,000 pelanggan di 49 negara, MND menyumbang secara harian kepada pengangkutan, riadah dan keselamatan orang awam menerusi 4 perniagaan terasnya dengan menawarkan penyelesaian yang terbukti dan mampan yang diperoleh daripada pengalamannya dalam pergunungan. Berpangkalan di Savoie, MND mempunyai hampir 300 pekerja dan bekerjasama dengan 12 pertubuhan antarabangsa serta 28 pengedar untuk membangunkan aktiviti perniagaannya di seluruh dunia. MND disenaraikan di pasaran Euronext Growth di Paris (FR00140050Q2 – ALMND). www.mnd.com

Imej untuk dimuat turun https://cloud.mnd.com/index.php/s/ewjbbipRoKqERHG

Hubungi Kami

Press Relations - Alexandre Bérard
+33 (0)6 45 42 95 46 – alex@alternativemedia.fr

Financial Press Relations - Serena Boni
+33 (0)4 72 1804 92 – sboni@actus.fr

Investor Relations - Mathieu Omnes
+33 (0)1 53 67 36 92 – momnes@actus.fr

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2386904/MND_ORIZON_MOUNTAINS_GONDOLA.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2386903/MND_ORIZON_TOURISM.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2386902/MND_ORIZON_URBAN.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2386905/MND_Logo.jpg?p=medium600

ORIZON by MND - detachable cable transport equipment for mobility in tourist environment
ORIZON by MND - detachable cable transport equipment for mobility in tourist environment

 

ORIZON by MND - detachable cable transport equipment for mobility in urban areas
ORIZON by MND - detachable cable transport equipment for mobility in urban areas

 

 

Source: MND
Related Stocks:
EuronextParis:ALMND ISIN:FR00140050Q2
Keywords: Alternative Energies Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Transportation New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) General Manufacturing