MILAN, 16 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Hari ini, Campari® dengan bangganya memperkenalkan imej muka depan Kalendar 2015, berjudul 'Mythology Mixology' dan turut mengesahkan tarikh pelancaran rasmi bagi edisi seterusnya adalah pada 5 November 2014.
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/71400577-Campari-Calendar-2015/
Imej muka depan Kalendar ikonik itu memaparkan pelakon wanita utama tahun ini yang anggun, Eva Green, mengenakan gaun indah yang ditempah khas berwarna merah, sambil bergaya dengan berlatarkan roda waktu Campari. Roda tersebut melambangkan beberapa tarikh penting pada zaman lampau Campari yang beraneka dan menarik, ketika 12 resipi koktel paling ikonik dan amat digemari telah dihasilkan. Semua kisah yang menarik minat tersebut menelusuri sejarah hebat Campari selama lebih 150 tahun sehingga kini. Koleksi tersebut juga mempunyai rasa kontemporari tersendiri yang mencabar para peminat untuk memandang ke hadapan dan membayangkan kemungkinan tanpa batasan untuk jenama minuman alkohol yang tak lapuk dek zaman ini.
Cara berdiri menarik Eva mengajak para peminat untuk menyertainya dalam perjalanan penemuan yang imaginatif, memandangkan wirawati yang mempesonakan ini membawa kita menelusuri pentafsiran semula sejarah jenama tersebut dan meraikan resipi koktel klasik yang masih begitu popular dalam dunia moden masa kini.
Gambar untuk Kalendar tersebut telah diambil oleh jurugambar seni halus yang disanjung dan dipamerkan di seluruh dunia bernama Julia Fullerton-Batten, satu-satunya wanita pertama yang menjadi jurugambar Kalendar Campari.
Kalendar Campari, yang hanya dicetak sebanyak 9,999 salinan sahaja, tidak akan dijual sebaliknya akan diedarkan kepada rakan Campari di serata dunia.
Para peminat Campari dapat mengikuti perjalanan tersebut melalui media sosial dan melibatkan diri dalam aksi itu di #CampariCalendar. Di sini, mereka akan menemukan kesemua imejan Kalendar itu dan akan berpeluang untuk menyaksikan rakaman di belakang tabir merentasi suapan Campari, termasuk Facebook, Twitter, Instagram serta Pinterest.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi:
International Press Contact
Video: http://www.multivu.com/players/English/71400577-Campari-Calendar-2015/