omniture

Forum Perniagaan Australia-China Mendedahkan Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa Kedua di Sydney

China International Supply Chain Expo
2024-04-18 01:08 80

SYDNEY, 18 April 2024 /PRNewswire/ -- Pada 15 April, semasa lawatan oleh delegasi perniagaan Cina yang dipimpin oleh Ren Hongbin, Pengerusi Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China ("CCPIT"), ke Australia, Forum Perniagaan Australia-China dan jerayawara Australia ("Jerayawara") untuk Ekspo Penggalakan Rantaian Bekalan Antarabangsa China Kedua ("Ekspo") diadakan di Sydney. Forum ini menyaksikan penyertaan daripada lebih 200 wakil daripada kedua-dua komuniti perniagaan China dan Australia.

China International Exhibition Center Group Corporation Signed MoU Agreements with DMG, Oz-Town, Team Global Express and Homart Pharmaceuticals during Its Australian Roadshow.
China International Exhibition Center Group Corporation Signed MoU Agreements with DMG, Oz-Town, Team Global Express and Homart Pharmaceuticals during Its Australian Roadshow.

Mengukuhkan Hubungan Perniagaan Sino-Australia

Forum dan jerayawara ini berfungsi sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan perdagangan antara China dan Australia. Lin Shunjie, Pengerusi China International Exhibition Center Group Corporation, mengetengahkan bahawa inisiatif ini bertujuan untuk memupuk kerjasama yang lebih mendalam dan meninjau peluang baharu dalam pelbagai sektor termasuk Kenderaan Pintar, Pertanian Hijau, Tenaga Bersih, Teknologi Digital, Kehidupan Sihat, Perkhidmatan Rantaian Bekalan dan memperkenalkan khususnya Pembuatan Termaju.

Dijadualkan berlangsung mulai 26 hingga 30 November pada tahun 2024 di Beijing, Ekspo ini bersedia untuk mempamerkan kemajuan global dalam sektor-sektor pembuatan dan dalam masa yang sama memudahkan forum tematik berserta aktiviti penggalakan pelaburan yang menyasarkan untuk memadankan bekalan dengan permintaan dan melancarkan produk baharu.

Meluaskan Rangkaian Melalui Kolaborasi 

Semasa acara penggalakan di Sydney ini, beberapa perkongsian penting telahpun diumumkan. Perjanjian ditandatangani antara China International Exhibition Center Group Corporation dan syarikat-syarikat Australia yang terkemuka seperti Oz-Town, DMG, Team Global Express dan Homart Pharmaceuticals, menunjukkan minat kukuh daripada perusahaan-perusahaan Australia untuk memanfaatkan platform ini bagi meluaskan rangkaian mereka.

Lelaran kedua ekspo ini menjanjikan lebih daripada sekadar ruang pameran; ia bersedia untuk menjadi hab yang menghimpunkan para pemimpin industri untuk membincangkan trend yang memberi kesan ke atas rantaian bekalan global. Dengan forum tematik, berserta pelbagai aktiviti sokongan, seperti pic pelaburan, pemadanan bekalan-permintaan dan pendedahan produk baharu, Ekspo ini menumpukan sekitar sektor perkhidmatan rantaian bekalan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China ke-2, sila kunjungi https://en.cisce.org.cn/.

Latar Belakang Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE)

CISCE, dianjurkan di bandar Beijing yang meriah oleh CCPIT, ialah acara global ulung yang mempamerkan spektrum keseluruhan rantaian bekalan termasuk Tenaga Bersih, Kenderaan Pintar, Teknologi Digital, Kehidupan Sihat, Pertanian Hijau, Pembuatan Termaju dan Perkhidmatan Rantaian Bekalan. Ia membawakan program komprehensif yang merangkumi ucaptama, perbincangan panel dan bengkel yang dipimpin oleh pakar-pakar ternama dalam bidang ini.

 

 

Source: China International Supply Chain Expo
Keywords: Banking/Financial Service Transportation Trade show news Supply Chain/Logistics