TAIPEI, 18 April 2024 /PRNewswire/ -- Ketika ancaman keselamatan siber meningkat di seluruh dunia, HyperG Smart Security, peneraju bagi penyelesaian Keselamatan-sebagai-satu-Perkhidmatan, menonjolkan kerentanan utama dan vektor ancaman aplikasi mudah alih dan dalam masa yang sama menawarkan penyelesaian kepada pembangun melalui kedua-dua Android dan iOS.
Untuk ahli profesional DevOps yang mencari penyelesaian keselamatan paling terkini, sila kunjungi:
appGuard: https://www.hypergsecurity.com/appguard
Pandangan terkini daripada Laporan Ancaman Mudah Alih Global 2023 oleh vendor keselamatan mudah alih Zimperium mengetengahkan lonjakan yang membimbangkan dalam kerentanan yang dikesan. Laporan mendapati bahawa "peningkatan 138% dalam kerentanan Android yang kritikal ditemui pada tahun 2022, manakala Apple iOS menyumbang sebanyak 80% daripada kerentanan sifar-hari yang dieksploitasi dengan aktif secara bebas."
Selain daripada tahap ancaman yang semakin meningkat, tinjauan daripada organisasi OWASP (Open Worldwide Application Security Project) mengenal pasti bahawa perkara yang sering terlepas pandang dalam pembangunan aplikasi mudah alih ialah ketiadaan perlindungan memori terhadap keupayaan penyahpepijatan.
"Aplikasi mudah alih semakin berkembang, terutamanya aplikasi permainan," ujar Allen Lin Pengurus Besar di HyperG Smart Security. "Dalam dunia yang dinamik ini, kekal mendahului ancaman bukanlah satu pilihan, tetapi satu keperluan. Penggodaman aplikasi mudah alih berkongsi beberapa faktor persamaan dan kami mengatasi hal ini dengan penyelesaian membolehkan pembangun kekal beberapa langkah di hadapan."
Dengan kod sumber aplikasi sebagai aspek utama untuk kekal dilindungi, HyperG Smart Security mengenal pasti kerentanan utama dalam landskap ancaman aplikasi mudah alih:
Penyelesaian keselamatan untuk pembangun aplikasi mudah alih
Apabila memilih alat keselamatan untuk pembangunan aplikasi mudah alih, sokongan untuk kedua-dua iOS dan Android serta pematuhan dengan kriteria MAS atau OWASP merupakan faktor-faktor penting yang perlu dipertimbangkan.
Memenuhi semua keperluan ini, Keselamatan-sebagai-satu-Perkhidmatan (SaaS) appGuard HyperG ialah penyelesaian berkuasa yang dicipta untuk mengendalikan landskap ancaman semasa. Berdasarkan kepada standard penyulitan AES-256 yang mantap sebagai asasnya dan dengan pensijilan EAL2 Common Criteria, kaedah menyulitkan dan menyahsulit kod sumber appGuard melindungi daripada lapisan bawah, menghalang sebarang aplikasi lain mengintip kod sumber atau data telefon melalui pengesanan ralat ingatan. Sangat sesuai untuk aplikasi yang kerap disemak semula, ia tidak mengubah suai kod sumber aplikasi dan menawarkan kemudahan penggunaan yang cekap.
Selepas kod sumber aplikasi mudah alih dinilai, ujian kotak-hitam dijalankan dan kemudian aplikasi dilindungi dengan penyelesaian seperti appGuard, langkah terakhir untuk pembangun adalah untuk menggunakan alat pengesanan dan penilaian keselamatan. Beberapa penyelesaian seperti AppTotalGo dan AppSweep menawarkan penilaian keselamatan ketat yang meliputi tahap perlindungan kod sumber, pengesanan anti-ingatan dan pengesahan integriti.
Selain daripada penyelesaian keselamatan-sebagai-satu-perkhidmatan aplikasi mudah alih, HyperG Smart Security turut menawarkan perkhidmatan ujian keselamatan yang dikuasakan oleh rangkaian telefon mudah alih fizikal yang mantap, memastikan agar kod sumber aplikasi menjalani ujian yang ketat semasa kitaran pembangunan.
Latar Belakang HyperG Smart Security
HyperG Smart Security ialah usaha sama berpangkalan di Singapura oleh Digicentre Taiwan, subsidiari Gamania Group, serta Simsense Malaysia. Dengan saluran jualan global yang kukuh, HyperG Smart Security menumpukan perhatian untuk membangunkan produk keselamatan untuk teknologi pintar tatkala ia menjadi syarikat keselamatan pintar dan platform jualan bertaraf dunia.
Falsafah:
Memfokuskan kepada "Pembangunan Teknologi Keselamatan Siber", HyperG Smart Security menyasarkan untuk menjadi penyedia perkhidmatan keselamatan siber yang terkemuka di dunia dan menumpukan perhatiannya kepada inovasi aplikasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berkisarkan kepada lima bidang iaitu "Awan", "Keselamatan", "Tindakan", "Data Raya" dan "Internet Pelbagai Benda".
Keselamatan:
Kami komited untuk meningkatkan kualiti teknologi dan tidak menerima sebarang kompromi berhubung kecacatan.
Integriti:
Dua keperluan pertama untuk pekerja kami ialah integriti dan kecekapan. Kami berpegang teguh dengan usaha mengalahkan persaingan melalui kualiti produk kami dan kami bercita-cita tinggi. Dalam memilih pembekal, kami objektif dan adil.
Pekerja:
Kami menyediakan persekitaran kerja yang mencabar dan menggalakkan serta gaji yang kompetitif untuk pekerja yang terdorong untuk berusaha dalam pembelajaran yang berterusan. Kami terus berusaha mencipta dan mengekalkan persekitaran sedemikian, agar dapat menarik dan mengekalkan pekerja yang sehaluan dan berbakat.
Rakan Kongsi:
Kami mencari rakan kongsi berkelayakan untuk membina jaringan jualan global dan mencipta rantaian nilai industri.
Pelanggan:
Kami tidak berjanji dengan mudah, kerana apabila kami berjanji, kami akan melakukan segala-galanya untuk memenuhinya.
Kualiti:
Kami berpegang kepada sikap bahawa "kepuasan pelanggan" merupakan batu uji terbaik untuk kualiti produk dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjamin kepuasan pelanggan keseluruhan.
Hubungi:
Theresa Yeh
Pengurus Kanan
theresayeh@digicentre.com